Saturday, 24 November 2012

USAHAWAN MUKMIN (2)



Usahawan mukmin
Berniaga dengan Tuhan
Mengharap rasa Tuhan membantu
Hati merintih mohon petunjuk Tuhan

Ketika menjalankan perniagaan
Semua diperdagangkan kerana Tuhan
membentuk diri gigih rajin berusaha
lidah dan hatinya tidak putus memuji TuhanNya




Apabila Tuhan menguji kegagalan
Terus bersabar luruskan hati
bersangka baik perbaiki diri
Mengenang dosa pohon keampunanNya

Apabila Tuhan Memberi kejayaan
hatinya cemas jika tidak bersyukur
risau takut jika itu adalah Istidroj
teruslah tawaduk bertambah kesyukuran

Usahawan mukmin
sifatnya pemurah pada semua
Sangat yakin janji TuhanNya
Memberi satu Tuhan bayar sepuluh


No comments:

Post a Comment