Dunia sunyi sepi
Tandus gersang
Kosong dari bahagia
Jauh dari ketenangan
Dimanakah fitrah manusia
Hidup sering menderita
Tamadun ciptaan si kuffar
Bercakaran sesama sendiri
Fitrah manusia beransur menghilang
Kerana hati kosong gersang
Hati tandus tak berbaja iman
Layu lesu dimamah dunia
Dimanakah kebahagian yang dicari
Ketenangan pula dimanakah pula
Hidup dengan kepura-puraan
Dunia sering bersandiwara
Krisis terjadi di merata-rata
Huru-hara dimana-mana berlaku
Hati susah bahagia dan tenang
Janji dunia palsu belaka
No comments:
Post a Comment