Showing posts with label Alam Nusantara. Show all posts
Showing posts with label Alam Nusantara. Show all posts

Tuesday, 1 July 2014

DIVISYEN UTAMA AL-MAHDI DARI TIMUR

                 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ





Ciri-ciri Divisyen Al-Mahdi dari Timur:

  • Ketua kepada pasukan timur & barat
  • Pasukan yang sentiasa menang
  • Hati kepingan besi
  • Pemangkin kebangkitan bangsa Alter
  • Pahlawan luar biasa

Huraian:

  • Ketua pasukan timur & barat
Ketua Divisyen utama Panji-panji hitam dari timur diketuai oleh seorang ketua Jeneral  utama Al-Mahdi yang bernama "JUNDULLAH HALILINTAR", juga digelar AL-HASYIMI, beliau adalah pemegang Panji Al-Mahdi semasa Perang Malhamah Kubra.

Beliau memegang amanah sebagai ketua utama pasukan timur dan barat Al-Mahdi diseluruh dunia.

  • Pasukan yang sentiasa menang

Pasukan Al-Mahdi akan sentiasa menang dalam setiap pertempuran dan tidak akan kalah-kalah kecuali Muslihat berundur seketika.

  • Hati kepingan besi

Sayidina Al-Hasyimi adalah antara yang dimaksudkan di dalam hadis "Yang memiliki hati seperti kepingan-kepingan besi". ini kerana kekentalan Alter beliau yang sangat luar biasa.

Pasukan divisyen utama Al-Mahdi dari timur turut memiliki hati-hati yang solid.

  • Pemangkin kebangkitan bangsa Alter

Al-Hasyimi merupakan antara tokoh pemangkin kebangkitan Bangsa Alter Al-Mahdi dari timur dan barat.

Penggerak panji-panji Al-Mahdi ke seluruh dunia dibawah perintah arahan Al-Mahdi Al-Muntazar.

Bangsa Alter menjadi luar biasa kerana ketaqwaan pemimpin dan pengikut.

  • Pahlawan luar biasa

Penggempur berbisa kepada barisan musuh.

Pemusnah benteng kubu musuh.

Semangat jihad yang luar biasa yang menggerunkan para musuh dan penentang.


Monday, 30 June 2014

BANGSA ALTER DARI DUA BELAHAN DUNIA II

                السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ



MUKADIMAH


Bangsa Alter adalah sebuah bangsa simpanan yang dipersiapkan untuk Islam akhir zaman.

Alteri atau Alter adalah sebuah kekuatan dalaman (batin) yang bersulam dengan Iman dan Taqwa.

Bangkitnya Alter ini adalah dengan izin Allah swt yang mengerakkan memimpin hamba-hamba yang dikehendakiNya.

Seperti pada artikel yang sebelumnya, sudah diterangkan mengenai dua bangsa alter yang datang dari dua kelompok berbeza dan mereka adalah pemegang panji-panji Al Mahdi.

Untuk siri ini, dikemukakan bukti mengenai kedatangan bangsa alter dari timur dan barat seperti yang termaktub di dalam hadis Paduka baginda junjungan mulia Rasulullah saw.

BANI JAWI PEMEGANG PANJI DARI TIMUR

Perihal Bangsa bani jawi sebagai pemegang panji Al-Mahdi dari timur sudah dijelaskan sebelum ini dan ternyata bangsa ini begitu terkenal kerana disebut di dalam banyak hadis, akan tetapi ianya masih terahsia.

Di sini dinyatakan beberapa Hadis mahsyur mengenai Bani Jawi sebagai pemegang Panji Al-Mahdi dari timur:

Rasulullah s.a.w bersabda:

Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(HR. Al-Hafiz Abu Naim)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan pemerintahan untuk Al-Mahdi.

(HR. Ibnu Majah)


BANGSA MISTERI PEMEGANG PANJI DARI BARAT

Untuk Bangsa misteri ini, perkara ini masih baru dirungkai dan mereka masih merahsiakan kemunculan mereka sejak sekian lama.

Sebenarnya terdapat beberapa Hadis petunjuk yang merupakan sebuah bukti yang jelas kepada bangsa misteri ini berperanan sebagai pemegang Panji-Panji Al-Mahdi dari barat.

Antara hadis tersebut ialah:

Di dalam kitab Tadzkirah tulisan Imam Al Qurthubi Rh meriwayatkan:

Telah diriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Masud dan para sahabat lainnya bahawa Al Mahdi akan muncul di akhir zaman dari 'hujung barat' . Tentera bantuan berarak dengan jarak 40 batu di hadapan. Panji-panjinya bewarna putih dan kuning
Terdapat nombor-nombor dan tertera nama Allah padanya.

