Palestin bumi tandus dan gersang
Dihujani bom dan peluru sesat setiap hari
Maruahnya dinodai binatang jalanan setiap hari
Tiada lagi keamanan kecuali huru-hara kini
Palestin bumi disebalik tembok
Terus dizalimi sewenangnya
Si penceroboh sungguh biadap menzalimi anak watannya
Sebiadap mereka yang bersekongkol dengannya
Palestin disebalik bagunan runtuhan
Yang dirobohkan sewenangnya
Islam dilaungkan taqwa dibina berterusan
Tetapi suara sumbang merobohkan citanya
Palestin tanah air umat islam
Tiada pembelaan diberikan kepadanya
Mengapa sanggup melihat sahaja
Mereka menderita sengsara?
Palestin seharusnya menjadi tauladan
Sedarlah ummah yang sedang bermimpi siang hari
Jatuh bagunnya bagai islam kini
Tidakkah kita menyedarinya?
No comments:
Post a Comment