Saturday, 24 November 2012

SAHABAT MUKMIN (1)


Sahabat Mukmin
Meraikan memuliakan kawan
Berakhlak berbudi membuat jasa
Berkawan berpisah kerana Allah

Ketika melihat kesusahan kawan
Hati gelisah tumpang rasa kesusahannya
Berusaha membantu sebaik mungkin
Risau jika kawan tiada pembelaan

Bila melihat kawan bersedih
Diri turut merasa kesedihanya
Tenangkan hatinya pulihkan perasan
Mengingatkan mehnah itu TarbiyahNya

Ketika melihat kawan sakit
Merasa kasih simpati padanya
Tak sangup melihat kawan derita
Berbanyaklah berdoa munajat padaNya

Apabila melihat kawan mendapat nikmat
Dirinya tumpang gembira
Rasa seperti turut mendapatkanya
Bertambah kesyukuran pada Tuhan

Halusnya perasaan orang mukmin
Dalam persahabatannya
Kawan sejati dunia akhirat
Inilah Sahabat mukmin



No comments:

Post a Comment