Wednesday 28 November 2012

BAITUL MAQDIS



Baitul maqdis
Sungguh panjang kisah sejarahmu
Sudah berkurun bertukar tangan silih berganti
Bumi Anbiya kota suci Umat Islam

Baitul maqdis
Jika dahulu Engkau gemilang dengan Utusan Tuhan
Menjuangkan Agama Tauhid sebelum Islam
Israk Mikraj menjadi ingatan Semasa Islam

Baitul maqdis
Bumi Anbiya pusat Islam Akhir zaman
Disabdakan Engkau adalah Madinah terakhir
Janji kebenaran sudah jelas ditetapkanNya

Baitul maqdis
Dirindui sekalian perindu kebenaran
Janji kemenangan dibumimu menjadi saksi
Bahawa kemenangan sudah diletakkan ditangan Islam

Baitul maqdis
Akhir zaman sebelum sejarah ini ditutup
Kesucian Maruahmu akan terbela
Oleh Mujadid besertakan HawariNya



No comments:

Post a Comment