Pejuang semacam ini
Menjaja kebenaran
Dijajanya keseluruh dunia
Menjaja sambil ditaja musuh
Pejuang bertopeng ini
Sangat licik penuh muslihat
Besertakan agenda konspirasi
Habis tertipu masyarakat dunia
Pejuang ini
Bekerja kerana duit
Bukan kerana maruah islam
Islam hanya keturunan talam dua muka
Pejuang jenis ini
Ibarat musang berbulu ayam
Berjuang bersama niat tersembunyi
Isi hatinya penuh khianat kesumat
Pejuang yang berlakon ini
Kepentingan diri menjadi keutamaan
Lain dijuangkan lain pula dilakukan
Cakapnya penyedap rasa drama semata
No comments:
Post a Comment