Friday 25 October 2013

PAMERAN FOTO TANAH HARAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH




Kota Makkah adalah sebuah kota suci yang menjadi idaman kepada para manusia yang cintakan Islam. Di Kota inilah lahirnya asas kepada pembentukan tamadun agama yang besar di dunia iaitu agama Islam. 

Di Kota ini jugalah lahirnya junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW. Di dalamnya terdapat satu bongkah batu hitam yang bernama Kaabah.

Di dalam suatu hadis yang mashyur diberitakan bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW telah bersabda;

Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda kepada negeri Makkah : 

“Alangkah baiknya engkau dari negeri yang ada, dan engkau adalah negeri yang paling aku cintai, kalau bukan lantaran kaumku mengusirku darimu, aku tidak akan tinggal di negeri selainmu"

[1] Hadits ini dalil bagi jumhur ulama bahawa Makkah adalah lebih utama dari Madinah. 
(Kitab Tuhfatul Ahwadzi Syarh Jami Tirmidzi, hal 327 juz 10 cetakan Daarul Fikr)

[2] HR Tirmidzi dan ia menghasankan, Ibnu Hibban, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dan ia menshahihkannya.

Alhamdulillah, Penulis telah diberi kesempatan untuk melihat dan menyaksikan satu pameran yang sedang berlangsung pada musim haji tahun ini iaitu sebuah "Pameran Fotografi Tanah Haram" di Muzium Negeri Kelantan Darul Naim.

Pameran Foto Tanah Haram ini berkisar tentang Tanah Suci Mekkah Al-Mukarromah.

Pameran ini telah berlangsung dari 1 September sehingga 31 Oktober 2013.

Di Malaysia, Kelantan terkenal dengan gelaran "Negeri Serambi Mekkah", oleh yang demikian adalah sangat baik mengambil berkat negeri "Tanah Serendah sekebun Bunga" atau "Negeri Cik Siti Wan Kembang" ini diadakan Pameran Foto Tanah Haram pada Tahun ini.

Kelantan Darul Naim adalah sebuah negeri yang pesat membangun dalam ilmu pendidikan Agama Islam yang pernah menjadi Pusat Ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah suatu ketika dahulu dan sehingga ke hari ini.


NASYID - KOTA MEKAH

Banner Promosi Pameran Foto Tanah Haram


Muzium Negeri Kelantan


OBJEKTIF 

  • Sebuah Perkongsian keindahan Tanah Suci Mekkah Al-Mukarromah.
  • Mewujudkan rasa cinta dan rindu akan mengerjakan Umrah dan Ibadah Haji rukun Islam yang kelima.
  • Memperlihatkan wajah sebenar fenomena suasana Umrah dan Haji setiap Tahun di Mekkah.
  • Menghayati Ibadah Haji yang sedang berlangsung di musim haji (Ketika Pameran dilangsungkan).
  • Membantu Golongan Anak yatim,Asnaf,Ibnu Sabil,Fisabilillah,Asnaf Zakat melalui Jualan Amal Foto Tanah Haram.


Balai hadapan pintu masuk Pameran Foto Tanah Haram


DI SEBALIK TABIR

Merupakan sebuah Projek Amal ilham Saudara Saiful Nang dan Dinie Masjuki semasa mereka mengerjakan Umrah bersama pada awal Tahun 2013 yang lalu.

Projek ini mensajikan Pelbagai hasil kerja Foto keindahan dan ketenangan di Kota Mekkah Al-Mukarramah.

Projek Amal ini adalah usaha sama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dengan Saiful Nang Academy of Photografy.

Program Pameran dan jualan Foto Tanah Haram ini juga diuruskan hasil Jualannya oleh Perbadanan Haji dan Umrah dalam mengumpul dana untuk disalurkan kepada Organisasi Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).

Untuk makluman, segala hasil jualan amal ini disalurkan kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin bagi mengumpul dana untuk membawa anak-anak yatim dan asnaf untuk mengerjakan umrah.

