Showing posts with label Pejuang Kebenaran. Show all posts
Showing posts with label Pejuang Kebenaran. Show all posts

Wednesday, 17 September 2014

DISEBALIK TABIR ROM AMERIKA


             السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH



Rom Amerika adalah sebuah Empayar Rom moden (ROM BARU) yang paling berpengaruh dan berkuasa pada dunia hari ini.

Empayar ini terbentang meluas diseluruh Amerika, Israel dan negara-negara blok penyokong Rom Amerika.

Pengaruh dan kuasa Rom Amerika telah menenggelamkan Rom Russia selaku pesaing dan seteru kuatnya.

Akan tetapi, Disebalik kekuasaan dan kehebatan Rom Amerika ini, timbul beberapa persoalan iaitu:

  • Siapakah yang mencatur mengangkat Rom Amerika?

  • Siapakah dibelakang tabir Rom Amerika?

  • Apakah kerja-kerja mereka yang disebalik tabir itu?


DIBELAKANG ROM AMERIKA

Rom Amerika adalah Rom Nasrani berfahaman Katolik. Rom Baru yang paling berpengaruh di dunia pada hari ini.

Akan tetapi benarkah Rom Amerika Nasrani Katolik ini menjadi penguasa dunia sepenuhnya?

Perlu kita ketahui bahawasanya dibelakang Rom Amerika ini terdapat lebih kurang 7 Juta Yahudi Zionis Amerika yang mencatur Rom Amerika disebalik tabir agar Rom Amerika mengikut segala telunjuknya.

Semua keputusan dan tindakan Rom Amerika mestilah berpaksikan Pro Israel dan menguntungkan segala kepentingan Israel.


ASBAB ROM AMERIKA TUNDUK KEPADA ISRAEL ZIONIS

Antara sebab-sebab munasabah kenapa Rom Amerika Nasrani Katolik terpaksa tunduk dibawah penguasaan Yahudi Zionis Amerika dan Israel adalah kerana demi melindungi akan segala Rahsia-rahsia dan Perjanjian-perjanjian mereka (Kerjasama sulit dengan Blok Penyokong) daripada jatuh terlepas ke tangan Rom Russia (Dikhuatiri yahudi zionis khianat membocorkan Rahsia Rom Amerika) yang merupakan seteru kuatnya.

Yahudi Zionis Amerika Israel telah bertindak sebagai penyokong kuat Rom Amerika kerana demi melindungi segala kepentingan-kepentingan yahudi diseluruh dunia.

Yahudi Zionis telah menjadikan Rom Amerika sebagai "Kambing hitam" demi mempertahankan diri mereka sendiri, itulah Yahudi, Jumlahnya di atas muka bumi ini hanyalah 13 Juta tetapi mampu menguasai dunia dengan menjadi "Orang tengah" yang berat sebelah dan hanya menguntungkan bangsa mereka sahaja.

Yahudi Zionis Amerika juga bertanggungjawab di dalam mempromosikan Rom Amerika ke seluruh dunia, dan merekalah juga yang bertanggungjawab di dalam memprovokasi menfitnah dan merendah-rendahkan kewibawaan Rom Russia.


PERMASALAHAN DALAMAN

Rom Amerika sebenarnya di dalam dilema permasalahan dalaman, Kerana sering dibuli dikongkong yahudi zionis dari belakang dan dari dalam. 

Mereka adalah sebuah badan kuasa besar dunia (selain Rom Russia) tetapi tidak mampu dalam menghapuskan yahudi yang berbangsa minoriti itu.

Dilema permasalah Rom Amerika inilah menyebabkan mereka tertekan terdesak dan tidak lagi mahu berada didalam kongkongan sekatan Yahudi Zionis di dalam Kerajaannya dan mereka sendiri bercita-cita mahu menjadi Tuan kepada kerajaannya sendiri.

Akan tetapi mereka sendiri tetap masih berada didalam caturan yahudi zionis Amerika dan terpaksa pula mentaatinya kerana masih belum mampu untuk keluar dari papan catur rekaan yahudi zionis Amerika dan Israel.




