Friday 3 January 2014

JARUM SYIAH DISEBALIK BORIA PULAU PINANG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

MUKADIMAH


Boria Pulau Pinang adalah sejenis teater musikal tradisi yang berasal dari negeri Pulau PinangKesenian Boria telah menjadi warisan negara malaysia dan dilindungi oleh badan sejarah warisan dunia yang dikenali sebagai "UNESCO".


Sesebuah kumpulan boria memiliki 40 sehingga 60 orang ahli termasuk Penaja, Tukang karang, Kelasi dan Pemuzik.

Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu lakonan atau lawak jenaka dan juga nyanyian. Kedua-dua segmen ini saling bergantungan di antara satu sama lain dalam menentukan mutu persembahan.

ASAL USUL NAMA BORIA


Sesetengah pengkaji berpendapat bahawa perkataan boria diambil dari perkataan Hindustan yang membawa maksud 'tikar'Perkataan ini timbul kerana kumpulan boria ketika itu menggunakan pakaian yang diperbuat daripada tikar. antara sebab utama Pakaian asal Boria daripada Tikar adalah kerana demi menghayati kesusahan penderitaan yang dihadapi Sayidina Hussein R.A di Karbala.

Selain itu juga, ada yang berpendapat bahawa perkataan boria berasal dari perkataan 'borai'.  Borai dikatakan berasal dari bahasa Hindustan yang membawa maksud gila atau sasau. Ini disebabkan oleh pelbagai kelakuan pemain boria serta pakaian mereka semasa persembahan seperti orang gila.


Satu lagi pendapat mengatakan bahawa boria berasal dari perkataan 'Bori'.  Bori adalah satu kaum yang berasal dari Gujerat, India.  Mereka berpindah serta menetap di Pulau Pinang dan kaum inilah yang dikatakan memulakan permainan boria di Pulau Pinang.

PEMAKAIAN AHLI BORIA




Tarbus Merah telah menjadi identiti rasmi boria pulau pinang, sebelum itu tarbus merah pernah menjadi pakaian rasmi Kekhalifahan Turki Uthmaniyah.

Selain Tarbus, Para pengiat Boria terutama Tukang karang boleh mengenakan Songkok Melayu,Topi dan sebagainya.

Pemakaian pakaian boria adalah bebas, ianya dipilih bersesuaian dengan cerita atau tajuk boria yang hendak dipersembahkan.

Pakaian tukang karang sebaiknya berlainan dari pakaian sailor (kelasi). Tukang karang harus berpenampilan lebih tersendiri dan menarik. tukang karang juga boleh memakai bengkung dipinggang. Lebih menarik kalau berwarna-warni dan berkilau-kilauan. 

Jika jalan cerita yang persembahkan mengenai perpaduan, para kelasi boleh berpakaian tradisional mengikut setiap kaum,kelasi juga boleh meragakan pakaian beruniform.


ALATAN MUZIK BORIA


Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah begitu khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk membawa irama dan melodi yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang.

Kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan, semakin menarik sesebuah persembahan tersebut.

Di antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordion, harmonika dan lain-lain.


"Gambus"

"Harmonika"

"Tabla"


"Akordion"


SENI KATA BORIA PULAU PINANG





Lirik Lagu Boria Anak Tanjung - Boria Pulau Pinang

Kalimah bismillah bermula kata
Alhamdulillah bersyukur kita
Perihal Pulau Pinang tajuk cerita
Boria Anak Tanjung membawa berita

Lainlah buluh lainlah parang
Lain dahulu lain sekarang
Perubahan Pulau Pinang yang cukup terang
Boria Anak Tanjung cuba menerang

Rakyat sekarang pesat pembangunan
Kembang ekonomi mengikut susunan
Bangunan indah kiri dan kanan
Pemimpin berdedikasi memainkan peranan

(Ulang *)

Rakyat hidup berbilang bangsa
Tolong menolong setiap masa
Menabur bakti membuat jasa
Aman damai hidup selesa

(Ulang *)

Akhir karangan menyusun jari
Cerita kami yang tidak terperi
Salah dan silap tanpa disedari
Ampun dan maaf pohon diberi.


"Boria Anak Tanjung - Boria Pulau Pinang"



SEJARAH DISEBALIK "BORIA PULAU PINANG" 

Dikatakan teater boria ini berasal daripada Pengaruh penganut Syiah, Boria telah mula berkembang selari dengan dengan perkembangan fahaman Syiah. 

Di mana-mana sahaja terdapatnya kaum Syiah maka teater ini pasti wujud. lantas berkembanglah teater ini ke Parsi (Iran), India, Pakistan dan seterusnya menjalar masuk ke Tanah Melayu melalui Pulau Pinang seawal abad ke-19.

Pengaruh budaya dan kesenian Boria pada asalnya dibawa masuk oleh para tentera British berfahaman Syiah dari India (Askar Sikh dan lain-lain) ke Pulau Pinang.

Para Ulama khasyaf dahulu kala sedar akan hakikat ini, sehinggalah terjadi satu petanda iaitu peristiwa pergaduhan dan pembunuhan oleh pasukan boria dan peminatnya menyebabkan Para Ahli agama ini turun campur tangan menfatwakan pengharaman kebudayaan dan keseniaan Boria kerana didapati berkelakuan tidak baik dan merosakkan perpaduan.

Sejarah menyebutkan bahawa Boria pernah diharamkan di Pulau Pinang selama 10 tahun pada tahun 1930an kerana Medium kesenian kebudayaan Boria pernah disalahgunakan dijadikan alat oleh beberapa rangkaian kongsi gelap untuk melebarkan pengaruhnya melalui aktiviti Boria di pulau pinang.

