Showing posts with label Muhajirin Ansar. Show all posts
Showing posts with label Muhajirin Ansar. Show all posts

Friday, 1 November 2013

TANAH HARAM MEKAH DIBAYANGI "AL-SA'AAH"


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH

Tanah Suci Mekah Al-Mukaromah adalah bumi yang diberkati dirahmati keseluruhannya.

Tanah Suci Mekah merupakan pusat garisan masa dunia iaitu "Kiblat pusat bumi", musuh-musuh Islam telah menukar hakikat ini kepada garisan Greenwich mereka.

Semua umat Islam beriman mengetahui bahawasanya Kaabah adalah pusat bumi dan pusat garisan masa sedunia.

Untuk mengembalikan simbolik Mekah sebagai pusat bumi (Garisan masa dunia), Kerajaan Arab Saudi sudah merancang dan menyiapkan sebuah bagunan Jam pencakar langit yang digelar penduduk sekelilingnya (Tetamu Allah) sebagai "Al-Sa'ah" yang diberi nama "Abraj Al-Bait".

Sebenarnya pembinaan pelbagai bagunan pencakar langit ini adalah bertepatan dengan janji Rasulullah bahawa ianya suatu petanda semakin dekatnya kiamat.

Perkara inilah yang sedang rancak dibagunkan bagaikan "Cendawan tumbuh selepas hujan".


"Kaabah ditenggelamkan Al-Sa'ah"


"Lukisan Tanah Haram Mekah di zaman Turki Uthmaniyah 1895 Masehi"

BAYANGAN AL-SA'AH

Al-Sa'ah adalah salah satu pengertian hari kiamat, juga bermaksud Jam, inilah sebuah mercu tanda kiamat yang sedang dibangga-banggakan Kerajaan Arab Saudi dan umat islam yang tidak faham akan hakikat sebenar Menara jam "Al-Sa'ah".

Al-Sa'ah merupakan sebuah bayangan bagunan pencakar langit yang melingkari menutupi Kaabah, kebesaran dan keagungan Kaabah seperti sudah ditutupi oleh bayang-bayang bagunan pencakar langit yang "Menenggelamkan" Kaabah.


"Bayangan Al-Sa'ah menutupi Kaabah"
Bayangan Al-Sa'ah juga dilihat sudah menampakkan bayangan Dunia lebih besar daripada Akhirat.

Berjayanya musuh islam mengalihkan pandangan dan hati umat Islam dari melihat Kebesaran Keagungan Kaabah kepada Kemegahan keindahan menara jam ini.



Tidak cukup dengan itu, kini sebuah jambatan bulatan atau tiang mataf sudah dibina dipasang menutupi mengelilingi Kaabah, kelihatan Kaabah dilingkungi lingkaran bulatan dari atas dan seperti sudah tidak kelihatan Kaabah dari pandangan bawah kerana terhalang daripada pandangan jambatan bulatan ini.

"Jambatan Bulatan / tiang mataf melingkari Kaabah"
Perancangan Kerajaan Arab Saudi pada tahun 2020 dengan merencanakan pelbagai projek-projek bagunan tinggi melingkari Kaabah seperti sudah kelihatan kini, dengan menara Jam "Al-Sa'ah" dan pelbagai lagi bagunan-bagunan lain yang sedang dibina melingkari Kaabah.

Dengan pelbagai pembesaran dan pembagunan setiap tahun yang dilaksanakan di sekeliling Kaabah kini, perkara ini akan berlanjutan dan tiada kesudahannya.


"Menara Jam Abraj Al-Bait atau Al-Sa'ah"

Seperti peristiwa yang berlaku pada tahun ini, Kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan Kuota Haji setiap negara Islam kerana "Pembagunan" ini, ujar mereka untuk keselesaan dan keselamatan para jemaah haji, Umat Islam kini seperti dihalang memasuki Tanah Haram untuk Fardhu Haji.