Pameran Fotografi Tanah Haram berlangsung di tingkat bawah Muzium Negeri Kelantan, Terdapat tiga ruangan khas di bawah dikhususkan untuk pameran ini.

Terdapat lebih 30 Pameran Foto yang dipamerkan untuk tatapan kesemua pengunjung.

Di Ruang Balai Cik Siti Wan Kembang tempat yang di khususkan diletakkan Pameran Qiswah Pintu Kaabah, Qiswah Pintu Kaabah ini pernah digunakan pada Tahun 2009 bersamaan 1430 Hijrah.

Qiswah Pintu Kaabah ini dipinjam dari negara Arab Saudi dan dipamerkan secara khas untuk program Pameran Fotografi Tanah Haram di Muzium Kelantan.


Di permukaannya (Qiswah Pintu Kaabah) mengandungi tulisan khat yang disulam daripada benang emas dan perak. Ia tertulis ayat khat Al-Quran dari pelbagai surah. Di dalamnya juga dinyatakan buatan Raja Saudi kepada Kaabah yang dibuat di Kilang Kelambu Kaabah, Hudaibiyah, Makkah.

Qiswah Pintu Kaabah ini bersaiz 20 x 12 kaki dan berat sekitar 80-100kg.

Foto-foto yang dipamerkan adalah untuk jualan amal. 100% hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung pendanaan Haji dan Umrah untuk membantu golongan asnaf dan anak-anak yatim.


Pada setiap pameran foto-foto tersebut, diselitkan Kod Nombor gambar yang dijual besertakan panduan untuk pengunjung yang berhasrat membeli foto jualan amal ini.


4 JURUGAMBAR PROFESIONAL






Mereka Berempat telah berjaya membentuk sebuah pasukan untuk projek jualan amal dengan mempamerkan koleksi peribadi hasil seni foto kreatif mereka untuk dipersembahkan di Pameran dan Jualan Foto Tanah Haram di Muzium Kelantan.

JUALAN BUKU " A GLIMPSE OF MAKKAH"


Di dalam kemeriahan Pameran dan Jualan Foto Tanah Haram, terdapat juga Pameran dan Jualan Buku "A Glimpse Of Makkah" Karangan Ustaz Haji Lutfi Lokman yang beharga RM 120 setiap satu buku.

Buku tersebut juga menceritakan Pengalaman dan Fenomena Umrah dan Haji, serta pelbagai koleksi Foto peribadi Ustaz Haji Lutfi Lokman selama 9 Tahun di Tanah Suci Mekkah Al-Mukaromah.



PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN (RPWP)


Prinsip RPWP:

  1. 8 Tahun membangun tanpa henti (2006-2013)
  2. Wakaf harta & diri, bekerja tanpa upah
  3. Anak & bapa bersama membangun
  4. Bekerja 20 jam sehari siang malam
  5. Konsep binaan rumah berfalsafah
  6. Tiada istilah barang terbuang
  7. Panduan hidup bermasyarakat
  8. Pentingnya hidup berkemahiran
  9. Bimbingan anak sejak kelahirannya
  10. Kaum ibu main peranan




ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG DIPAMERKAN 
(PAMERAN FOTO TANAH HARAM)

Berikut antara beberapa Foto yang dipamerkan:

































PENUTUP

Sesungguhnya Pameran dan Jualan Amal foto Tanah Haram ini telah menarik pengunjung dalam dan luar negara untuk datang menyaksikan kemeriahan dan keindahan Tanah Suci Mekkah yang dipamerkan untuk membantu Insan-insan yang memerlukan.

Usaha-usaha sebegini seharusnya terus digiatkan agar terbela kesemua "Rumah Amal Kebajikan" di negara ini agar mereka terus dilindungi dan dijaga dengan sebaik mungkin.

Diharap segala usaha-usaha ini mendapat Ganjaran disisi Allah s.w.t dan mudah-mudahan ianya menambahkan lagi rasa rindu dan cintakan Rumah Allah yang suci ini.