Para Ulama di pulau tersebut telah mengambil langkah drastik pencegahan dengan menfatwakan pengharaman Boria oleh lima orang ulama berpengaruh di Pulau Pinang pada waktu itu.



RAHSIA SIMBOLIK CETUSAN "BORIA PULAU PINANG"

Permainan boria pada asalnya dikaitkan dengan peristiwa 'Karbala di Iraq', iaitu peristiwa pembunuhan Sayidina Hussein R.A oleh 'Syiah Kufah' tetapi Yazid bin Muawiyah Abu Sufian difitnah mengeluarkan arahan supaya membunuh Sayidina Hussein R.A.

Kewafatan Sayidina Hussein R.A yang penuh tragis ini diperingati oleh sekalian kaum Syiah dengan mengadakan upacara perkabungan tahunan khusus pada 10 Muharam (Hari Assyura) di perkuburannya. Upacara ini dikenali sebagai "takziya".  

Dalam upacara ini lakonan dibuat untuk memperingati peristiwa yang menyayat hati itu. Seseorang penyair akan mendendangkan syair-syair mengisahkan Sayidina Hussein R.A dikepung musuh (Syiah Kufah). Bekalan air dan makanan disekat unuk melemahkan Sayidina Hussein R.A, Apabila dendangan syair sampai ke episod pembunuhan Sayidina Hussein R.A, pengikut-pengikut Syiah akan mula meratap sambil menjerit dan memukul-mukul badan dengan sekuat hati sehingga berdarah.  

Kaum syiah menganggap perbuatan ini sebagai satu jalan untuk menebus dosa mereka kerana membiarkan Sayidina Hussein R.A menemui ajalnya di tangan para musuh. Untuk acara akhir pula, mereka mengadakan satu perarakan yang membawa lambang tangan berwarna merah serta bendera-bendera di sekitar kawasan perkuburan Sayidina Hussein R.A.

Acara tahunan ini telah mengalami perubahan sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa. Syair-syair yang didendangkan tidak lagi berlegar di sekitar pembunuhan Sayidina Hussein R.A malah telah diselang selikan dengan peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam kitab Taurat, Injil serta cerita rakyat dari timur. Para pengikut mulai berlakon agar dendangan syair menjadi lebih realistik. Mereka akan melakonkan babak-babak tertentu sejajar dengan syair yang didendangkan dalam persembahan.

Apabila gerakan Syiah telah bertukar menjadi pertubuhan yang berbau politik, teater ini dijadikan tempat mereka mencari pengaruh dan perhatian komuniti setempat sehingga merebak ke sesuatu kawasan dengan begitu cepat dan tersusun.





FORMULA KEMUNCULAN BORIA

  • Peristiwa Karbala di Iraq (Pembunuhan Sayidina Hussein R.A)


  • Adabtasi Syiah memperingati peristiwa di Karbala (Bersyair dan Berlakon Teater)


  • Jarum Syiah melebarkan pengaruh dan Ajarannya. (Menyebarkan fahaman melalui permainan Boria)



KESAN KEBUDAYAAN BORIA DI PULAU PINANG

Boria Pulau Pinang adalah salah satu jenama besar yang telah berjaya diwujudkan hasil adabtasi penganut syiah di pulau pinang diawal penubuhan Pasukan Boria pada abad ke-19 lalu.

Bangsa melayu pulau pinang tidak terkecuali giat mengusahakan kesenian dan membudayakan permainan Boria sehingga telah kuat melekat di hati masyarakat pulau pinang sehingga ke hari ini.

Budaya dan kesenian Boria telah menjadi satu Tradisi dan kebanggaan masyarakat pulau pinang.

Boria kini telah diubahsuai mengikut citarasa dan keperluan komuniti tempatan pada hari ini.

Pada  zaman ini, boria telah mula dipersembahkan pada hari kebangsaan, pesta-pesta di Pulau Pinang, tapak-tapak ekspo dan sebagainya dengan tujuan memajukan sektor pelancongan.  

Selain daripada itu juga, pertandingan-pertandingan boria turut diadakan dipelbagai peringkat masyarakat bagi memastikan boria tidak hilang dek arus kemodenan masa kini.



KESIMPULAN

Kebudayaan dan kesenian Boria Pulau Pinang pada asalnya merupakan Jarum Syiah untuk melebarkan pengaruh dan komuniti mereka di Tanah Melayu.

Boria juga pernah menjadi agenda pelbagai individu dan kumpulan yang berkepentingan seperti kongsi gelap pada suatu masa dahulu.

Kini Boria telah mengalami perubahan dengan membawa mesej perpaduan. Pertubuhan Boria diwajibkan mendaftarkan kumpulan mereka kepada pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab.

Boria yang berasal daripada amalan Bi'daah dan sesat oleh Syiah telah melebar pengaruhnya melalui Budaya dan kesenian di dalam bentuk yang baru, ini adalah salah satu usaha mereka untuk meracuni Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah secara halus, Walaupun secara zahir tidak merosakkan akidah akan tetapi secara batin seperti akhlak boleh tergugat.

Betapa pentingnya kita mengetahui sejarah asal usul sesebuah kesenian dan kebudayaan tersebut agar tidak termasuk di dalam sesuatu kaum yang sesat dan dilaknat oleh Allah s.w.t.


Rasulullah S.A.W Bersabda:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, 
maka dia dalam kalangan mereka” 

Diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; Abdullah bin Umar, Huzaifah bin Al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, Al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, Al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga Al-Albani.