Begitulah rencananya, mereka tidak akan berjaya menghalau menghalang kedatangan para tetamu Allah setiap tahun agar memeriahkan Tanah Haram, akan tetapi mereka sekadar berjaya mengurangkan kuotanya sahaja, itupun dengan Izin dan perancangan Allah s.w.t yang Maha Bijaksana.

Ibadah Haji dan Umrah yang dilaksanakan kini sukar mendapatkan ketenangan yang hakiki kerana para tetamu Allah telah dihidangkan dengan fenomena bunyi bising dan kesibukan "pembagunan" di sekeliling Kaabah.

Perkara ini telah menyebabkan para tetamu Allah terganggu dengan proses "Pembagunan" dan berlaku pelbagai kejutan budaya terhadap suasana baru yang tercemar ini.







HADIS AKHIR ZAMAN MENGENAI KAABAH


Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata;

 Suatu ketika Rasulullah s.a.w nampak di tengah-tengah orang ramai.
Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya:
 “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” 
Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: 
“Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya.
 Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. 
Iaitu, jika seorang (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. 
Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. 
Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima,
 yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” 

Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: 

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim”
(Riwayat Ibn Majah).



Daripada Umar Al-Khattab r.a berkata,

 Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 

”Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah; 
kemudian yang meninggalkan itu tidak akan kembali lagi kecuali hanya sebahagian kecil sahaja. 
Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh bangunan. Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali selamanya“ 
(Riwayat Ahmad)



Dari Anas bin Malik R.A, 

Nabi shallallahu alaihiwasallam, beliau bersabda :

 “Tidak ada satu negeripun melainkan akan di singgahi oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah,
 tidak ada satupun pintu masuknya melainkan ada Malaikat yang berbaris menjaganya, lalu terjadilah gempa di Madinah tiga kali menggoncangkan penduduknya, kemudian Allah mengeluarkan setiap orang yang kafir dan munafik (darinya)”
(Riwayat Bukhari & Muslim)



Dari Abdullah bin Umar R.A, ia berkata : 

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :

“Nikmatilah rumah Allah ini (Ka’bah), sungguh Ka’bah ini pernah dihancurkan dua kali, 
dan pada kali ketiganya di angkat“.
(Riwayat Al-Bazzar, Ibnu Huzaimah, Ibnu Hibban & dishahihkan Al-Albani)



Dari Ibnu Umar R.A 

Nabi shallallahu alaihiwasallam ,baginda bersabda:

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing, dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaimana datang awal kali, dan Islam akan berkumpul diantara dua masjid (masjidil haram dan Masjid Nabawi) sebagaimana ular berkumpul di lubangnya.”
(Riwayat Muslim)



Dari Ayyas bin Abi Rabi’ah,

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Senantiasa umat ini akan baik selama mereka mengagungkan sebenar-benar pengagungan terhadap keharaman (negeri Makkah ini),
 jika mereka meninggalkan (pengagungan) dan menyia-nyiakannya pasti mereka binasa”.
(Riwayat Ahmad & Ibnu Majah, hadits ini dihasankan oleh al-Hafidh Ibnu Hajar)



Dari Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya,
 kepada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya,
dia berkata: pada suatu hari, aku menuntun tali kekang unta Abdullah ibn Amr, 
lalu beliau berkata: "Bagaimana pendapat kalian, jika kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan ada batu yang masih menumpuk? 
Mereka menjawab: oleh kita yang beragama Islam?
Beliau menjawab: benar, kalian yang beragama Islam. 
Seseorang bertanya: lalu apa lagi? 
Beliau menjawab: kemudian ia akan dibangun dengan yang lebih bagus darinya. 
Apabila kalian telah melihat galian-galian besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahwa kiamat telah mendekatimu"
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan al-Arzaqi)



Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah s.a.w bersabda:

As-sa’ah Hari Kiamat tidak akan tiba 
sehingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi
(Riwayat Bukhari)



