Wednesday, 28 November 2012

MUSUH SUDAH BERJAYA (1)


Musuh sudah Berjaya
Meracuni minda dengan kospirasinya
Kita sudah Kalah
Kerana taksub pemikiran agenda dibawa

Musuh sudah Berjaya
Menerapkan semangat cintakan dunia
Kita sudah Kalah
Kerana terpengaruh semangat Islam hilang

Musuh sudah Berjaya
Memecah belahkan merengang ukhwah
Kita sudah Kalah
Kerana semangat muhajirin Ansar kita lupakan

Musuh sudah Berjaya
Politik dan islam mereka pisahkan
Kita sudah Kalah
Kerana kemaruk sistem dicanangkan

Musuh sudah Berjaya
Mencipta perundangan logik akal semata
Kita sudah kalah
Perundangan Islam dipinggirkan


No comments:

Post a Comment