Showing posts with label Solat yang Agung. Show all posts
Showing posts with label Solat yang Agung. Show all posts

Friday, 25 October 2013

PAMERAN FOTO TANAH HARAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH




Kota Makkah adalah sebuah kota suci yang menjadi idaman kepada para manusia yang cintakan Islam. Di Kota inilah lahirnya asas kepada pembentukan tamadun agama yang besar di dunia iaitu agama Islam. 

Di Kota ini jugalah lahirnya junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW. Di dalamnya terdapat satu bongkah batu hitam yang bernama Kaabah.

Di dalam suatu hadis yang mashyur diberitakan bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW telah bersabda;

Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda kepada negeri Makkah : 

“Alangkah baiknya engkau dari negeri yang ada, dan engkau adalah negeri yang paling aku cintai, kalau bukan lantaran kaumku mengusirku darimu, aku tidak akan tinggal di negeri selainmu"

[1] Hadits ini dalil bagi jumhur ulama bahawa Makkah adalah lebih utama dari Madinah. 
(Kitab Tuhfatul Ahwadzi Syarh Jami Tirmidzi, hal 327 juz 10 cetakan Daarul Fikr)

[2] HR Tirmidzi dan ia menghasankan, Ibnu Hibban, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dan ia menshahihkannya.

Alhamdulillah, Penulis telah diberi kesempatan untuk melihat dan menyaksikan satu pameran yang sedang berlangsung pada musim haji tahun ini iaitu sebuah "Pameran Fotografi Tanah Haram" di Muzium Negeri Kelantan Darul Naim.

Pameran Foto Tanah Haram ini berkisar tentang Tanah Suci Mekkah Al-Mukarromah.

Pameran ini telah berlangsung dari 1 September sehingga 31 Oktober 2013.

Di Malaysia, Kelantan terkenal dengan gelaran "Negeri Serambi Mekkah", oleh yang demikian adalah sangat baik mengambil berkat negeri "Tanah Serendah sekebun Bunga" atau "Negeri Cik Siti Wan Kembang" ini diadakan Pameran Foto Tanah Haram pada Tahun ini.

Kelantan Darul Naim adalah sebuah negeri yang pesat membangun dalam ilmu pendidikan Agama Islam yang pernah menjadi Pusat Ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah suatu ketika dahulu dan sehingga ke hari ini.


NASYID - KOTA MEKAH

Banner Promosi Pameran Foto Tanah Haram


Muzium Negeri Kelantan


OBJEKTIF 

  • Sebuah Perkongsian keindahan Tanah Suci Mekkah Al-Mukarromah.
  • Mewujudkan rasa cinta dan rindu akan mengerjakan Umrah dan Ibadah Haji rukun Islam yang kelima.
  • Memperlihatkan wajah sebenar fenomena suasana Umrah dan Haji setiap Tahun di Mekkah.
  • Menghayati Ibadah Haji yang sedang berlangsung di musim haji (Ketika Pameran dilangsungkan).
  • Membantu Golongan Anak yatim,Asnaf,Ibnu Sabil,Fisabilillah,Asnaf Zakat melalui Jualan Amal Foto Tanah Haram.


Balai hadapan pintu masuk Pameran Foto Tanah Haram


DI SEBALIK TABIR

Merupakan sebuah Projek Amal ilham Saudara Saiful Nang dan Dinie Masjuki semasa mereka mengerjakan Umrah bersama pada awal Tahun 2013 yang lalu.

Projek ini mensajikan Pelbagai hasil kerja Foto keindahan dan ketenangan di Kota Mekkah Al-Mukarramah.

Projek Amal ini adalah usaha sama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dengan Saiful Nang Academy of Photografy.

Program Pameran dan jualan Foto Tanah Haram ini juga diuruskan hasil Jualannya oleh Perbadanan Haji dan Umrah dalam mengumpul dana untuk disalurkan kepada Organisasi Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).

Untuk makluman, segala hasil jualan amal ini disalurkan kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin bagi mengumpul dana untuk membawa anak-anak yatim dan asnaf untuk mengerjakan umrah.

