Kemana sahaja kita pergi
Orang bercakap tentang dunia
Kesana kesini memperkatakanya
Semuanya sibuk urusan dunia
Dunia ini tipu daya
Tetapi tidak ambil pengajaran
Dunia mendiami hati kita
Habis rosak kehidupan menuju akhirat
Sibuknya dengan dunia
Sampaikan ibadah dicuaikan
Pisahkan dunia dengan agama
Dagang kembali islam didunia
Orang sibuk membicarakan dunia
Harta, kereta, Rumah yang dibicarakan
Tak kurang juga hasad dengki sombong
Sakit hati melihat orang lain lebih darinya
Inikah dunia yang dicari
Segalanya punah neraka sebelum neraka
Kebahagian ketenangan tidak ditemui
Kerana tidak membesarkan Allah mencintai Rasul
No comments:
Post a Comment