Daripada Abu Hurairah R.A, 

Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Diceritakan saat itu kaabah sudah tidak mempunyai apa-apa makna. 
Tiada yang menjaga dan menjadikannya sebagai rumah ibadat utama umat Islam dari seluruh dunia.
Sehingga datang seorang lelaki berkulit hitam yang botak kepalanya dari Habsyah (Ethopia) bernama 
"Dzu Suwaiqatain" yang terus menghancurkan Kaabah.
Dia merosakkan segala yang ada pada Kaabah. Mengoyak menjatuhkan kelambu (kiswah) serta mengambil batu-batu dinding dengan pencedok dan cangkul.
(Riwayat Bukhari & Muslim) 



RUMUSAN

"Bayangan Kaabah menjelang 2020"

Melalui beberapa hadis-hadis akhir zaman ini, maka benarlah, Al-Sa'ah sudah membentangkan bayang-bayangnya disekeliling Kaabah, sedarkah kita wahai umat islam bahawa Baginda sudah menyebutnya 1400 tahun yang lampau dan kita kini sedang menyaksikan hakikat kebenaran yang sedang berlaku di sekeliling Kaabah kini.

Bayangan ini sedikit demi sedikit akan menutupi Kaabah dan terus berlumba-lumba menutupi sekelilingnya sehingga keseluruhannya.

Inilah zaman yang disebut baginda s.a.w sebagai "Zaman penuh dugaan yang besar", Inilah realiti yang sedang giat berlaku di Tanah Haram Mekah.

Dunia sedang menuju kiamat besar, Apabila Kota Mekkah kembali dibuka oleh Imam Mahadi, Para wahabi ini (Arab Badawi) akan melarikan diri meninggalkan Mekah dan mereka bergabung menjadi sebahagian daripada tentera Dajjal Laknatullah (Huraian Hadis).

Lihatlah kembali sejarah Kaabah, suatu masa dahulu di Tahun Gajah, Raja Abrahah merupakan seorang panglima Rom Habsyah yang menjadi Raja di Yaman bersama tentera bergajahnya menyerang Kaabah, hasilnya Allah melindungi menjaga rumahnya dengan menghantar Burung Ababil memusnahkan tentera bergajah Abrahah.


"Burung Ababil menghancurkan tentera bergajah"
Tetapi di akhir zaman ini, Kaabah bakal dihancurkan oleh seorang lelaki berketurunan Rom Habsyah, pada ketika itu semua orang beriman telah tiada, yang tinggal adalah mereka-mereka yang tidak beriman. tiada siapapun yang akan menghalang lelaki tersebut kerana semua orang beriman sudah tiada di dunia. 

Selepas peristiwa kehancuran Kaabah, maka tanda-tanda kiamat besar pantas berlaku dan segala kehidupan dimatikan dengan tiupan sangkakala Malaikat Israfil a.s. 

Sesungguhnya kita semua sedang melalui fasa-fasa tanda kiamat kecil dan sedang menuju tanda-tanda kiamat besar, Bertaubatlah kita semua kepada Allah yang Maha Pengampun dan Penyayang sebelum matahari terbit dari barat.

"Surah Al-Fil"

"Video Penjelasan Hakikat Al-Sa'ah"



Friday, 25 October 2013

PAMERAN FOTO TANAH HARAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH




Kota Makkah adalah sebuah kota suci yang menjadi idaman kepada para manusia yang cintakan Islam. Di Kota inilah lahirnya asas kepada pembentukan tamadun agama yang besar di dunia iaitu agama Islam. 

Di Kota ini jugalah lahirnya junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW. Di dalamnya terdapat satu bongkah batu hitam yang bernama Kaabah.