Pameran Fotografi Tanah Haram berlangsung di tingkat bawah Muzium Negeri Kelantan, Terdapat tiga ruangan khas di bawah dikhususkan untuk pameran ini.

Terdapat lebih 30 Pameran Foto yang dipamerkan untuk tatapan kesemua pengunjung.

Di Ruang Balai Cik Siti Wan Kembang tempat yang di khususkan diletakkan Pameran Qiswah Pintu Kaabah, Qiswah Pintu Kaabah ini pernah digunakan pada Tahun 2009 bersamaan 1430 Hijrah.

Qiswah Pintu Kaabah ini dipinjam dari negara Arab Saudi dan dipamerkan secara khas untuk program Pameran Fotografi Tanah Haram di Muzium Kelantan.


Di permukaannya (Qiswah Pintu Kaabah) mengandungi tulisan khat yang disulam daripada benang emas dan perak. Ia tertulis ayat khat Al-Quran dari pelbagai surah. Di dalamnya juga dinyatakan buatan Raja Saudi kepada Kaabah yang dibuat di Kilang Kelambu Kaabah, Hudaibiyah, Makkah.

Qiswah Pintu Kaabah ini bersaiz 20 x 12 kaki dan berat sekitar 80-100kg.

Foto-foto yang dipamerkan adalah untuk jualan amal. 100% hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung pendanaan Haji dan Umrah untuk membantu golongan asnaf dan anak-anak yatim.


Pada setiap pameran foto-foto tersebut, diselitkan Kod Nombor gambar yang dijual besertakan panduan untuk pengunjung yang berhasrat membeli foto jualan amal ini.


4 JURUGAMBAR PROFESIONAL






Mereka Berempat telah berjaya membentuk sebuah pasukan untuk projek jualan amal dengan mempamerkan koleksi peribadi hasil seni foto kreatif mereka untuk dipersembahkan di Pameran dan Jualan Foto Tanah Haram di Muzium Kelantan.

JUALAN BUKU " A GLIMPSE OF MAKKAH"


Di dalam kemeriahan Pameran dan Jualan Foto Tanah Haram, terdapat juga Pameran dan Jualan Buku "A Glimpse Of Makkah" Karangan Ustaz Haji Lutfi Lokman yang beharga RM 120 setiap satu buku.

Buku tersebut juga menceritakan Pengalaman dan Fenomena Umrah dan Haji, serta pelbagai koleksi Foto peribadi Ustaz Haji Lutfi Lokman selama 9 Tahun di Tanah Suci Mekkah Al-Mukaromah.



PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN (RPWP)


Prinsip RPWP:

  1. 8 Tahun membangun tanpa henti (2006-2013)
  2. Wakaf harta & diri, bekerja tanpa upah
  3. Anak & bapa bersama membangun
  4. Bekerja 20 jam sehari siang malam
  5. Konsep binaan rumah berfalsafah
  6. Tiada istilah barang terbuang
  7. Panduan hidup bermasyarakat
  8. Pentingnya hidup berkemahiran
  9. Bimbingan anak sejak kelahirannya
  10. Kaum ibu main peranan




ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG DIPAMERKAN 
(PAMERAN FOTO TANAH HARAM)

Berikut antara beberapa Foto yang dipamerkan:

































PENUTUP

Sesungguhnya Pameran dan Jualan Amal foto Tanah Haram ini telah menarik pengunjung dalam dan luar negara untuk datang menyaksikan kemeriahan dan keindahan Tanah Suci Mekkah yang dipamerkan untuk membantu Insan-insan yang memerlukan.

Usaha-usaha sebegini seharusnya terus digiatkan agar terbela kesemua "Rumah Amal Kebajikan" di negara ini agar mereka terus dilindungi dan dijaga dengan sebaik mungkin.

Diharap segala usaha-usaha ini mendapat Ganjaran disisi Allah s.w.t dan mudah-mudahan ianya menambahkan lagi rasa rindu dan cintakan Rumah Allah yang suci ini.

Mudah-mudahan segala usaha mereka semua membuahkan hasil mencapai hajat dan matlamat murni untuk membantu mereka yang kesusahan serta memerlukan bantuan.

