Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Thursday, 18 July 2013

ANAK-ANAK GENERASI HARAPANKU (PEMBELA AL-QURAN)

    
       السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ 




WAHAI ANAK-ANAKKU

AYAH dan IBUMU sering BERPESAN

Akan SEBUAH HARAPAN untukmu

Juga bersama TEGURAN dan NASIHAT buatmu

Agar Anak-anakku terus BERPERASAAN

DALAM BERJUANG bersama RASA TIDAK BERJUANG

Terus GIGIH membuat KERJA PERJUANGAN

Tanpa MERASA BERBUAT

Sentiasa SABAR REDHA akan segala UJIAN

 Yang DILALUKAN Kepadamu

Menyerahkan KESEMUANYA kepada ALLAH

Menentukan HASIL TANAMAN KITA 
(Baja Perjuangan)

Adakah BERBUAH DISANA atau AKAN MATI

Pokok yang DIBAJA disiram DI DUNIA lagi

PERKEMASKANLAH diri wahai Anak-anakku selalu

LALUILAH saat-saat getir ini

Dengan TAKUT SETAKUT-TAKUTNYA

CEMAS SECEMAS-CEMASNYA 

Dan HARAP SEHARAP-HARAPNYA Kepada ALLAH

Kerana Itulah Sahaja PELUANG dan HARAPAN Kita

   (Hikmah Perjuangan)

Bersama DOA RINTIHAN,USAHA,IKHTIAR 

Dan TAWAKAL Kita

Sebagai BEKALAN yang kita SEDIAKAN 

Untuk MENGHADAPI SAAT-SAAT GETIR DI SANA

TAGIHLAH KEREDHAAN dan KEMAAFAN ALLAH 

SELALU dan SENTIASA

MUDAH-MUDAHAN Kita Semua 

BEROLEH KEMENANGAN YANG HAKIKI

INILAH DOAKU dan HARAPANKU

KEPADA ANAK-ANAK GENERASI HARAPANKU

PEWARIS PEMBELA AL-QURAN 

 
Generasi Pembela Al-Quran

Tuesday, 14 May 2013

KERANA 13 MEI



Pada 13 mei
Berlangsung pertembungan yang hak dan batil
Hari ditunjukkan kebenaran akan menang
Lihatlah dengan mata hati yang celik

Semasa 13 mei
Pelbagai peristiwa mengemparkan
Kecoh gentarlah segala musuh
Hari kepalsuan ditundukkan

Untuk 13 mei
Hari yang dijanjikan
Kurniaan kemenangan
Kepada yang hak

Apabila 13 mei
Bermulanya sejarah
Sebuah isyarat kemenangan
Bulan mei islam pasti menang

Kerana 13 mei
Tuhan datangkan pembelaan
Menyelamatkan segalanya
Kebangkitan Islam bermula



(Sila klik video ini)
"Nasyid Malaysia Indah"


Saturday, 13 April 2013

KISAH SINGAPURA DILANGGAR TODAK VERSI MODEN

CERITA DONGENG YANG TELAH DIUBAH SUAI

(SEBAGAI HIBURAN PENGAJARAN)


CERITA SATU:





CERITA DUA:














Sekadar hiburan sahaja, Cerita versi moden yang diolah menjadi semakin merapu tetapi melucukan
Selamat membaca....Ampun Maaf.....



Sunday, 24 March 2013

KEMANA PERGINYA AIR MANDI JENAZAH RASULULLAH S.A.W?

Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan 
Syeikh Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah...

Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama’ muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya’rawi adalah di antara tokoh ulama’ Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya’rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama’ suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya,Lalu syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, “Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?”. Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.

Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, “Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?”.Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, “Berikan kami peluang masa,kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insya ALLAH”.

Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.

Ketikamana ulama’ itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?”. Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu).Kemudian lelaki itu pun menjawab, “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.

Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.

Keesokkan harinya,pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya’rawi untuk diutarakan semula.Akan tetapi syeikh tidak bertanya.Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya’rawi,“Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?”.

Syeikh berkata:“Adakah kamu mengetahui jawapannya?”

Beliau menjawab:“Ya”

Syeikh bertanya:“Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?”

Beliau menjawab:“Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”

Syeikh bertanya lagi:“Bagaimana kamu mengetahuinya?”

Beliau menjawab:“Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)”

Syeikh berkata:“Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu”

Maka ulama’ itu terus merasa terperanjat dan terpegun,lalu bertanya,“Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?”

