Showing posts with label Syiria. Show all posts
Showing posts with label Syiria. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

KONSPIRASI PEMBUNUHAN ULAMA BESAR SYIRIA

Pendahuluan:

Media-media Syria termasuk media barat telah melaporkan bahawa Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti telah terbunuh kerana "pengeboman" yang dilakukan di masjid Iman,tengah kota damsyik.

Persoalan:

Adakah benar Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti Syahid kerana di bom musuh-musuhnya?

Peristiwa ini berlaku ketika Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti mengadakan kuliah mingguan di masjid besar iman di kota damsyik.

Jika kita lihat di dalam gambar ini,di tempat kejadian, tiada langsung kesan-kesan letupan atau kebakaran akibat "pengeboman" sebagaimana yang dilaporkan.

Gambar bukti kejadian "Pengeboman" yang di laporkan media

Cuba kita perhatikan lampu, kipas-kipas dan juga cermin masjid, malah tiada satu pun lampu pecah akibat letupan yang didakwa tersebut?

Menjadi persoalan juga, kenapa sebiji bom yang membunuh lebih 42 orang di dalam masjid tapi tiada memusnahkan barang yang berdekatan?

Bahkan jika dilihat kepada mayat, kebanyakan daripada mereka seolah-olah ditembak dari jarak dekat sebagaimana yang pernah dilakukan oleh rejim Basyar sebelum daripada ini di dalam kebanyakan kes di Syria.

Jumlah mangsa meningkat kepada 42 Syahid dengan 84 cedera.

Antara yang terkorban termasuklah murid kanan dan cucu beliau.


Menurut fakta, laluan sekitar masjid berkenaan merupakan kawasan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa yang menjadikannya mustahil untuk pemberontak menyalurkan senjata dan bahan letupan ke dalam sana.

Siapa pihak berkuasa yang melindungi Ulama besar ini?

Sudah tentu pihak berkuasa yang dimaksudkan adalah Rejim Asad As-Sufiyani sendiri yang melakukan angkara jahat ini.

Faktor pembunuhan Syeikh Said Ramadhan:

Sejak kebelakangan ini, Syeikh Dr Bouti telah mula berpaling arah dan menyatakan kesediaanya untuk menyokong rakyat dalam revolusi mengguling pemerintahan Assad. 

Beliau akhir-akhir ini mendoakan kehancuran kepada rejim Syiah Nusairiah, dan sedang dikawal ketat oleh pihak tentera.

Beliau juga telah merancang untuk keluar dari Syria bersama keluarganya. Perkara ini juga mungkin menjadi faktor pembunuhannya.

Rejim Asad sejak dari awal telah berjaya menghidu segala gerak kerja dan perancangan ulama besar ini, jadi tidaklah hairan kerana di sekeliling ulama besar ini ada yang menjadi mata-mata kepada Rejim Al-Asad! 

Al-Fatihah Ulama pewaris Nabi / Pejuang Agama


Beberapa peristiwa sebelum kesyahidan beliau:



Telah berkata Al-Habib Ali Al-Jufri,"Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) 

Berkata pada akhir kalamnya:

"Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira"

Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku"

Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata:

"Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku,maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" 

(yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)



Walau bagaimanapun pandangan masyarakat tentang beliau di saat fitnah bumi Syam berlaku,beliau tetap guru, ulama', murabbi dan mursyid di zaman ini. Jasanya terhadap Islam tidak diragui melalui siri penulisan kitabnya dan medium dakwahnya.


Jenazah Allayarham As-Syahid Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti dimakamkan bersebelahan makam Sultan Salahudin Al-Ayubi di Syiria,ini merupakan satu penghargaan,kemuliaan dan keampunan Allah buatnya,Subahanallah....





Tuesday, 5 February 2013

REJIM AS-SUFIANI BERTUHANKAN DAJJAL BUKAN ALLAH

Syiria menjadi mangsa
Kepada kekejaman yang sangat dasyat
Dijajah ditarah oleh As-Sufiani
Lafaz syahadah ditukar kepada wakilnya Asad!

Mereka mewajibkan
Mengistiharkan ketaatan kepada As-Sufiani
Sesiapa yang tidak patuh
Segera menemui ajalnya

Rejim As-Sufiani
Memesongkan akidah rakyatnya sendiri
Dengan kecaman hukuman bunuh
Jika mereka tidak menyembah wakilnya

Mereka berTuhankan dajjal laknatullah
Bukannya Allah S.W.T
Menghuru-harakan keadaan
Membunuh sesiapa sahaja yang menentangnya

Betapa ramai rakyat syiria yang syahid
Dari berTuhankan As-Sufiani
Iman Islam mereka tidak dapat digoyah
Oleh As-Sufiani anak didikan Dajjal




"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu", [Yasiin: 60]

