Saturday 24 November 2012

JALAN KITA INI (4)


Jalan kita ini
Membina masyarakat berkasih sayang
Menyelusuri mehnah berhikmah
Universiti kehidupan Mahmudah

Jalan kita ini
Menagih kasih sayangNya
Menyemai rasa berTUHAN
Rasa kehambaan sentiasa dihati

Jalan kita ini
Melahirkan Pejuang mahmudah
Mencantas segala mazmumah
Mursyidnya Pemegang panji Mahmudah

Jalan kita ini
Sangat halus dan seni
Mewujudkan Insan bertaqwa
Sentiasa mengharap rasa Allah akan membela

Jalan kita ini
Membentuk kembali akhlak nabi-nabi
cara hidup sahabat menjadi ikutan
Menagih janji menjadi Ikhwan Asoib



No comments:

Post a Comment