HADIS RASULULLAH S.A.W: KERJASAMA ROM DENGAN UMAT ISLAM

Rasulullaah saw bersabda:

” Kemudian kamu akan berbaik-baik dengan Bangsa Rom dan kamu serta Rom akan memerangi musuh di belakang mereka . Lalu kamu akan menang , berasa aman dan memperolehi harta Ghanimah (Harta rampasan), sehinggalah apabila kamu sampai ke sebuah taman yang luas , nanti akan ada seorang daripada pihak Rom berkata:
 “ Salib telah menang “ , manakala seorang pula daripada tentera Islam akan berkata : “Bahkan sebenarnya Allah lah yang telah menang “ .

Pasukan Rom itu tadi terus-menerus mengucapkan ucapan itu dan mengangkat salib mereka daripada jauh , sehinggalah seseorang daripada pihak tentera Islam marah lalu menerpa kepada si lelaki ( Rom ) yang memegang salib itu dan membunuhnya . Lelaki Islam itu pula dibunuh oleh mereka daripada pasukan Rom .

Kemudian , tentera Islam pula segera mencapai senjata-senjata mereka dan memerangi Rom pula sehinggalah tentera Islam itu diberikan kemulian oleh Allah Ta’ala dengan anugerah mati syahid .

Pasukan Rom selepas itu pun balik dan menemui Maharaja mereka dan berkata :
“ Kami dah takluk Tanah Arab untuk tuanku ! “ .

Kemudian , tentera Rom itu pula berkumpul untuk menghadapi satu peperangan yang besar ( Malhamah Kubra ) dan akan datanglah mereka sebanyak 80 pasukan dan setiap pasukan itu ada 12,000 tentera “


Hadis Sahih Riwayat Al-Imam Ibnu Hibban RH.

KERJASAMA ROM AMERIKA DENGAN NEGARA-NEGARA ISLAM

Kerjasama inilah yang akan memakan yahudi zionis Israel itu sendiri, walaupun mereka terlibat di dalam mengumpulkan Blok Penyokong Rom Amerika akan tetapi mereka juga nanti akan diratah ditamatkan sisa-sisa mereka.

Jika mereka (Yahudi Zionis) tidak memaksa mendesak Rom Amerika untuk mencari Blok Penyokong dan Pengaruh Rom Amerika sekarang maka riwayat mereka lagi cepat akan tamat kerana dibimbangi tiada sokongan dokongan oleh seluruh pemimpin-pemimpin dunia terhadap Rom Amerika dan ditakuti umat islam akan meratah yahudi lebih awal dari masa yang Allah jadualkan.

Dengan kerjasama Rom Amerika dengan Umat islam inilah saat-saatnya yang ditunggunya seperti "Pucuk dicita ulam mendatang" kepada bangsa Rom Amerika Nasrani Katolik.

Antara Musuh dibelakang Rom Amerika adalah Rom Russia dan Yahudi Zionis dari dalam kerajaannya sendiri.

Yahudi zionis kini hanya mampu "menakuk di air yang keruh" sambil menunggu menghitung hari untuk dikeronyokkan oleh umat Islam di akhir zaman ini, perkara inilah yang menyebabkan mereka sendiri tiada lagi pilihan dan talian hayat, hanya menunggu hari untuk dihapuskan beramai-ramai.

KAUM NASRANI AKAN MEMELUK ISLAM

Kaum Nasrani Rom Amerika dan Rom Russia ini kelak akan memeluk Islam di zaman Nabi Allah Isa Al-Maseh as.

Musuh terbesar Islam bukanlah Rom Nasrani, tetapi Yahudi Zionis, ini kerana Yahudi Zionis dalang membentuk mencipta pakatan AS-SUFIYANI (sedang berjalan) dan merupakan pembantu utama kepada DAJJAL LAKNATULLAH.

Kaum Nasrani Rom Katolik dan Rom Ortadoks ini akan bersama tentera-tentera Islam dibawah Imam Mahdi dan Nabi Allah Isa Al-Maseh as.


ULASAN AKHIR

Sesungguhnya manusia memusuhi akan apa yang dia tidak ketahuinya, Ibarat "Bermusuhan dengan bayang-bayangnya sendiri", oleh itu kenali musuh kita dan dengan siapa kita boleh bekerjasama.

