Sunday, 25 November 2012

DUNIA PENTAS SANDIWARA (1)





Dunia ibarat pentas teater
Tempat kita melihat persembahan
Tempat  para pelakon beraksi
Membawa watak maing-masing

Di pentas teater segalanya terus berjalan
Memainkan perasaan penontonya
Adegen dongeng selalu menipu mata melihatnya
Membawa penonton suatu ajaran bertentangan akidah

Di pentas itu jugalah
Segalanya boleh berlaku dan sukar dijangka
Begitulah juga dengan pentas dunia
Dunia pentas sandiwara







Saujana dunia indah terbentang
Pemandangan menarik kurniaan Allah
Boleh menjadi padang jarak padang tekukur
Oleh tangan-tangan khianat,dengki dan sombong

Pentas dunia ini tiada keamanan
Telah dihuru-harakan tangan-tangan jahat
Menjanjikan keamanan tetapi huru-hara disajikan
Itulah realiti sandiwara yang sering gundah gulana


Betapa ramainya pelakon dunia di pentas teater
Lebih dari itu ada pelakon“tambahan menjayakannya
Mereka si “munafik” di dunia ini
Selain itu si“fasiq” turut menjayakan agenda jahat si kuffar





Ramai pelakon teater mengaburi mata masyarakat
Ada watak putih dan hitam
Kedua watak ini seiring sejalan
Melaksanakan misi dan visi menipu dunia

Pentas teater
Tempat berlakon menanyangkan kepura-puraan
Si munafik si fasiq bermaharaja lela melata di bumi
Ingatlah kalian tidak selamat selamanya





Di pentas teater ini
Masyarakat dunia saling tindas-menindas sesama sendiri
Ekonomi zalim berat sebelah ciptaan sendiri
Politik kejam dibuat dengan agenda sendiri
Kuasa menopoli diletakkan pada yang bukan sepatutnya

Di pentas teater ini
Ramai yang sudah meninggalkan peranan mereka
Sebaliknya berpegang pada yang tidak pasti khayalan
Mereka mendustakan kebenaran dan tidak mempercayainya
Kerana sudah ditipu Nafsu dan syaitan yang menguasai diri





Di pentas inilah
Sandiwara berpura-pura segala
Pelbagai tipu muslihat dijalankan memuaskan nafsu sendiri
Si munafik si fasiq bertebaran keseluruh dunia
Menyampaikan kebatilan merata-rata

Oh dunia pentas sandiwara
Kalian duga dunia menyaksikan semua mempercayainya?
Dunia ibarat topeng-topeng menutup si pelakon teater
Seperti dunia dengan topengnya menutup segala muslihat





Inilah Sandiwara Dunia
Dunia Satu ujian peperangan
Melawan seteru melata di bumi
Peperanagan terbesar melawan kebatilan
Nafsu,syaitan ditundukkan bermujahadah
Si Kuffar ditundukkan Jihad Fisabilillah
Ayuh sama menghentikan lakonan bertopeng sandiwara





No comments:

Post a Comment