Mudah-mudahan segala usaha mereka semua membuahkan hasil mencapai hajat dan matlamat murni untuk membantu mereka yang kesusahan serta memerlukan bantuan.

Untuk Makluman,Penulis tidak mewakili mana-mana pihak dan berkecuali di dalam penulisan ini, mudah-mudahan dengan sekecil perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menyampaikan maklumat dan hebahan untuk makluman semua, Ampun Maaf dan Wassalam.



Monday 7 October 2013

TEMBIKAI BUAH KESUKAAN RASULULLAH S.A.W


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH






Buah Tembikai atau Semangka pada Istilah arab disebut sebagai “Al-biththikh” adalah Buah Kesukaan Rasulullah s.a.w selepas Buah Labu, Buah Tembikai juga merupakan salah satu buah dari saudara serumpun dengan Buah Labu.

Rasulullah sangat meraikan Buah tembikai, Buah ini menjadi Sunnah Baginda Junjungan Rasulullah s.a.w selepas Kurma.

Rasulullah sangat menyukai dan memberkati Buah Tembikai dan menganjurkan Para Sahabat agar memakan Buah Tembikai bersama Kurma. inilah antara Sunnah Rasulullah s.a.w yang ditinggalkan baginda kepada umatnya sehingga hari kebangkitan (Kiamat).

FAKTA BUAH TEMBIKAI

Buah Tembikai adalah Tumbuhan menjalar (memanjat dan melata) sama seperti Buah Labu.


Antara jenis-jenis Tembikai:

Tembikai Merah
  • Tembikai merah memiliki warna merah dan warna Kuning (Tembikai Kacukan).
  • Berasal daripada Selatan Afrika.
  • Kaya dengan vitamin A.
  • Membantu membersihkan sistem perkumuhan badan.
  • Menyembuhkan Gout,Penyakit Paru-paru,sakit kepala dan memulihkan masalah kulit.

Tembikai Susu 
  • Berasal daripada Afrika tengah.
  • Kaya dengan Vitamin C.
  • Memiliki Nutrisi tambahan seperti vitamin A,B6 dan C,Folat, dan Potasium.
  • Membantu mengawal tekanan Darah dan merupakan sumber asid folik yang bagus untuk Ibu yang mengandung.



HADIS MENGENAI KEUTAMAAN BUAH TEMBIKAI

Sangat Banyak Hadis Rasulullah s.a.w menceritakan keutamaan Buah Tembikai dan khasiat kepada Umatnya, antaranya ialah:


Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap wanita hamil yang makan buah tembikai maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya."

Dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Semangka (Tembikai)  adalah makanan, minuman dan raihan (tanaman harum), mencucikan pundi kencing, membersihkan perut, memperbanyak air punggung,  membantu bercampur, mencerahkan kulit dan mengatasi kelemahan.” (Kitab Ath-Thibbun Nabawi)

Sabda Rasulullah SAW.
Dari Ibnu Abbas berkata: “Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit.”

Dari ‘Aisyah R.A, ia berkata,  "Nabi s.a.w menyukai makanan-makanan manis dan madu."

(Shahih Bukhari : 5614)

 Dari Aisyah R.A, ”Rasulullah s.a.w pernah makan al-biththih dengan kurma segar, seraya bersabda,
“Kami memadam panas kurma ini dengan dinginnya “Al-biththih” ini dengan panasnya kurma ini.”

Aisyah R.A menceritakan bahwa : Rasulullah SAW suka makan Semangka dan Rutob.
(HR. Abu Dawud dan al Tirmidzi)

Menurut riwayat Aisyah r.a,  
dulu Rasulullah Saw biasa menyantap semangka dengan kurma masak,
(HR Abu Daud dan Al-Tirmizi). 