Jika Kita (Umat Islam) tidak mengadakan kerjasama dengan Rom maka Kita akan termasuk daripada golongan yang rugi serta tersasar daripada Hadis Rasulullah saw serta Jadual Allah swt yang menjanjikan bahawasanya umat Islam akan bekerjasama dengan Rom buat beberapa waktu Dan ketika sebelum mereka ini akan diperangi kembali dan Islam mencapai kemenangan gemilang.

"KENALI MUSUH YANG NYATA DAN TERSEMBUNYI, DAN KENAL PASTI SIAPAKAH MUSUH SEGALA MUSUH YANG SEBENAR"

"MEREKA MENGADAKAN TIPU DAYA, SEDANGKAN ALLAH MAHA PERANCANG MENIPU DAYA KEPADA MEREKA"




Tuesday, 16 September 2014

ROM AMERIKA V.S ROM RUSSIA

             السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH


Di akhir zaman ini sedang berlaku pertembungan dua blok kuasa besar dunia yang merupakan ROM BARU di dunia. Mereka masing-masing sedang berebut berkejar mencari pengaruh dan pengikut untuk kepentingan kekuasaan mutlak di atas muka bumi.

ROM BARU ini saling serang menyerang, saing menyaingi antara satu sama lain, dan di dalam sejarah sudah berlaku antara mereka peperangan dahsyat dan peperangan saraf serta teknologi.

Mereka adalah ROM BARU yang berkuasa penuh dengan menggantikan mengambil alih kekuasaan ROM LAMA yang telah jatuh semenjak era penjajahan satu dunia oleh kalangan mereka sendiri.


ROM LAMA

Rom lama adalah Sebuah Ketamadunan dan Kerajaan Empayar Rom yang berkuasa menaungi seluruh eropah sehingga ke Asia dan Afrika utara.

Laut Mediterranean suatu ketika dahulu pernah dikenali sebagai Laut Rom oleh kerana seluruh sekitar laut tersebut pernah dikuasai oleh Rom timur Byzantin dan Rom barat Vacitian.

Rom Byzantin berpusat di Kostantinople dan Rom Vacitian berpangkalan di Rome.

Rom Byzantin bermazhab Ortadoks dan Rom Vacitian bermazhab Katolik.

PETA WILAYAH ROM VACITIAN & ROM BYZANTIN

- WILAYAH KEKUASAAN ROM VACITIAN -

  • Itali
  • Vacitian 
  • Perancis
  • Sepanyol
  • Montenegro
  • San Marino
  • Greek

- WILAYAH KEKUASAAN ROM BYZANTIN -

  • Turki
  • Jordan
  • Mesir
  • Syiria
  • Lubnan
  • Iraq
  • Semenanjung Arab
  • Habsyah
  • Palestin
  • Libya
  • Tunisia
  • Bosnia Hezegorvina
  • Bulgaria
  • Georgia
  • Gibraltar
  • Corotia
  • Malta
  • Romania
  • Serbia
  • Ukraine

ROM BARU


ROM BARU adalah sebuah ketamadunan barat moden yang berkuasa pada hari ini menggantikan ROM LAMA. mereka sinonim dikenali sebagai "New World Order".

Rom ini adalah ROM AMERIKA dan ROM RUSSIA.

Rom ini sedang giat mencari pengaruh dan merebut blok sokongan dengan cara tersendiri untuk mencapai cita-cita menjadi sebuah kuasa besar dunia yang mentadbir satu dunia di bawah telunjuk mereka.

Rom Amerika berpusat di Washington DC dan Rom Russia berpangkalan di Moscow.

Washington DC adalah "New Rome" dan Moscow bermaksud "New Costantinople".

Rom Vacitan City adalah pusat keagamaan Nasrani Katolik yang masih kekal sehingga ke hari ini dibawah Rom pusat.

Rom Amerika bermazhab Katolik manakala Rom Russia bermazhab Ortadoks.




- WILAYAH KEKUASAAN ROM AMERIKA -

  • Amerika Syarikat
  • Israel 
  • Sebahagian Eropah
  • Blok-blok Amerika (Penyokong Amerika)

- WILAYAH KEKUASAAN ROM RUSSIA -

  • Kesatuan Rusia
  • China
  • Sebahagian Eropah
  • Blok-blok Russia (Penyokong Russia)



PENGLIBATAN NEGARA-NEGARA ISLAM BERSAMA ROM

Negara-negara Islam tidak terlepas menjadi salah sebahagian daripada salah satu pakatan sementara kedua-dua Rom ini kerana negara-negara majoriti umat Islam juga diheret sama untuk terlibat dalam penyertaan blok-blok Rom Amerika dan Rom Russia.