Untuk Makluman,Penulis tidak mewakili mana-mana pihak dan berkecuali di dalam penulisan ini, mudah-mudahan dengan sekecil perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menyampaikan maklumat dan hebahan untuk makluman semua, Ampun Maaf dan Wassalam.



Monday, 30 September 2013

YA HANANA - BERUNTUNGLAH & BERUNTUNGLAH KAMI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ






Telah Terbitnya cahaya purnama
Menerangi malam gelita
Kelahiranmu Muhammad
Anugerah daripada ALLAH

Beruntunglah, Beruntunglah
Di utus Nabi Muhammad

Penghimpun segala rahsia
Tujuh Ayat Al-Fatihah
Tiada yang sama sepertimu
Dan dariNya wahyu untukmu

Terpisah bulan keranamu
Menggetarkan jiwa yang lesu
Umatmu menjadi kebangganmu
Terkenal serata dunia

Sungguh manis senyumanmu
Menawan hati yang rindu
Alangkah lembut belaianmu
Terasa hangat kasihmu

Selawat salam ke atasmu
Dan jua para ahlimu (Ahlul Bait)
Untuk kami syafaat kau beri
Luasnya tidak terperi


Thursday, 18 July 2013

ANAK-ANAK GENERASI HARAPANKU (PEMBELA AL-QURAN)

    
       السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ 




WAHAI ANAK-ANAKKU

AYAH dan IBUMU sering BERPESAN

Akan SEBUAH HARAPAN untukmu

Juga bersama TEGURAN dan NASIHAT buatmu

Agar Anak-anakku terus BERPERASAAN

DALAM BERJUANG bersama RASA TIDAK BERJUANG

Terus GIGIH membuat KERJA PERJUANGAN

Tanpa MERASA BERBUAT

Sentiasa SABAR REDHA akan segala UJIAN

 Yang DILALUKAN Kepadamu

Menyerahkan KESEMUANYA kepada ALLAH

Menentukan HASIL TANAMAN KITA 
(Baja Perjuangan)

Adakah BERBUAH DISANA atau AKAN MATI

Pokok yang DIBAJA disiram DI DUNIA lagi

PERKEMASKANLAH diri wahai Anak-anakku selalu

LALUILAH saat-saat getir ini

Dengan TAKUT SETAKUT-TAKUTNYA

CEMAS SECEMAS-CEMASNYA 

Dan HARAP SEHARAP-HARAPNYA Kepada ALLAH

Kerana Itulah Sahaja PELUANG dan HARAPAN Kita

   (Hikmah Perjuangan)

Bersama DOA RINTIHAN,USAHA,IKHTIAR 

Dan TAWAKAL Kita

Sebagai BEKALAN yang kita SEDIAKAN 

Untuk MENGHADAPI SAAT-SAAT GETIR DI SANA

TAGIHLAH KEREDHAAN dan KEMAAFAN ALLAH 

SELALU dan SENTIASA

MUDAH-MUDAHAN Kita Semua 

BEROLEH KEMENANGAN YANG HAKIKI

INILAH DOAKU dan HARAPANKU

KEPADA ANAK-ANAK GENERASI HARAPANKU

PEWARIS PEMBELA AL-QURAN 

 
Generasi Pembela Al-Quran

Monday, 24 June 2013

DOA LI-KHAMSATUN

MUKADIMAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Doa Li-Khamsatun merupakan sebuah doa ikthiar yang digunakan untuk mengelak daripada pelbagai wabak penyakit merbahaya, para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah mengariskan beberapa amalan yang boleh dijadikan ikhtiar memohon perlindungan Allah S.W.T daripada ancaman penyakit merbahaya / penyakit berjangkit, Antaranya doa tawassul yang masyhur diamalkan adalah doa tawassul dengan Ahlul Bait yang lima (Ahlul Kisa).


Ahlul Kisa` adalah Ahli Bait yang teristimewa yang diselubungi dengan kisa` (kain selendang / selimut) dan didoakan oleh Junjungan Nabi S.A.W. tatkala turun ayat 33 surah al-Ahzab. Di mana Junjungan Nabi Muhammad S.A.W telah memanggil Siti Fathimah, Sayidina Ali, Sayidina Hassan dan Hussein, menyelubungi mereka dan berdoa: "Ya Allah, mereka inilah Ahli Baitku. Ya Allah hilangkanlah daripada mereka kekotoran dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya".