Abu Daud menambahkan dalam riwayatnya bahwa Rasulullah Saw pernah bersabda: 
"Panasnya buah ini (kurma), kita seimbangkan dengan dinginnya buah ini (semangka).
(Hadis ini disahihkan oleh Al-Suyuthi dan Al-Arnauth)

Rasulullah pernah makan tembikai dengan rutob dan bersabda “kita pecahkan panas ini dengan sejuknya ini., dan sejuknya ini dengan  panasnya ini
 “salah satu buah itu bersifat panas, satu lagi sejuk”. 
(Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)

Bahwa Rasulullah s.a.w pernah makan buah tembikai dicampur dengan Kurma muda yang sudah masak lalu Baginda bersabda:
“Panas dibuah ini dinuteralkan oleh unsur dingin di buah ini.”
(H.R Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Disebutkan pula oleh Al-Thabrani dalam kitab Al-Mu`jam Al-Ausath dan juga Al-Hakim bahawa Anas r.a. menuturkan,  Rasulullah Saw mengambil kurma masak itu dengan tangan kanan dan semangka dengan tangan kiri. Beliau lalu menyantap kurma dan juga semangka, yang merupakan buah yang paling beliau sukai. 
(Hadis ini disahihkan oleh Al-Suyuthi)
  
Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda: “Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga.”

Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: 
"Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". 
Kemudian bangun Sayidina Ali k.w.j r.a bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan, Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya. 
Kemudian baginda bersabda lagi yang bermaksud: 
“Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku 
dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan.”



ATSAR SAHABAT - TABI'EN MENGENAI BUAH TEMBIKAI

Ibnu Al-Qayyim berpendapat bahwa yang dimaksudkan dengan "Al-biththikh" (Semangka-Tembikai) di dalam hadis Rasulullah s.a.w adalah semangka berkulit hijau.

Abu Mishar al-Ghassani R.H berkata:

“Ayahku apabila membeli semangka suka berkata, wahai anakku hitunglah garis yang ada di dalamnya, jika satu maka dia diciptakan untuk menjadi manis.”(Kitab Thibbun Nabawi)

MUSLIHAT YAHUDI DALAM MEMPERSENDA BUAH TEMBIKAI

Yahudi sememangnya mengakui Keutamaan dan khasiat khusus buah tembikai, mereka juga sering memerahkan khasiatnya untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan, akan tetapi Yahudi turut mempersenda Buah Tembikai sebagai Sunnah Rasulullah s.a.w dengan mereka mencipta pelbagai reka bentuk dan seni ukir "Kreatif" di dalam mempersenda buah kesukaan Rasulullah s.a.w.

Di dalam bidang Perhotelan dan Katering, Buah tembikai telah menjadi "bahan mangsa seni ukiran" untuk dihiasi pada meja-meja Buffet dan Meja Utama Makan seperti Majlis Perkahwinan.

Perkara ini telah menjadi kebiasaan kebanyakan umat manusia dan tidak ketinggalan umat Islam sendiri iaitu pada majlis perkahwinan mereka.

Pelbagai jenis ukiran yang kreatif seperti Gubahan Bunga dan hasil seni lain pada Buah Tembikai menjadi popular dan masyarakat menganggapnya satu kemahsyuran pada sesuatu majlis besar yang diadakan tersebut.

Berjayanya Yahudi menipu Umat Islam dengan mengaitkannya dengan Hasil seni, sedangkan ini adalah hasil pembaziran, dan setiap pembaziran tidak Disukai Allah dan RasulNya.

Antara Contoh-Contoh Seni Ukiran Kreatif:







PENGALAMAN PENULIS MENGENAI "PEMBAZIRAN SENI KREATIF"

Penulis ingin mengkongsikan Pengalaman Penulis sendiri iaitu Penulis pernah berdialog dengan seorang pengukir Buah Tembikai dimana penulis pernah bertanya beberapa soalan kepadanya:

Penulis: Berapa jam tempoh masa yang diambil Encik untuk menyiapkan 
satu "Hasil Seni" pada sebuah Tembikai?

Pengukir: Bergantung kepada Saiz Tembikai dan kemahiran pengukirnya
dalam tempoh 1 - 2 Jam atau lebih dari itu.

Penulis: Berapa hari Tembikai ini boleh bertahan sepanjang dipamerkan di ruang meja makan nanti?

