Saturday, 24 November 2012

USAHAWAN MUKMIN (1)




Usahawan mukmin
Berjuang berkhidmat pada masyarakat
Tidak berkira untung bersyukur apa yang ada
Apabila rugi muhasabah diri minta petunjuk Tuhan

Apabila berniaga
Hatinya sering merasa cemas risau
Jikalau ada penyelewengan
Jika hati semakin seronok kepada dunia

Semasa berniaga
Hatinya ditundukan jauh sekali membesar diri
Takut merasa hebat bangga diri
Merendah diri hati cuba diluruskan

Ketika berniaga
Merasa takut jika tidak amanah
Berusaha supaya pembeli mendapatkan Tuhan
Berserah bertawakal pada Tuhan Maha Pemurah

Usahawan mukmin
Berjuang memenuhi tuntutan kifayah
Berusaha menegakkan ekonomi Islam
Berjuang demi Islam dengan Harta jiwa raga



No comments:

Post a Comment