Negara-negara Islam tiada banyak pilihan sama ada dengan berkecuali atau memilih kedua-duanya, mesti memilih hanya salah satu dan terlibat dengan agenda menentang musuh-musuh kedua-dua Rom ini.

Mereka juga boleh membuat asbab untuk menyertai mereka sama ada dengan lemah lembut, kekerasan atau tipu muslihat. ternyata perkara ini sudah berlaku dan akan berlaku lagi sehingga kesemua memilih blok rom masing-masing.

Perkara ini sangat bertepatan dengan Jadual Allah melalui Sabda Banginda Paduka Termulia Rasulullah S.A.W iaitu:

"Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". 

(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)


AKHIR KALAM

Di dalam hadis demikian telah digambarkan kepada kita akan terdapat satu persepakatan antara kaum Muslimin dan bangsa Rom. 

Sekarang ini beberapa bentuk sepakatan itu dikenali antaranya ialah "NATO". Kaum Muslimin diajak bersama-sama dengan pakatan mereka untuk menentang musuh-musuh yang menjadi ancaman kepada mereka dan juga kaum muslimin.

Ternyata pakatan Eropah Amerika ini sudah mempunyai rancangan muslihat tersendiri iaitu mereka hanya ingin memperalatkan kaum muslimin bagi mencapai tujuan cita-cita mereka untuk menguasai dunia.

Salah satu ROM BARU ini akan menang dengan bantuan Umat Islam untuk memerangi musuh-musuh mereka, apabila kemenangan dicapai oleh tentera Islam, mereka mendakwa sebenarnya yang menang adalah pakatan salib (Rom), kesudahannya mereka sendiri akan dihancurkan kelak dan kemuncaknya apabila ROM dan VACITION ditawan ditakluki oleh Tentera-tentera Imam Mahdi dan menjadi antara bandar utama Nabi Isa as.

Kini sudah wujud kesepakatan kerjasama antara Rom dan Umat Islam seperti di Malaysia ATM bekerjasama dengan US ARMY. ini adalah langkah permulaan akan jadual akhir zaman yang Allah swt telah tetapkan didalam jadualNya.

Semoga Allah swt menyelamatkan kita semua daripada fitnah ini dan menyelamatkan Iman akidah kita daripada dicuri Samiri Dajjal laknatullah.
Hentikan Agenda "New World Order", kerana kita ada "New World Religion".




Friday, 25 July 2014

SAYIDINA FATA AL-QATHANI R.A (PENUTUP KHALIFAH ISLAM)


               السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH


Kekhalifahan Islam di akhir zaman atau lebih dikenali sebagai Khulafa Akhirul Zaman dipimpin oleh beberapa tokoh Khalifah iaitu:

  • Sayidina Imam Mahdi Al-Muntazar as                          
  • Nabi Allah Isa Al-Maseh as                                         
  • Sayidina Fata Al-Qathani ra                                           

Di akhir zaman sebelum dunia akan kiamat, akan muncul seorang putera dari “Al-Qahthan”, dengan kemunculannya, orang-orang akan taat kepadanya (menjadi pengikut dan pembantu), dan berkumpul berhalaqah kepadanya (tempat rujukan dan perlindungan).

Perkara ini akan terjadi ketika zaman telah berubah iaitu (selepas kewafatan Imam Mahdi Al-Muntazar dan Nabi Allah Isa Al-Maseh as).


HADIS RASULULLAH MENGENAI SAYIDINA FATA AL-QATHANI R.A


Terdapat sebuah hadis Rasulullah s.a.w mengkhabarkan mengenai kedatangan  “Al-Qathani” iaitu:

Imam Ahmad R.H dan Asy-Syaikhani R.H meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda:


“Tidak akan tiba hari Kiamat hingga keluar seorang lelaki (putera) dari Qahthan yang menggiring manusia dengan tongkatnya.”