Pengukir: Selalunya Tembikai dapat digunakan dua hingga tiga kali majlis dalam tempoh 3 Hari. selepas dipamerkan (Tamat Majlis) Tembikai tersebut harus diletakkan di dalam Peti sejuk dengan segera dan sebelum itu akan dilapisi pada bahagian ukiran gubahannya dengan tisu pelembab, untuk melindungi Tekstur Ukiran dari rosak dan mengecut.

Penulis: Selepas tamat tempoh tersebut, apakah Buah Tembikai tersebut boleh digunakan lagi?

Pengukir: Jika Tembikai tersebut masih dalam keadaan baik, akan dipotong bahagian ukirannya dan bahagian lain boleh terus digunakan seperti dibuat Jus tembikai.

Selepas penulis menerima penerangan daripada si pengukir tersebut, ternyata penulis mula berfikir Tembikai Tersebut sudah terdedah dengan Udara luar yang tercemar setelah dipamerkan, kemungkinan boleh membawa keracunan makanan.

Disini telah berlaku Pembaziran Rezeki dari Allah hasil "Ukiran kreatif" tersebut yang direka cipta oleh Yahudi dengan menggelarkan kemahiran ini sebagai "Art of Culinarry".

Penulis masih ingat satu pengalaman berguna buat penulis sendiri iaitu kisahnya terjadi sewaktu penulis masih di sekolah darjah rendah dahulu, Guru mata pelajaran pendidikan Seni Penulis yang merupakan seorang Guru wanita yang garang telah mengarahkan semua Murid membawa Ubi Kentang dan Bawang Besar untuk membuat hasil seni pada minggu hadapan.

Penulis yang masih mentah ketika itu hanya dapat merasakan ianya bakal menjadi satu pembaziran dan rasa kesihan akan nasib rezeki yang bakal diukir tersebut, Penulis merasa tidak sanggup membawanya ke sekolah kerana selalu melihat Ibu menggunakannya di dapur, lantas penulis merahsiakannya daripada pengetahuan Ibu dan Ayah penulis.

Pada hari yang dijanjikan tersebut, semua Murid-murid membawanya kecuali penulis, lantas Guru tersebut sangat marah lantas memerintahkan Penulis mengikuti Kelas di luar dan disisihkan, Penulis hanya melihat kesemua Rakan-rakan penulis ketika itu seronok dapat mengukir Ubi Kentang dan Bawang besar tersebut lalu dicalitkan dengan warna air dan ditekupkan pada kertas putih, itulah hasil seni dalam kelas Pendidikan seni yang penulis sempat merasai pengalaman ini.

Setelah selesai kelas tersebut, ternyata penulis tergamam sedih melihat akan Rezeki tersebut sudah terkotor dan tidak selamat lagi hendak digunakan lantas Penulis sempat melihat kesemua Ubi Kentang dan Bawang Besar yang dibawa Rakan-rakan sekelas penulis tersebut penuh di longgokan sampah, Hati penulis binggung tidak faham kenapa mereka semua membuangnya, mereka juga telah bertindak memulaukan Penulis kerana tidak patuh perintah Guru yang garang tersebut.

Inilah dia pengajaran Penulis akan Pembaziran hasil seni yang direka oleh yahudi untuk "Hasil Seni Kreatif" yang diletakkan di dalam modul persekolahan, Penulis kini tertanya-tanya adakah masih wujud "Seni" ini di sekolah pada hari ini? Wallahualam.

Firman Allah yang bermaksud:
 "Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya" 
(Surah al-Isra':27)


Firman-Nya yang bermaksud: 
"Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan"
 (Surah al-A'raf:3 1)


KISAH TAUBAT DARI SEBIJI TEMBIKAI



Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai.


Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq Al-Balkhir dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq Al-Balkhir kepada isterinya: 
“Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?

Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq Al-Balkhir teruskan lagi kata-katanya:

“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga".

"Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini". 

"Bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq Al-Balkhir. lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


PEPATAH MELAYU MENGENAI BUAH TEMBIKAI


“Menjalar Melata Buah Tembikai, 
Sayang Buah Dimakan Tikus”

Maksudnya:

Indah dan gagah pada lahirnya sahaja tetapi Batinnya rosak atau tidak baik.

Ulasan: 

Sesuatu perkara yang dilihat baik dan elok di mata, jangan disangka baik kesemuanya di dalam, jangan tertipu dengan pandangan mata, akan tetapi pandangan hati itulah yang menyuluh kebenaran disebalik pandangan mata yang menipu diri sendiri.

Tikus itu seperti Yahudi yang merosakkan Fitrah Batin manusia daripada BerTuhankan Allah s.w.t kepada BerTuhankan Dunia, berwaspada dari Tikus yang beracun tersebut, Air Liurnya membawa penyakit (Fitnah Konspirasi) dan Air Kencingnya membawa Maut (Merosakkan Lahir dan Batin), hindarilah Fitnah sang Tikus yang bernama "Yahudi".

Jika Rosak Batin Seseorang itu, maka akan sukarlah hendak diketemukan Ubat untuk memulihkan dalaman yang telah rosak serosaknya, susah dididik dan diperbaiki, maka berhati-hatilah jangan mudah diracuni oleh "Si Tikus" ini.

KESIMPULAN

Rasulullah s.a.w sangat Memberkati Buah Tembikai, Rasulullah juga memberi jaminan kepada para sahabat dan Umatnya yang memakan Buah tembikai agar mendapat Keberkatan dan Rahmat dari Allah s.w.t.

Jelaslah di sini Buah Tembikai Rasulullah dikhususkan kepada sekalian umatnya, akan tetapi keberkatan itu boleh beransur hilang jika Buah Tembikai ini dipermainkan (Tidak menghargai dan tidak beradab) dengan Kurniaan Rezeki daripada Allah s.w.t.

Yahudi sudah lama tahu akan kelebihan dan keberkatan Buah Tembikai sebagai satu Kerahmatan kepada Umat Nabi Muhammad s.a.w, lantas mereka berdendam dengan mempersenda dan mengaplikasikan Buah Tembikai kepada pelbagai "Hasil Seni Kreatif" dan pelbagai acara pesta serta majlis-majlis keramaian yang direka mereka untuk mempersenda dan menipu umat Rasulullah s.a.w.
Dendamnya Yahudi sehinggakan mereka tidak nampak lagi kebenaran daripada Janji Rasulullah s.a.w akan Buah Tembikai ini kecuali sedikit di antara mereka yang diberi petunjuk.

Dengan ini, Berlakulah Pertembungan Kebenaran dan Kebatilan, Buah Tembikai Rasulullah s.a.w adalah Buah Tembikai yang fitrahnya suci dan dirahmati, akan tetapi Buah Tembikai versi Yahudi Fitrah dan Batinnya sudah rosak malah merosakkan, Berlaku pula pelbagai pembaziran dan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Rasulullah telah meletakkan Buah Tembikai di tempat yang mulia dan memiliki darjatnya yang tersendiri bagi seluruh Umatnya yang mencintai Rasulullah dan Sunnah Baginda junjungan.

Mudah-mudahan dengan Janji Rasulullah s.a.w akan Rahmat dan Keberkatan Allah s.w.t kepada umatnya yang memakan Buah Tembikai ini terus menerus mengalir mendapatkan faedah serta kebaikan dariNya, Marilah kita perbanyakkan Kesyukuran kepada Allah yang Maha Baik yang menurunkan Rezeki yang Berkat dan Rahmat ini.

Beruntunglah dan berbahagialah mereka yang menjunjung Sunnah Rasulullah s.a.w akan Buah Tembikai ini, Marilah kita berusaha Istiqamah di dalam meraikan dan memuliakan salah satu Sunnah Rasulullah s.a.w, Lakukanlah sedikit walaupun tidak dapat membuatnya semua, dan janganlah meninggalkan kesemuanya. InsyaAllah.

"Buah Tembikai Rasulullah V.S Buah Tembikai Yahudi"