السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
MUKADIMAH
Kekhalifahan Islam di akhir zaman atau lebih dikenali sebagai Khulafa Akhirul Zaman dipimpin oleh beberapa tokoh Khalifah iaitu:
- Sayidina Imam Mahdi Al-Muntazar as
- Nabi Allah Isa Al-Maseh as
- Sayidina Fata Al-Qathani ra
Di akhir zaman sebelum dunia akan kiamat, akan muncul seorang putera dari “Al-Qahthan”, dengan kemunculannya, orang-orang akan taat kepadanya (menjadi pengikut dan pembantu), dan berkumpul berhalaqah kepadanya (tempat rujukan dan perlindungan).
Perkara ini akan terjadi ketika zaman telah berubah iaitu
(selepas kewafatan Imam Mahdi Al-Muntazar dan Nabi Allah Isa Al-Maseh as).
HADIS RASULULLAH MENGENAI SAYIDINA FATA AL-QATHANI R.A
Terdapat sebuah hadis Rasulullah s.a.w mengkhabarkan mengenai kedatangan “Al-Qathani” iaitu:
Imam Ahmad R.H dan Asy-Syaikhani R.H meriwayatkan dari
Abu Hurairah R.A, bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak akan tiba hari Kiamat hingga keluar seorang lelaki (putera) dari Qahthan yang
menggiring manusia dengan tongkatnya.”
(Riwayat Imam Al-Bukhari R.H dan Imam Muslim R.H)
Di dalam kitab At-Tazkirah, Imam Al-Qurthubi R.H
menghuraikan maksud hadis ini dengan penjelasannya:
“Menggiring manusia dengan tongkatnya” adalah bermaksud sebuah
kiasan daripada ketaatan manusia kepadanya dan kesefahaman kesepakatan manusia
mentaatinya, ianya bukanlah bermaksud tongkat secara khusus (hakikat). Itu hanya
sebagai sebuah perumpamaan daripada ketaatan manusia kepadanya dan kekuasaan
yang Allah kurniakan kepadanya (Al-Qathani).
Al-Qurthubi R.H juga menyebutkan lagi ciri-ciri Al-Qathani
adalah beliau sangat keras (menentang) akan kemaksiatan kemungkaran dan merupakan
orang yang soleh (bertaqwa) yang menghukum dan memerintah dengan adil.
ATSAR SAHABAT MENGENAI SAYIDINA FATA AL-QATHANI R.A
Terdapat beberapa Atsar sahabat Rasulullah s.a.w yang menceritakan
mengenai “Al-Qathani” iaitu:
(1) Ibnu Hajar daripada Nu’aim Bin Hammad Al-Khuza’i,
beliau meriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin Amru Al-as R.A berkata:
“Para khalifah”, (Khulafa Ar-Rasyidin,Bani Umaiyah,Bani
Abbasiyah,Bani Uthmaniyah serta Khulafa Akhirul Zaman iaitu Imam Mahdi Al-Muntazar
as & Nabi Allah Isa Al-Maseh as) kemudian dia berkata, “Dan seorang putera
dari Qahthan.” (Sayidina Fata Al-Qathani R.A).
(2) Dari Sayidina Abdullah bin Amru Al-as R.A beliau
berkata:
“Akan ada seorang
raja / Khalifah
(penguasa) dari Qahthan”.
(3) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas
(Sayidina Abdullah bin Abbas r.a), beliau berkata:
“Dan seseorang dari Qahthan, semuanya
(orang Qahthan)
adalah orang shalih.”
MAKSUD AL-QATHAN & KESEPAKATAN PARA ARIFBILLAH
Menurut para Arifbillah dan Ahli Makrifat, mereka telah mendapat ilham dan isyarat bahawasanya Sayidina Fata Al-Qathani sudah muncul (wujud didunia), beliau masih muda dan menjadi Anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.
Ada juga Ulama muktabar membahaskan Al-Qathani adalah Al-Fatani / Al-Fatoni menurut "isi matan" atsar sahabat yang menyebut Al-Qathan adalah bangsa yang soleh.
Al-Fatani / Al-Fatoni berasal dari suku kata Al-Fatonah yang bermaksud Bijaksana, Cerdik, Alim, Arif dan membawa maksud lain iaitu Soleh (punca kebijaksanaan).
Al-Fatani / Al-Fatoni berasal dari suku kata Al-Fatonah yang bermaksud Bijaksana, Cerdik, Alim, Arif dan membawa maksud lain iaitu Soleh (punca kebijaksanaan).
Dari segi bahasa, Al-Qahtan atau Al-Qathani adalah merujuk kepada sebuah gelaran nasab keturunan yang berasal daripada penduduk Yaman dari kalangan Himyar, Kindah, dan Hamadan.
Keturunan ini juga telah bercampur dengan Ahlul Bait Rasulullah dan penempatan mereka telah bertebaran luas di muka bumi Allah (tidak sekadar menduduki Yaman).
ULASAN AKHIR
Al-Qathani adalah Ikhwan utama dan paling bertaqwa yang masih hidup setelah kewafatan Imam Mahdi Al-Muntazar as dan Nabi Allah Isa Al-Maseh as.
Sayidina Al-Qathani R.A akan dilatih dididik secara langsung oleh Imam Mahdi a.s sebelum baginda wafat. ketika itu Al-Qathani akan mula dikenali dan mahsyur di pertengahan pemerintahan Imam Mahdi Al-Muntazar a.s sebagai pembantu baginda.
Diwaktu pemerintahan Nabi Allah Isa Al-Maseh as, Al-Qathani dikekalkan sebagai pembantu kanan kepada Nabi Allah Isa Al-Maseh as.
Al-Qathani adalah penyambung sisa Kekhalifahan terakhir dan beliau memimpin umat manusia dalam beberapa tempoh yang dekat / seketika (sebelum kiamat).
Selepas Al-Qathani muncul dan memerintah dalam beberapa waktu dan ketika, Dunia akan kiamat, (Allah s.w.t mengirimkan angin dingin mencabut nyawa orang-orang beriman).
Sayidina Fata Al-Qathani diangkat darjat martabatnya oleh Allah s.w.t untuk menjadi Khalifah terakhir sekaligus penutup sekalian Khalifah Allah diatas muka bumi ini.
Alqahtani atau alqathani ?
ReplyDeleteAssalamu alaikum. Tuan , siapakah arif billah yang memberi info seputat alqahthani??
ReplyDelete