Sahabat mukmin
Apabila bersama
Terasa Indahnya Islam
Kerana akhlaknya
Percakapaanya berilmu
Nasihatnya membuatkan gigih perbaiki diri
Peringatanya menambah gerun pada Tuhan
Melihat akhlaknya bertambah malu kepadaNya
Peribadinya menyejukkan hati
Pemurahnya mengajarkan supaya bersifat pemurah
Pengorbanan dirinya mendidik supaya bekorban
Kegigihanya berjuang menambah kekaguman pada Tuhan
Rasa berTuhanya menebalkan rasa berTuhan
Rasa hambanya menambahkan rasa kehambaan padaNya
Teguranya terasa Amaran Tuhan
Akhlaknya bayangan orang Tuhan
Sahabat mukmin
Dengannya berkat bermanfaat
Melihatnya terasa kasih sayangNya
Perginya sukar dicari ganti
No comments:
Post a Comment