(Riwayat Imam Al-Bukhari R.H dan Imam Muslim R.H)


Di dalam kitab At-Tazkirah, Imam Al-Qurthubi R.H menghuraikan maksud hadis ini dengan penjelasannya:

“Menggiring manusia dengan tongkatnya” adalah bermaksud sebuah kiasan daripada ketaatan manusia kepadanya dan kesefahaman kesepakatan manusia mentaatinya, ianya bukanlah bermaksud tongkat secara khusus (hakikat). Itu hanya sebagai sebuah perumpamaan daripada ketaatan manusia kepadanya dan kekuasaan yang Allah kurniakan kepadanya (Al-Qathani).

Al-Qurthubi R.H juga menyebutkan lagi ciri-ciri Al-Qathani adalah beliau sangat keras (menentang) akan kemaksiatan kemungkaran dan merupakan orang yang soleh (bertaqwa) yang menghukum dan memerintah dengan adil.


ATSAR SAHABAT MENGENAI SAYIDINA FATA AL-QATHANI R.A


Terdapat beberapa Atsar sahabat Rasulullah s.a.w yang menceritakan mengenai “Al-Qathani” iaitu:

(1) Ibnu Hajar daripada Nu’aim Bin Hammad Al-Khuza’i, beliau meriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin Amru Al-as R.A berkata:

“Para khalifah”, (Khulafa Ar-Rasyidin,Bani Umaiyah,Bani Abbasiyah,Bani Uthmaniyah serta Khulafa Akhirul Zaman iaitu Imam Mahdi Al-Muntazar as & Nabi Allah Isa Al-Maseh as) kemudian dia berkata, “Dan seorang putera dari Qahthan.” (Sayidina Fata Al-Qathani R.A).

(2) Dari Sayidina Abdullah bin Amru Al-as R.A beliau berkata:

 “Akan ada seorang raja / Khalifah
 (penguasa) dari Qahthan”.

(3) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas

(Sayidina Abdullah bin Abbas r.a), beliau berkata:

“Dan seseorang dari Qahthan, semuanya 
(orang Qahthan) adalah orang shalih.”


MAKSUD AL-QATHAN & KESEPAKATAN PARA ARIFBILLAH

Menurut para Arifbillah dan Ahli Makrifat, mereka telah mendapat ilham dan isyarat bahawasanya Sayidina Fata Al-Qathani sudah muncul (wujud didunia), beliau masih muda dan menjadi Anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

Ada juga Ulama muktabar membahaskan Al-Qathani adalah Al-Fatani / Al-Fatoni menurut "isi matan" atsar sahabat yang menyebut Al-Qathan adalah bangsa yang soleh.

Al-Fatani / Al-Fatoni berasal dari suku kata Al-Fatonah yang bermaksud Bijaksana, Cerdik, Alim, Arif dan membawa maksud lain iaitu Soleh (punca kebijaksanaan).

Dari segi bahasa, Al-Qahtan atau Al-Qathani adalah merujuk kepada sebuah gelaran nasab keturunan yang berasal daripada penduduk Yaman dari kalangan Himyar, Kindah, dan Hamadan.

Keturunan ini juga telah bercampur dengan Ahlul Bait Rasulullah dan penempatan mereka telah bertebaran luas di muka bumi Allah (tidak sekadar menduduki Yaman).


ULASAN AKHIR 


Al-Qathani adalah Ikhwan utama dan paling bertaqwa yang masih hidup setelah kewafatan Imam Mahdi Al-Muntazar as dan Nabi Allah Isa Al-Maseh as.

Sayidina Al-Qathani R.A akan dilatih dididik secara langsung oleh Imam Mahdi a.s sebelum baginda wafat. ketika itu Al-Qathani akan mula dikenali dan mahsyur di pertengahan pemerintahan Imam Mahdi Al-Muntazar a.s sebagai pembantu baginda.

Diwaktu pemerintahan Nabi Allah Isa Al-Maseh as, Al-Qathani dikekalkan sebagai pembantu kanan kepada Nabi Allah Isa Al-Maseh as.

Al-Qathani adalah penyambung sisa Kekhalifahan terakhir dan beliau memimpin umat manusia dalam beberapa tempoh yang dekat / seketika (sebelum kiamat).