BACAAN DOA LI-KHAMSATUN





Padaku ada 5 Penawar
Akan segala Penyakit
Iaitu Nabi Al-Musthafa (S.A.W)
Sayidina Ali Al-Murthada (K.W.J)
Dan Kedua Anaknya
"Wabnahuma" (Hassan dan Hussein R.A)
Bersama Fathimah (Az-Zahra)


PENJELASAN DOA LI-KHAMSATUN

Doa tawassul ini diketengahkan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, antara ulama ahli sunnah wal jamaah yang menyebut mengenai amalan tawassul dengan Ahlul Kisa` sebagai saranan mencegah wabak penyakit adalah Al-Qadhi Syeikh Yusuf bin Isma`il An-Nabhaani R.H. Dalam kitabnya "Sa`aadatud Daarain" halaman 627 beliau menyatakan bahawa amalan tersebut antara yang mujarrab untuk mencegah wabak.

Doa ini sering disalah anggap oleh sesetengah pihak sebagai fahaman syiah, dan konsep bertawasul pula adalah ditolak sama sekali oleh mereka yang berfahaman Wahabi, Syiah dan Wahabi sama sekali berjaya memesongkan mengelirukan keutamaan Ahlul Bait Rasulullah S.A.W pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang Haq.

KESIMPULAN

Doa Li-Khamsatun adalah Doa Mustajab untuk menghindar dari penyakit merbahaya, Ini adalah doa ikthiar tawassul kepada Ahlul Bait Rasulullah, Rasulullah dalam banyak Hadisnya sudah menjelaskan menyebutkan akan keutamaan Ahlul Bait dan Kemuliaanya di sisi Allah S.W.T.

Doa ini bertawasul mengambil Berkat akan Ahlul Bait yang Lima, Rasulullah Al-Musthafa, Sayidina Ali Al-Murthada, Kedua Anaknya Hassan & Hussein bersama Fatimah Az-Zahra.

Dengan Menumpang berkat Ahlul Kisa yang Mulia, dan Syafaat Kubra Baginda Al-Musthafa S.A.W, Mudah-mudahan Allah S.W.T sudi Menerima Doa Tawassul Ikthiar kita yang lemah ini.

DOA TAUBAT TARHIL




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Doa Taubat Tarhil adalah satu amalan Salafus soleh (Ahli Thoriqah) untuk mendekatkan diri kepada Allah, Doa untuk Taubatkan diri yang memiliki banyak dosa dan kesalahan, rasa berbuat, rasa mampu, rasa memiliki, semua ini perlu ditaubatkan.


Doa Taubat Tarhil hendaklah dilafaz dari hati, merasa diri berdosa, hina dan penuh kesalahan penyesalan, doa ini adalah zikir harian terutama pada waktu Qailullah.

Doa ini juga untuk mendapatkan rasa hamba yang berdosa, penyesalan yang sangat mendalam akan dosa dan kesalahan, untuk mendapatkan rintihan,kekesalan dan kesedaran, melahirkan solat yang agung, juga natijahnya akan membina peribadi jiwa hamba yang bertaqwa.

Ucapkanlah akan doa taubat ini dengan penuh rasa diri ini dengan dosa yang perlu ditaubatkan,membacanya dengan penuh rasa berdosa  dengan lafaz kesedaran kerana terlalu menzalimi diri sendiri, Sangat mengharapkan redha,kasih sayang dan keampunan dari Allah.



BACAAN DOA TAUBAT TARHIL


استغفر الله العظيم ٣

ألذى لاأله إلا هو الحي القيوم

و أتوب اليه ٣

توبة عبد ظالم

لا يملك لنفسه

ضرا ولا نفعا ولا موت

ولا حياة ولا نشورا


Mohon ampun Ya Allah, yang Maha Agung 3x

Engkaulah Tuhan, tiada Tuhan selain MU

Yang Maha Hidup, yang Maha Berdikari

Aku taubat Ya Allah 3x

Taubat seorang hamba yang zalim

Yang merasa berkuasa walau tiada kuasa apa-apa

Tiada kuasa memberi mudharat

Tiada kuasa memberi manfaat

Tiada kuasa mematikan

Tiada kuasa menghidupkan

Dan tiada kuasa hidupkan semula.