Lalu Syeikh Sya’rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama’ itu.

Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang.Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi ALLAH Taala dan RasulNya.

kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama’ yang menjadi pengerusi muktamar itu.


Thursday, 28 February 2013

JADILAH ORANG YANG MEMBURU BERKAT



Jadilah orang yang memburu berkat
Ianya salah satu sifat hamba
Padanya ada kesefahaman keselarasan
Dikurnia ilmu pengalaman berguna

Pentingnya memburu berkat
Sebagai syarat menambah keyakinan
Keikhlasan Ketaatan dan kesetian
Kepada Allah dan Rasul beserta orangNya

Keberkatan membawa rahmat
Satu anugerah paling mulia
Rasa hati dipertajamkan
Minda mursyid dapat dipraktikkan

Tradisi para sahabat salafus soleh
Adalah memburu berkat
Ditagih diusahakan
Agar roh dapat dipertingkatkan


Memburu berkat
Adalah keutamaan
Belajar dari kehidupan insan diredhai
Itulah jalan keselamatan ke sana


Wednesday, 6 February 2013

TEBARKANLAH SALAM

Memberi salam itu sunnah
Menjawap salam adalah kewajipan
Tanda persaudaraan kita
Salam ukhwah sesama ummah

Salam rindu berkasih sayang
Persaudaraan terbina cukup indah
Jalinkanlah bersama
Agar mendapat keredhaanNya

Hidup di dalam bermuafakat
Rasa hidup bersama bekerjasama
Membagunkan islam sejahterakan seluruh alam
Cita-cita islam ditunaikan bersama

Contohilah 
Peribadi insan mulia
Berakhlak terpuji
Semua orang suka

Tebarkanlah salam
Sesama kita
Sebagai tanda saudara seislam
Sampaikanlah salam dan menyahut salamNya


Saturday, 2 February 2013

NASIHAT UNTUK SULUH DIRI

Diri kita ini
Tidak mampu bermujahadah
Tanpa mendapat kasih Tuhan
Jangan rasa berbuat tanpaNya

Mengusahakan kebajikan
Adalah bersama panduanNya
Kita tidak akan mampu
Melaksanakan seikhlas hati tanpaNya

Mengelak dari berbuat dosa
Daripada belas IhsanNya
Tidak termampu diri
Mengelak sendiri akan dosa 

Bertaubat merintih
Kerana mendapat perhatianNya
Manakan mampu kita
Mendapat kesedaran tanpaNya

Mengusahakan taqwa
Beribadah berjuang keranaNya
Adalah Kerana pendanganNya
Kesemuanya adalah rahmatNya 


KEBAIKAN ADALAH SIFAT TERPUJI

Berbuat kebaikan
Adalah satu ibadah
Berbakti kepada semua
Kebajikan sesama manusia

Serikanlah dunia ini
Dengan pelbagai kebaikan
Agar dapat dimanfaatkan
Semua mendapat faedahnya

Makmurkan dunia
Dengan kebaikan
Itulah perintah Allah
Berkasih sayang bersatu hati

Kebaikan itu mulia
Sifat terpuji yang Allah suka
Allah kasih pada hambanya
Yang bertaubat dan membuat kebajikan

Setiap kebaikan
Bakal Dihisab
 Akan diganjari
Mendapat balasanNya


KASIH SAYANG RAHSIA SEGALA KEBAHAGIAAN

Kasih sayang 
Fitrah semulajadi
Dari hati suci murni
Cintakan Allah sayangi manusia

Kasih sayang
Rahsia segala kebahagiaan
Menjaga siratulrahim
Rasa bersama bekerjasama

Kasih sayang
Adalah segalanya
Demi perpaduan
Bersatu bersama

Kasih sayang
Tiada batasannya
Dari hati yang iklhas
Rasa tenang indah berbunga

Berkasih sayang
Adalah perintah Allah
Jalinkanlah
Bersama Ar-RahimNya


Friday, 1 February 2013

ORANG MUKMIN TENANG TERHADAP UJIAN

Orang mukmin
Bahagia bersama ujianNya
Tidak dapat dipisahkan darinya
Menjadi tarbiyah hidup berTuhan

Sifat orang mukmin
Terhadap ujian
Tenang dan sabar
Walaupun ujian kesusahan atau kesenangan

Sikap orang mukmin
Kepada setiap ujian
Dianggapnya sama sahaja
Sebagai tanda kasih sayang Tuhan