Selepas Al-Qathani muncul dan memerintah dalam beberapa waktu dan ketika, Dunia akan kiamat, (Allah s.w.t mengirimkan angin dingin mencabut nyawa orang-orang beriman).

Sayidina Fata Al-Qathani diangkat darjat martabatnya oleh Allah s.w.t untuk menjadi Khalifah terakhir sekaligus penutup sekalian Khalifah Allah diatas muka bumi ini.


Saturday, 19 July 2014

HAMAS - FATAH BERPISAH TIADA




Hamas dan Fatah
Saudara terpisah
Hentikan kepentingan
Agar tidak kerugian

Hamas dan Fatah
Penjaga tanah wakaf
Bersendirian membela
Allah tetap membantu

Hamas dan Fatah
Dunia Islam inginkan ikatan hati
Satukan kefahaman kesatuan
Untuk Islam akhir zaman

Hamas dan Fatah
Ayuh gempur Zionis durjana
Yang mengapi-apikan kesefahaman
Yang memisah-misahkan kesatuan

Hamas dan Fatah
Dengan jalinan perdamaian
Allah bukakan segala keajaiban
Bersama Al-MuntazarNya 


Friday, 4 July 2014

MELAYU BERJIHAD DI KOSTANTINOPLE 1453 MASEHI

               السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ



Pada Tahun 1453 Masehi, Empayar Turki Uthmaniyah dibawah pimpinan Sultan Muhammad II Al-Fateh datang membebaskan Kota Kostantinople daripada Empayar Rom Byzantine Ortadoks.

Baginda membawa lebih kurang 200,000 tentera Janissari (tentera darat) dan Armanda laut menuju ke Kostantinople.

Sebelum terkumpulnya sejumlah pasukan Islam yang paling ramai dalam catatan sejarah pada masa itu, Sultan Muhammad II Al-Fateh telah mengeluarkan fatwa Jihad melalui gurunya Syeikh Shamsuddin Al-Wali untuk membebaskan Kostantinople sepertimana yang disebut didalam Hadis Baginda Rasulullah saw.

Seruan Jihad ini mendapat sokongan dan dokongan diseluruh tanah naungan Uthmaniyah dan juga kerajaan-kerajaan Islam di nusantara jauh.

Kesultanan Melaka dan Kesultanan Acheh antara yang menghantar bantuan tentera tambahan untuk menjayakan misi Jihad umat islam ini.

Maka berdatanganlah sejumlah beribu-ribu Orang Melayu Bani Jawi dari nusatara membantu perjuangan Turki Uthmaniyah di dalam membebaskan kota Kostantinople daripada Rom Byzantine Ortadoks.

Sesungguhnya Kota Kostantinople itu tidak akan berjaya ditakluki selagi tiada Sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera.


Pasukan Sultan Muhammad II Al-Fateh bergerak menuju Kostantinople

HADIS MENGENAI PEMBEBASAN KOSTANTINOPLE

Hadis Penaklukan Kostantinople kali pertama:


Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “Kostantiniyah (Islambol) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera”  
(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Rasulullah s.a.w bersabda: “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.”
[H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]

Dari Abu Qubail berkata: Ketika kita sedang bersama Abdullah bin Amr bin al-Ash, dia ditanya: Kota manakah yang akan dibuka terlebih dahulu; Konstantinopel atau Rumiyah?
Abdullah meminta kotak dengan lingkaran-lingkaran miliknya. Kemudian dia mengeluarkan kitab. Abdullah berkata: Ketika kita sedang menulis di sekitar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, beliau ditanya: Dua kota ini manakah yang dibuka lebih dulu: Konstantinopel atau Rumiyah/Roma?
Rasul menjawab, “Kota Heraklius dibuka lebih dahulu.” Yaitu: Konstantinopel.
(HR. Ahmad, ad-Darimi, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)


Hadis tersebut ditujukan kepada Sultan Muhammad Al-Fateh dan Pasukan terbaiknya. Melayu Bani Jawi termasuk antara pasukan sebaik-baik tentera.

Bangsa melayu Bani jawi akan memegang dan mengibarkan Panji-panji Hitam di bawah Al-Mahdi Al-Muntazar as pada akhir zaman.

