Di manakah kawanku
Di masa sedih sendirian
Di manakah mereka
Dapat menolongku ketika sengsara
Dimanakah kawanku
Untuk meluahkan segala isi hati
Perit derita dilema dengan dunia
Siapakah dapat membantuku
Di manakah kawanku
Kesunyian sendiri hidup terasing
Gembira tak dirasa sedih berpanjangan
Kerana kawan kini musuh dalam selimut
Di manakah kawanku
Siapakah daku boleh berkawan?
Siapakah untuk tumpang mengadu?
Siapakah mahu mendengar rintihanku?
Ya Allah
Hanya Engkau tempat daku mengadu
Kurniakan daku kawan yang setia
Dapat berjuang bersamaku di jalanMu
No comments:
Post a Comment