HAKIKAT PERTUBUHAN BADAN KEAMANAN DUNIA

Pertubuhan keamanan dunia
Menjadi "pembela" kepada "keamanan"
Akan nasib sesebuah bangsa yang tertindas
Dibelanya dengan menghantar "wakil-wakilnya"

Mereka bersidang bersama wakil anggotanya
Menerima usul dan cadangan
Juga bantahan serta kecaman
Untuk "jalan penyelesaian" atau "jalan tengah"

Hakikatnya
Merekalah pencetus keganasan
Menjadi "hero" petualangnya
Bermuka dengan berlakon membela "semua"

Segala yang dilakukan
Semata-mata melemahkan umat islam
Didalangi yahudi dan musuh Tuhan
Segala rencananya sungguh licik berstrategi

Inilah badan keganasan!
Berpusat di bandar yahudi sedunia
Menghuru-harakan dunia seisinya
Dengan agenda konspirasi yang sangat kotor!


Monday, 21 January 2013

MEDIA SYIRIA DI ANCAM KETULUSANNYA

Media syiria
Di ancam ketulusannya
Kerana segala gerak kerja mereka
Dimanipulasikan pihak atasannya sendiri

Mereka bekerja kerana duit
Juga takut kerana nyawanya melayang
Kebenaran terpaksa disorokkan
Menghibur hati masyarakat dunia

Merekalah yang mengetahui perkara sebenar
Juga adalah saksi kepada semua kejadian
Tetapi sayangnya sekali
Mereka dihalang ketulusannya

Kerja mereka diganggu gugat
Ditapis disaring segala laporannya
Di simpan kesemua tayangan kelakuan sebenar
Di tunjukkan perkara yang telah diubah

Beginilah sikap mereka
Media rejim As-Sufiani
Mereka sendiri dibelenggu ketakutan
Kerja-kerja mereka sentiasa diperhatikan




SIKAP MEDIA ARAB & DUNIA TERHADAP SYIRIA PALESTIN

Media massa dunia
Bersama media Arab
Mengenai isu syiria palestin
Masing-masing hanya menambahkan mudarat!

Ketulusan media
Terhadap isu syiria palestin
Di pertikaikan kini
Kerana menokok nambah cerita sedia ada

Mereka memutar belit fakta
Semata-mata kerana publisiti
Melariskan jualan jenama sendiri
Sanggup menipu dunia dengan agenda sensasi!

Persembahan pembentagannya
Hanyalah penyedap rasa
Menipu fakta menjadi auta
Tiada ketelusan dalam laporannya

Sikap mereka yang sebegini
Hanyalah merugikan islam!
Menguntungkan kepentingan mereka sahaja
Dengan agenda konspirasi rekaannya!


SYIRIA DAN MEDIA MASSANYA

Syiria
Telah menjadi negeri kematian
Mencatatkan pembunuhan tertinggi
Selepas keganasan di palestin

Rejim As-sufiani
Menghuru-harakan keadaan
Membunuh membuli disana sini
Pembantaian yang sangat kejam tak terperi

Media mereka berbohong!
Kepada dunia yang mahukan kebenaran kisahnya
Rakyatnya terpaksa menipu diri sendiri
Kerana nyawa sudah di hujung tanduk

Syiria bukanlah revolusi kepimpinan
Sebenarnya pembunuhan ahlul bait
As-sufiani bersama sekutunya
Giat menghapus segalanya disana

Sungguh berat isu ini di syiria
Kerana pelbagai campur tangan asing
Veto dan pengaruh syiah mempengaruhi suasana
Mereka merampas negeri ahlul bait Rasulullah!



Saturday, 19 January 2013

HAKIKAT SEBENAR KONSPIRASI AS-SUFIANI DI SYIRIA

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim”
(Al-A’raaf 7:47)


Apa yang perlu kita tahu berkenaan hakikat isu yang sedang berlaku di Syria,antaranya ialah:

1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.

Kenali agen As-Sufiani


2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?

Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khomainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.

Syiah iran sekutu kuat rejim as-sufiani syiria


3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?

Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria. 

Mendapat perlindungan veto rejim komunis


4) Apa pula hubungan Rejim Syria dengan Israel?

Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel,Amerika syarikat, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dan lain-lain. 

Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh Amerika. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza, Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.

Yahudi dan sekutunya melihat kejayaan anak didikannya

Inilah hakikat syiah yang bertopengkan Ahli sunnah dalam negara masing-masing, Rejim As-Sufiani ini bekerjasama dan mendapatkan bantuan serta dana yang banyak oleh sekutu kuatnya,iaitu yahudi,nasrani,syiah dan wahabi di seluruh negara Arab dan Amerika serta eropah untuk menghapuskan umat islam ahli sunnah wal jamaah secara senyap dan tersembunyi, terutamanya Ahlul bait Rasulullah yang mereka sangat memburunya sejak dahulu lagi! 

