Wednesday, 28 November 2012

PEJUANG YANG BERLAKON (2)



Pejuang jenis ini
Berjuang kerana kepentingan
Bukan untuk Agama kerana Tuhan
Inilah dia pejuang yang berlakon

Pejuang semacam ini
Sanggup melakukan apa sahaja
Asalkan kekal berkuasa
Atau merampas kuasa

Pejuang ini
Tidak tahan diuji
Mulutnya kuat
Tetapi hatinya tidak kuat

Pejuang petualang ini
Bercakap hanya dari mulut
Bukan dari hatinya
Nampaklah banyak cacat celanya

Berhati-hatilah
Mereka berjuang diatas pagar
Atau melompat-lompat menyelinap masuk
Itulah gayanya talam dua muka


No comments:

Post a Comment