Sunday, 25 November 2012

JANGAN SALAHKAN MUSUH




Jangan salahkan musuh
Jika mereka gigih berusaha
Salahkan diri sendiri
Kerana malas acuh tak acuh

Jangan salahkan musuh
Jika mereka kehadapan
Salahkan diri sendiri
Kerana menjatuhkan sesama sendiri

Jangan salahkan musuh
Jika kini ditindas dipermainkan
Salahkan diri sendiri
Kerana bermain api sesama sendiri





Jangan salahkan musuh
Jika mereka monopoli segala
Salahkan diri sendiri
Kerana berharapkan nyawa subsidi

Jangan salahkan musuh
Jika mereka mencabar institusi kita
Salahkan diri sendiri
Kerana berani merasuah institusi sendiri

Jangan salahkan musuh
Jika mereka buat banyak rumah ibadat
Salahkan diri sendiri
Kerana kita masjid pun tak pergi




Jangan salahkan musuh
Jika gagal membina keluarga bahagia
Salahkan diri sendiri
Kerana gagal membina akhlak diri

Jangan salahkan musuh
Jika kita dan mereka berlakon watak baik
Salahkan diri sendiri
Kerana sesama kita berlakon watak jahat

Jangan salahkan musuh
Jika mereka tak pandang hebat pada kita
Salahkan diri sendiri
Kerana kita sekali hebat akan cinta dunia




Jangan salahkan musuh
Jika mereka bersatu menentang kita
Salahkan diri sendiri
Kerana tidak bersatu hanya slogan

Jangan salahkan musuh
Jika perjuangan masih tak berjaya
Salahkan diri sendri
Kerana bersengketa penyatuan tiada

Jangan salahkan musuh
Jika gagal segalanya
Salahkan diri sendiri
Kerana takut gagal sekali


No comments:

Post a Comment