Sunday, 23 June 2013

RAHSIA SELAWAT BADAWI (KUNCI KEMENANGAN ISLAM)

MUKADIMAH


  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selawat Badawi adalah sebuah selawat Anugerah Allah kepada Umat Islam khususnya untuk pejuang islam akhir zaman (Ikhwan & Asoib)

Ianya pertama kali diamalkan oleh Syeikh Sayid Ahmad Al Badawi R.H, Merupakan Pengasas kepada Thoriqah Al- Ahmadiah Al Badawiyah / Thoriqah Badawiyyah.

Selawat badawi terkenal dengan beberapa nama seperti Selawat Al-Anwar, Selawat Nuril Anwar, Selawat Nur Anwar & Selawat Ahmad Badawi.

Selawat Badawi adalah penghubung rindu dan cinta terhadap Rasulullah (Makrifat), Pengamal Thoriqah menjadikannya sebagai amalan harian seperti Berselawat setiap kali sebelum masuk waktu solat.

Selawat Badawi dapat membina peribadi yang agung dengan rindu dan cintakan Rasulullah, Melahirkan Solat yang agung, Membina semangat cintakan islam dan memperjuangkannya dengan gigih serta Membentuk Ahklak yang tinggi (Bersulam Taqwa & Rasa Kehambaan).

Selawat Badawi adalah Khazanah Agung dari Allah untuk menghubungkan diri dengan Nur Muhammad, Menjadi Amalan Salafus Soleh dan Umat Ghuraba (Asing) di akhir zaman.


RAHSIA SELAWAT BADAWI


SELAWAT BADAWI


"YA ALLAH Sampaikanlah Salam Rindu kepada Cahaya sebagai Sumber Segala Cahaya, Rahsia Segala Rahsia, Ubat Seluruh Penyakit, Anak Kunci Segala Kejayaan, Dialah Pemimpin yang kami Rindu, Nabi Muhammad yang Terpilih, Keluarganya yang suci (Ahlul Bait), Serta Para Sahabat yang menjadi Pilihan, Sebanyak bilangan Nikmat-Mu, dan Kemuliaan-Mu YA ALLAH"


Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka yang berharga: Al-Qur’an dan ‘Itrahku, Ahlul baitku.” (Shahih At-Tirmidzi 2: 219).


KESIMPULAN

Selawat Badawi mengandungi pelbagai pembelajaran dan pengajaran, memiliki banyak hikmah bagi sesiapa yang mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh.

Selawat Badawi adalah Hadiah Allah untuk Islam di akhir zaman, Hadiah ini janganlah di sia-siakan, kerana padanya ada Cahaya segala sumber segala cahaya, Rahsia segala rahsia, Ubat seluruh penyakit dan Anak kunci segala kejayaan (kunci kemenangan).

Amalkanlah selawat badawi setiap kali sebelum masuk waktu solat, jadikanlah ianya sebagai selawat harian dibibir dihati, InsyaAllah akan ada respon dari Allah dan Rasul jika kita melaksanakannya dengan penuh keihklasan dan penuh rasa kehambaan.

Jangan mengharapkan fadhilatnya, tagihlah keampunan dan keredhaan Allah untuk kita semua, selawat badawi adalah Selawat Umat Nabi Muhammad yang sangat cinta dan Rindukan Rasulullah S.A.W juga Rindukan Islam kembali bangkit untuk kali kedua ini.

Selawat Badawi adalah Kunci Kemenangan Islam dengan terbinanya insan-insan yang berperibadi Agung dan hamba-hamba Allah yang bertaqwa / sangat bertaqwa. Islam akan menang apabila di dalam hati Umat Islam keseluruhannya sudah ada Iman dan Taqwa, inilah Rahsia keagunangan selawat Badawi, mari bersama-sama kita berselawat mengagungkan Tuhan dan memuji-muji Rasulullah serta Sahabatnya, InsyaAllah.

(Sila Klik Video Ini)
"Selawat Badawi"