Sunday 25 November 2012

DUNIA PENTAS SANDIWARA (2)



(Gambar hiasan 1)



Dunia pentas teater
tempat menyaksikan lakonan
kisah pelbagai rupa direka
tatapan dunia zaman berzaman

Pelbagai watak dicipta
ada karekter anagonis
tak lupa antagonis
semua memainkan peranan

Dunia dipertotonkan
bermacam ragam cerita
semua diputarbelitkan
oleh tangan-tangan jahat

Mata dunia sering memandang
Apa yang dipersembahkan
ada tersurat malah tersirat
penuh kelicikan tipu muslihat

Dunia banyak seteru
mudah terpedaya janji manisnya
habislah tertipu merana diri
Inilah sandiwara dunia






(Gambar hiasan 2)




No comments:

Post a Comment