Wednesday 28 November 2012

MASALAH HATI


Masalah hati
Merupakan masalah fitrah manusia
Yang berkrisis
Ketenangan kebahagiaan hilang dihati

Mengapakah hati terhiris terluka
Dihimpit kegelisahan
Mengalami kekecewaan
Selalu kesedihan

Mengapakah hati tidak tenteram
selalu bergelora
Mudah berkecamuk
Penuh rintihan

Perkara inilah sering berlaku
Kerana hati cintakan dunia
Gelisah gundana
Hati tidak mencintai Allah dan Rasulnya

Kembalilah kepada cinta yang hakiki
Kasih sayang Tuhan kekal berpanjangan
Cintakan Tuhan membuatkan hati menjadi tenang
Itulah kebahagiaan berkasih sayang


No comments:

Post a Comment