Al-Mahdi adalah sebaik-baik pemimpin di Akhir zaman, dan Pasukan Al-Mahdi dari Timur dan Barat adalah sebaik-baik pasukan .

Hadis penaklukan Kostantinople kali kedua:


Rasulullah Saw bersabda,
 “Apakah kalian pernah mendengar suatu kota yang terletak sebagiannya di darat dan sebagiannya di laut? 
Mereka (para sahabat) menjawab: Pernah wahai Rasulullah.

 Beliau Saw bersabda: Tidak terjadi hari kiamat, sehingga ia diserang oleh 70,000 orang dari Bani Ishaq.

 Ketika mereka telah sampai di sana, maka mereka pun memasukinya. Mereka tidaklah berperang dengan senjata dan tidak melepaskan satu panah pun. Mereka hanya berkata Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka runtuhlah salah satu bahagian dari kota itu. Berkata Tsaur (perawi hadits): Saya tidak tahu kecuali hal ini ; hanya dikatakan oleh pasukan yang berada di laut. Kemudian mereka berkata yang kedua kalinya Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka runtuhlah pula sebahagian yang lain (darat). Kemudian mereka berkata lagi Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka terbukalah semua bahagian kota itu. Lantas mereka pun memasukinya. Ketika mereka sedang mengagih-agihkan harta rampasan perang, tiba-tiba datanglah (syaitan) yang menyamar menjadi manusia seraya berteriak : Sesungguhnya dajjal telah keluar. Kemudian mereka meninggalkan segala sesuatu (harta rampasan perang) dan kembali (pulang).”

 HR. Muslim. Kitab Fitan wa Asyratus Sa’ah

Di Akhir zaman, Kota Kostantinople akan ditakluk kembali oleh sebuah pasukan "Bani Ishak" berjumlah 70,000 orang dari barat, mereka adalah pasukan Al-Mahdi dari barat yang memegang Panji Putih-Kuning Al-Mahdi.


ULASAN AKHIR

Orang Melayu "bertanjak" bersama tentera Turki Uthmaniyah

Gambar ini adalah hasil lukisan orang-orang Turki terdahulu dalam menceritakan dan mengambarkan akan suasana sebenar sebuah peristiwa besar yang penuh bersejarah pada masa itu (Penaklukan Kota Kostantinople).

Gambar sejarah ini telah berusia ratusan tahun (pada abad ke-16) dan masih disimpan rapi sehingga ke hari ini. inilah antara gambar yang menjadi bukti kepada kita akan sebuah pasukan Turki Uthmaniyah dan tentera bantuannya yang datang dari seluruh pelusuk dunia islam dalam membantu membebaskan Kota Kostantinople.

Di zaman tersebut masih belum ada teknologi gambar hitam putih, orang-orang Turki yang sezaman pada masa itu telah merekodkannya dengan melukis dan menggambarkan peristiwa yang berlaku, dengan gambar-gambar inilah sejarah sebenar bercerita.

Sejarah kedatangan bangsa melayu berjihad di Kostantinople tidak disebut dan diceritakan oleh para sejarawan, ianya sengaja tidak ditulis dan diketengahkanSudah pasti ada tangan-tangan jahat yang menyembunyikan hakikat kisah sejarah yang sebenar ini.

Penulis sendiri pernah bertanya kepada bangsa Turki akan kesahihan sejarah bangsa Melayu pernah datang berjihad di bumi Kostantinople, mereka memberitahu bahawasanya Orang Melayu pernah datang membantu mereka dalam membebaskan Kostantinople.

Betapa jauhnya pengembaraan bangsa melayu bani jawi dalam menyahut seruan berjihad, inilah bukti perhubungan dan kerjasama antara Empayar Turki Uthmaniyah dengan Kerajaan-kerajaaan Kesultanan Islam di Nusantara yang sudah lama tegak berdiri dengan kukuh.

Ketahuilah wahai bangsa bani jawi sekalian, kamu semua termasuk didalam "Sebaik-baik Tentera" yang telah disabdakan Rasulullah saw lebih 1400 tahun yang lalu, bersiaplah wahai bangsa Alter untuk perjuangan Islam akhir zaman bersama Al-Mahdi Al-Muntazar dan Nabi Isa Al-Maseh as.