Palestin bumi Anbiya
Umat islam bertebaran umpama buih dilautan
Tetapi tidak memberi segala manfaatnya
Hati dibutakan mengejar kepentingan diri
Palestinku
Malangnya nasib saudaraku di sana
Keamananmu dijaja serata dunia
Isu keamanan dimainkan diputarbelitkan
Palestin saudaraku
Fitrah murnimu diragut
Segala bantuan dihalang
Kesusahan simpatimu dilupakan
Palestin kini
Ramainya mencuri kesempatan
Pembela dan petualang hampir setara
Kerana musang berbulu ayam merata-rata
Palestin hari ini
Sukar mencari jalan penyelesaian
Atas kemelut kepincangan melanda
Segenting gaza tebing barat bertelingkah
No comments:
Post a Comment