Di dalam suatu hadis yang mashyur diberitakan bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW telah bersabda;

Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda kepada negeri Makkah : 

“Alangkah baiknya engkau dari negeri yang ada, dan engkau adalah negeri yang paling aku cintai, kalau bukan lantaran kaumku mengusirku darimu, aku tidak akan tinggal di negeri selainmu"

[1] Hadits ini dalil bagi jumhur ulama bahawa Makkah adalah lebih utama dari Madinah. 
(Kitab Tuhfatul Ahwadzi Syarh Jami Tirmidzi, hal 327 juz 10 cetakan Daarul Fikr)

[2] HR Tirmidzi dan ia menghasankan, Ibnu Hibban, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dan ia menshahihkannya.

Alhamdulillah, Penulis telah diberi kesempatan untuk melihat dan menyaksikan satu pameran yang sedang berlangsung pada musim haji tahun ini iaitu sebuah "Pameran Fotografi Tanah Haram" di Muzium Negeri Kelantan Darul Naim.

Pameran Foto Tanah Haram ini berkisar tentang Tanah Suci Mekkah Al-Mukarromah.

Pameran ini telah berlangsung dari 1 September sehingga 31 Oktober 2013.

Di Malaysia, Kelantan terkenal dengan gelaran "Negeri Serambi Mekkah", oleh yang demikian adalah sangat baik mengambil berkat negeri "Tanah Serendah sekebun Bunga" atau "Negeri Cik Siti Wan Kembang" ini diadakan Pameran Foto Tanah Haram pada Tahun ini.

Kelantan Darul Naim adalah sebuah negeri yang pesat membangun dalam ilmu pendidikan Agama Islam yang pernah menjadi Pusat Ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah suatu ketika dahulu dan sehingga ke hari ini.


NASYID - KOTA MEKAH

Banner Promosi Pameran Foto Tanah Haram


Muzium Negeri Kelantan


OBJEKTIF 

  • Sebuah Perkongsian keindahan Tanah Suci Mekkah Al-Mukarromah.
  • Mewujudkan rasa cinta dan rindu akan mengerjakan Umrah dan Ibadah Haji rukun Islam yang kelima.
  • Memperlihatkan wajah sebenar fenomena suasana Umrah dan Haji setiap Tahun di Mekkah.
  • Menghayati Ibadah Haji yang sedang berlangsung di musim haji (Ketika Pameran dilangsungkan).
  • Membantu Golongan Anak yatim,Asnaf,Ibnu Sabil,Fisabilillah,Asnaf Zakat melalui Jualan Amal Foto Tanah Haram.


Balai hadapan pintu masuk Pameran Foto Tanah Haram


DI SEBALIK TABIR

Merupakan sebuah Projek Amal ilham Saudara Saiful Nang dan Dinie Masjuki semasa mereka mengerjakan Umrah bersama pada awal Tahun 2013 yang lalu.

Projek ini mensajikan Pelbagai hasil kerja Foto keindahan dan ketenangan di Kota Mekkah Al-Mukarramah.

Projek Amal ini adalah usaha sama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dengan Saiful Nang Academy of Photografy.

Program Pameran dan jualan Foto Tanah Haram ini juga diuruskan hasil Jualannya oleh Perbadanan Haji dan Umrah dalam mengumpul dana untuk disalurkan kepada Organisasi Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).

Untuk makluman, segala hasil jualan amal ini disalurkan kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin bagi mengumpul dana untuk membawa anak-anak yatim dan asnaf untuk mengerjakan umrah.

Pameran Fotografi Tanah Haram berlangsung di tingkat bawah Muzium Negeri Kelantan, Terdapat tiga ruangan khas di bawah dikhususkan untuk pameran ini.

Terdapat lebih 30 Pameran Foto yang dipamerkan untuk tatapan kesemua pengunjung.

Di Ruang Balai Cik Siti Wan Kembang tempat yang di khususkan diletakkan Pameran Qiswah Pintu Kaabah, Qiswah Pintu Kaabah ini pernah digunakan pada Tahun 2009 bersamaan 1430 Hijrah.

