Kemiskinan bukanlah masalah
Kemasalahan utama adalah Iman
Miskin Iman Muflis akhirat
Kemelaratan ini semakin bertambah
Malangnya bila miskin Iman
Iman taqwa tiada
Iman tidak boleh diwarisi
Walaupun dari Ayah yang bertaqwa
Miskin ilmu semakin ramai
Kerana Ilmu agama dipinggiri
Kejahilan menular memudaratkan
Rosaklah agama diteraju orang jahil
Miskin harta orang sangat takutkan
Berangapan tiada harta tiada segalanya
Harta tidak boleh beli kebahagiaan
Kasih sayang itu Anugerah Tuhan
Kemiskinan ini boleh diawasi
Tingkatkan iman taqwa mujahadah
Pelajari Ilmu taat tawaduk padaNya
InsyaAllah Akhirat dituju dunia mengiringinya
No comments:
Post a Comment