Akhlak orang mukmin
Tidak melenting bergopoh
Tenang redha dan sabar
Ajaibnya natijah ujian keatasnya

Segala yang diterima
Disyukuri redha kesemuanya
Dapat merasa memahami reaksi Tuhan keatasnya
Bertambah tunduk malu kepadaNya


Friday, 25 January 2013

KITA HANYALAH HAMBA

Kita hanyalah hamba
MemerlukanNya setiap masa
Mengusahakan yang telah tersedia
Usahlah merasakan diri memilikinya

Ingatlah kita sekadar hamba
Jangan berlagak seperti Tuhan
Sedarlah hakikat diri
 Ingat kembali tujuan hidup ini

 Kita hamba yang berdosa
Menghina diri kepada Tuhan
Menangislah selalu akan dosa
Memohon keampuanan kepadaNya

Malulah kita kepadaNya
Hayatilah rasa hamba kepada Tuhan
jiwailah bersama sifat-sifatnya
Mudahan Tuhan redha pada kita

Rasa penghayatannya adalah satu anugerah
Contohi rasa hamba Rasulullah dalam kehidupan
Ikutilah Jadual Allah dengan taat dan redha
Berbaktilah kepada AgamaNya


Friday, 18 January 2013

DOA KEPADA ORANG-ORANG MUKMIN

DOA 1


رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ


Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka"

(Ghaafir : 7)

DOA 2

 رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ ءَابَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ


Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"

(Ghaafir : 8)



Thursday, 17 January 2013

ORANG MUKMIN ITU SEUMPAMA LEBAH

Ayat‑ayat khusus tentang lebah tidak lain dari satu rentetan bukti keajaiban Tuhan yang dimulai dengan firman‑Nya:

“Tuhanmu mewahyukan kepada lebah” (QS 16:68)

Seorang MUKMIN itu seumpama LEBAH:

  • Lebah makan dari makanan yang baik
  • Lebah juga menghasilkan madu yang baik
  • Lebah akan hinggap pada ranting,tidak  mematahkannya
  • Lebah hinggap pada setangkai bunga, ia tidak merosakkannya
  • Lebah menghisap sari bunga tanpa menyengatnya
  • Lebah juga mengeluarkan madu tanpa menyengatnya
  • Lebah terbang bersama membawa kasih sayang
  • Ia mempunyai suara dengungan bagaikan berita gembira
  • Juga suara desingan lebah bagaikan ungkapan kepuasan
  • Itulah kelembutan akhlak yang Allah beri pada mereka


RASULULLAH bersabda yang bermaksud :

“Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih,mengeluarkan sesuatu yang bersih,hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (yang di hinggapinya)” (Ahmad,Al-Hakim,dan Al-Bazzar)



Orang mukmin seumpama lebah


KITA ADALAH MUSAFIR DI DUNIA

Kita adalah musafir
Menyelusuri hala dan tujuan
Dunia tempat mengembara menerima ujian
Menitilah dengan sabar dan Redha

Kita hidup hanya sementara
Usah jadikan dunia untuk hidup selamanya
Malulah kepada yang Maha Pencipta
Bersyukurlah kepadanya

Sedarlah kita dari sekarang
Perjalanan masih jauh berliku
Untung nasib belum tahu
Muhasabah diri supaya tidak rugi nanti

Kemanakah hala tujuan kita
Berhati-hatilah memilih jalan
Agar kembara musafir tidak tertipu
Dengan dunia dan seisinya yang menipu

Kita adalah Kembara musafir dunia
Menempuh haluan yang berliku-liku
Kembali dan pulanglah kita
Kepada Tuhan yang Maha Satu


Saturday, 12 January 2013

JANJI DEMOKRASI ATAU JANJI TUHAN?

Janji demokrasi
Slogan yang dilaungkan itu
Hanyalah seperti mengutamakan diri
Juga ibarat memakan diri sendiri

Janji demokrasi
Berharap benar pada demokrasi
Mahukan pembaharuan dan kebenaran
Lupakah sudah janji Tuhan yang Maha Benar?

Janji Tuhan
Tetap berlaku pada waktuNya
Kenapa kita dilalaikan disesatkan?
Dengan janji demokrasi tajaan musuh?

Janji Tuhan
Islam itu ditangan Tuhan
Lupakah janji Tuhan yang Maha Esa?
Janji kita kepadaNya bagaimana pula?

Janji demokrasi
Hanya sandiwara dunia!
Janji Tuhan
JanjiNya tetap berlaku!