**Ulama Al-azhar bersepakat mengeluarkan fatwa untuk membunuh bashar assad rejim as-sufiani!

Rejim As-Sufiani di syiria


Monday, 7 January 2013

SEJARAH HITAM SYIRIA


Syiria!
Sejarah hitamnya tiada henti
Keganasan kekejaman tidak terperi
Mengalahkan penindasan di palestin

Sejarah mencatatkan
As-Sufiani si durjana itu
Mencipta rekod kematian tersendiri
Lebih parah dari palestin

Keganasannya berterusan
Tiada siapa mampu menghentikannya
Doa wali Abdal sampaikan tidak terangkat
Kerana sangat banyak noda dosa disana

Tidak sampai hati melihatnya
Alhul Bait Rasulullah dibunuh diburu
As-Sufiani dahagakan darah mereka
Dibantainya kesemua yang ada

Ya Allah
Hambamu memohon padaMu
Engkau hentikanlah kekejaman itu
Maafkanlah kerana tidak membela Ahlul baitMu



SYIRIA DI AMBANG MAUT


Syiria Di ambang maut
Negerinya dijadikan neraka sebelum neraka
Oleh As-Sufiani dan kuncunya
Rejim diktaktor membunuh tanpa belas kasihan

Syiria jatuh tersungkur
Di tangan Musuh Tuhan
Bertopengkan manusia
Lebih kejam dari Yahudi di palestin

Syiria nyawanya dihujung tanduk
Menjadi korban si rakus durjana
Disembelih rakyat yang tidak berdosa
Kerana bangkit menentang kezalimanya

Inilah bahananya demokrasi
Pilihan yang membinasakan
Membunuh pengamalnya
Baik dari segi lahiriah atau batiniah

Fitrah murni sudah hilang
Di mamah keegoan kesombongan
Syiria mangsa As-sufiani
Memaksanya memilih kekejaman atau kedustaan




Fakta yang perlu kita ketahui berkenaan isu Syria sekarang :

1) Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Rejim Bashar telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri,
Tetapi sekarang pada 2013 angkanya melambung tinggi sehingga mencecah 40,000 orang.

2) Mengakibatkan lebih 80,000 rakyat Syria yang tidak berdosa telah cedera.

3) Lebih 280,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan kerana bangkit menentang kezaliman Rejim Bashar.

4) Lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki akibat kekejaman yang berlaku di Syria sekarang, dan bilangan itu semakin meningkat secara mendadak.

**Ini adalah fakta yang direkodkan, tetapi yang tidak direkodkan melebihi 3 kali ganda daripada apa yang telah direkodkan.

Angka ini semakin bertambah setiap hari  kerana kekejaman Rejim Bashar,dan sekutunya As-Sufiani Laknatullah!
 Wallahul musta'an.

Seberapa jahat perancangan yang dirancang, ingatlah, di sana adanya janji pembalasan daripada Allah Taala. Benarlah firman Allah:-
ولاتحسبن الله غافلاً عما يعمل الظالمون، إنما يؤخرهم ليوم تشخص فيه الأبصار
"Janganlah kamu menyangka Allah itu lalai dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim, sesungguhnya ditangguhkan (pembalasan) kepada mereka pada suatu hari yang akan terbeliak padanya mata-mata (orang yang melakukan kezaliman sewaktu di dunia)."         



Friday, 4 January 2013

HAKIKAT TRAGEDI DI SYIRIA

Syiria!
Saudara islamku di sana
Dibunuh sekejam-kejamnya 
Oleh gabungan ditaktor jahanam

Diktaktor itu adalah As-Sufiani 
Yahudi nasarani menghantarkan amerika
Syiah wahabi turut menyusup masuk
Misi membunuh Ahlul bait disana

Kita semua ditipu media mereka
Ada tangan jahat memutarbelitkan fakta
Berita berprofil tinggi kawalan sebalik tabir
Menipu dunia tentang huru-hara disana

Mereka mengucar-kacirkan keadaan
Membunuh seramainya mungkin
Terutama dikenal pasti Ahlul bait Rasulullah
Juga penentang yang enggan bekerjasama

Mereka sangat berdendam
Dengan Ahlul bait Rasulullah
As-Sufiani anak didikan dajjal ini
Meneruskan misi akhir sehingga ke nusantara






Wednesday, 28 November 2012

PERANG SUDAH TAMAT?

Perang sudah tamat?
Khabar gembira buat kita?
Perang sudah tamat
Adakah realiti atau khayalan

Perang sudah tamat?
Berita damai mendatangi kita?
Menang sudah menjadi Arang
Kalah pula menjadi Abu
                                                           
Perang sudah tamat?
Bagaimanakah hasilnya?
Perang diadakan agenda pasti
Diplomasi atau konspirasi tiada bedanya

Perang sudah tamat?
Adakah benar berita ini?
Perang sudah bubar
Realitinya sandiwara duka

Perang sudah tamat?
Siapa kata kita sudah tamat berperang?
Kita masih punyai peperangan terbesar
Melawan Nafsu Sebesar Perjuangan