Tuesday 27 November 2012

BAITUL MAQDIS DI AMBANG PINTU








Baitul maqdis

Bumi penuh barokah

Di sinilah berlakunya israk dan mikraj

Sejarah lamamu yang gemilang itu akan berulang lagi



Baitul maqdis

Engkau dirindui para pencinta islam

Kami tak sabar lagi menemui mu

Masjidil aqsa kami merinduimu








Baitul maqdis

Engkau dijanjikan Allah dan rasul tercinta

Menjadi pusat pemerintahan islam akhir zaman

Ditadbir orang-orang bertaqwa



Baitul maqdis

Semalam engkau dipimpin orang bertaqwa

Hari ini dizalimi,ditindas,sedih perit ditanggung sendiri

Hari esok kesinambungan semalam yang indah berseri-seri








Baitul maqdis

Engkau akan diketuk penjihad kebenaran

Engkau akan dibuka pemimpin akhir zaman

Engkau akan ditadbir bersama quran sunnah



Baitul maqdis

Penceroboh yahudi takkan selamanya berkuasa

Mereka akan menyerah kalah juga nanti

Islam akan kembali bersinar di bumimu








Baitul maqdis

Pusat bumi para anbiya

Akan dibebaskan kesekian kali

Oleh Kekasih akhir zaman bersama orang timur










Baitul maqdis

Dikau akan dimiliki orang-orang Allah

Dibebaskan orang-orang bertaqwa

Berita ini sudah diambang pintu








Baitul maqdis

Besabarlah dikala tangan-tangan jahat mengusikmu

Akan dibebaskan kembali oleh tangan-tangan berdoa

Sejarah pasti berulang kembali


  
Baitul maqdis

Kegelapan ini tidak akan berterusan

Akan disuluh nur melimpah dihati

Cahayanya bersinar menyinari bumimu








Baitul maqdis

Demi Allah dan rasul tercinta

Tangan-tangan perosak itu akan digempur habis-habisan

Akan kalahlah mereka dengan karomah insan bertaqwa 



Baitul maqdis

Hari ini dalam derita sengsara

Engkau tetap bersabar

Akan datang nanti kegembiraan yang dijanjikan buatmu








Palestin Baitul Maqdis

Kami datang dengan Panji-panji kebenaran

Bersertakan iman taqwa yang waja

Membebaskan dikau bersama kekasih Akhir zaman





5 comments:

  1. Asslamualaikum...
    SubhanaLlah! sangat menarik sekali. Namun izinkan hamba titipkan sedikit anjuran dan pembetulan.

    1. Adalah lebih senang dibaca jika font ditukar warna.

    2. Ejaan dan sebutan yang tepat ialah "Baitul Maqdis" bukan "Muqadis".

    Mohon maaf dan terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Wassalam wbt saudara Along, Syukran kerana sudi memberi pandangan dan nasihat untuk kebaikan bersama.

    1. Warna tulisan dah di hitamkan, jika ada cadangan lebih bernas beritahu ana

    2. Ejaan "Baitul Muqadis" adalah sebutan bahasa arab, ya benar bahasa melayunya adalah "Baitul Maqdis", sudah diperbetulkan, jika ada apa-apa kesalahan ejaan atau persoalan boleh terus komen di sini, syukran banyak, wassalamu wa barokatillah...Amin.

    ReplyDelete
  3. Bukan. Muqadis bukan kalimah atau sebutan arab. Sebutan arab samada Baitul Maqdis atau Baitul Muqaddas. Muqadis adalah sebutan melayu sama macam kesilapa sebutan melayu "Muhrim" pada lelaki yg tidak sah nikah dgn seseorang wanita. Istilah betulnya ialah "Mahram". Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Syukran diatas segala perbetulan, pandangan dan nasihat saudara,Salam perjuangan....

    ReplyDelete