Qiswah Pintu Kaabah ini dipinjam dari negara Arab Saudi dan dipamerkan secara khas untuk program Pameran Fotografi Tanah Haram di Muzium Kelantan.


Di permukaannya (Qiswah Pintu Kaabah) mengandungi tulisan khat yang disulam daripada benang emas dan perak. Ia tertulis ayat khat Al-Quran dari pelbagai surah. Di dalamnya juga dinyatakan buatan Raja Saudi kepada Kaabah yang dibuat di Kilang Kelambu Kaabah, Hudaibiyah, Makkah.

Qiswah Pintu Kaabah ini bersaiz 20 x 12 kaki dan berat sekitar 80-100kg.

Foto-foto yang dipamerkan adalah untuk jualan amal. 100% hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung pendanaan Haji dan Umrah untuk membantu golongan asnaf dan anak-anak yatim.


Pada setiap pameran foto-foto tersebut, diselitkan Kod Nombor gambar yang dijual besertakan panduan untuk pengunjung yang berhasrat membeli foto jualan amal ini.


4 JURUGAMBAR PROFESIONAL






Mereka Berempat telah berjaya membentuk sebuah pasukan untuk projek jualan amal dengan mempamerkan koleksi peribadi hasil seni foto kreatif mereka untuk dipersembahkan di Pameran dan Jualan Foto Tanah Haram di Muzium Kelantan.

JUALAN BUKU " A GLIMPSE OF MAKKAH"


Di dalam kemeriahan Pameran dan Jualan Foto Tanah Haram, terdapat juga Pameran dan Jualan Buku "A Glimpse Of Makkah" Karangan Ustaz Haji Lutfi Lokman yang beharga RM 120 setiap satu buku.

Buku tersebut juga menceritakan Pengalaman dan Fenomena Umrah dan Haji, serta pelbagai koleksi Foto peribadi Ustaz Haji Lutfi Lokman selama 9 Tahun di Tanah Suci Mekkah Al-Mukaromah.



PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN (RPWP)


Prinsip RPWP:

  1. 8 Tahun membangun tanpa henti (2006-2013)
  2. Wakaf harta & diri, bekerja tanpa upah
  3. Anak & bapa bersama membangun
  4. Bekerja 20 jam sehari siang malam
  5. Konsep binaan rumah berfalsafah
  6. Tiada istilah barang terbuang
  7. Panduan hidup bermasyarakat
  8. Pentingnya hidup berkemahiran
  9. Bimbingan anak sejak kelahirannya
  10. Kaum ibu main peranan




ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG DIPAMERKAN 
(PAMERAN FOTO TANAH HARAM)

Berikut antara beberapa Foto yang dipamerkan:

































PENUTUP

Sesungguhnya Pameran dan Jualan Amal foto Tanah Haram ini telah menarik pengunjung dalam dan luar negara untuk datang menyaksikan kemeriahan dan keindahan Tanah Suci Mekkah yang dipamerkan untuk membantu Insan-insan yang memerlukan.

Usaha-usaha sebegini seharusnya terus digiatkan agar terbela kesemua "Rumah Amal Kebajikan" di negara ini agar mereka terus dilindungi dan dijaga dengan sebaik mungkin.

Diharap segala usaha-usaha ini mendapat Ganjaran disisi Allah s.w.t dan mudah-mudahan ianya menambahkan lagi rasa rindu dan cintakan Rumah Allah yang suci ini.

Mudah-mudahan segala usaha mereka semua membuahkan hasil mencapai hajat dan matlamat murni untuk membantu mereka yang kesusahan serta memerlukan bantuan.

Untuk Makluman,Penulis tidak mewakili mana-mana pihak dan berkecuali di dalam penulisan ini, mudah-mudahan dengan sekecil perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menyampaikan maklumat dan hebahan untuk makluman semua, Ampun Maaf dan Wassalam.