Dalam Mukhtasar Ad-Tadzkirah tulisan Imam Al Qurthubi As Sya'rani juga ada lagi meriwayatkan:

Di akhir zaman seseorang yang dikenali sebagai Al Mahdi akan muncul dari negeri 'hujung barat
Bantuan berada 40 batu di hadapannya. Panji-panjinya bewarna putih dan kuning dan tertera nama Allah yang agung. Tiada siapa pun dibawah panji ini yang akan dikalahkan


PENUTUP KATA



Sayidina Al-Mahdi Al-Muntazar as mempunyai dua divisyen tentera dilambangkan oleh panji-panjinya yakni panji hitam dari timur dan panji putih-kuning dari barat. Pasukan panji hitam dari timur sudah diketahui ramai sebagai pasukan tentera utama beliau. 

Disamping itu Sayidina Al-Mahdi Al-Muntazar as mempunyai pasukan tentera bantuan yakni pasukan panji dari barat. Ramainya pasukan ini dikatakan membentuk benteng sejauh 40 batu. Pasukan dari barat ini akan bersatu dengan pasukan panji hitam dari timur yang mahsyur itu. Panji-panjinya dikatakan terdapat nombor dan nama Allah swt.

Bersiap sedialah wahai sekalian bani jawi, masa kebangkitan bangsa alter di timur semakin hampir, Sayidina Al-Mahdi Al-Muntazar as yang ditunggu sudah wujud disebalik tabir, hanya "menunggu masa untuk keluar dari sarangnya".


Sayidina Al-Mahdi Al-Muntazar 

"MUHAMMAD II"



Monday, 23 June 2014

BANGSA ALTER DARI DUA BELAHAN DUNIA

                  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH



Bangsa Alter adalah sebuah bangsa yang tersimpan rapi dan terahsia.

Bangsa ini akan mengegarkan dunia, bakal menjadi pasukan Al-Mahdi yang datang dari timur dan barat.

Pasukan ini disebut-sebut Rasulullah di dalam banyak hadis-hadis akhir zaman.


"KHURASAN - TIMUR"

Siapakah mereka? bagaimana hendak mengenali mereka? ternyata masih misteri walaupun nasab keturunannya diketahui.

BANGSA ALTER DARI DUA BELAHAN DUNIA

Terdapat dua bangsa alter dari dua kumpulan yang berbeza, mereka pembawa dan pemegang panji-panji Al-Mahdi dari dua belahan kutub.

Mereka adalah Keturunan Nabi Allah Ibrahim a.s daripada isterinya Siti Qathurah r.a dan Siti Hajun r.a.


Nabi Ibrahim a.s mempunyai 4 orang isteri iaitu:

  1. Siti Sarah r.a       
  2. Siti Hajar r.a        
  3. Siti Qathurah r.a  
  4. Siti Hajun r.a      

Anak-Anak Nabi Ibrahim a.s:

Daripada Siti Sarah r.a
  • Nabi Ishak a.s

Daripada Siti Hajar r.a

  • Nabi Ismail a.s

Daripada Siti Qathurah r.a

  • Zimon Bin Ibrahim a.s
  • Jokshan Bin Ibrahim a.s
  • Medan Bin Ibrahim a.s
  • Midian Bin Ibrahim a.s
  • Ishbak Bin Ibrahim a.s
  • Shuah Bin Ibrahim a.s

Daripada Siti Hajun r.a

  • Kisan Bin Ibrahim a.s
  • Suraj Bin Ibrahim a.s
  • Ameem Bin Ibrahim a.s
  • Lutan Bin Ibrahim a.s
  • Nafis Bin Ibrahim a.s

Siti Sarah r.a melahirkan Bani Ishak yang merupakan bangsa Yahudi dan bangsa Rom.

Siti Hajar r.a melahirkan Bani Ismail yang merupakan seluruh Bangsa Arab yang ada pada hari ini.

Siti Qathurah r.a melahirkan Bani Jawi yang dikatakan Bangsa Mala-ur atau Melayu.

Siti Hajun r.a melahirkan sebuah Bangsa Misteri yang masih belum tersingkap rahsianya.

Di Benua Amerika sebelum kedatangan penjajah British,Perancis,Sepanyol,Protugis, terdapat ramai puak kaum asli yang berpegang kepada agama Tauhid, antaranya bangsa asli Red Indians.

Bangsa asli ini ramai yang terbunuh dan ada yang dijadikan hamba dagang dan gundik, dari bangsa campuran asli dan penjajah ini kemungkinan besar lahir satu bangsa misteri.

"Dunia ini mempunyai 4 penjuru di diami oleh 4 Bangsa dunia dari 4 Isteri Nabi Allah Ibrahim a.s".


BANGSA ALTER DARI TIMUR DAN BARAT

Kedua-dua bangsa alter ini terahsia, Bani Jawi terkenal dikenali dan Bangsa misteri ini tidak terkenal tersimpan rapi.

Bangsa Bani jawi berasal dari timur


(Benua Asia timur)

Bangsa misteri berasal dari barat


(Benua Amerika utara,tengah dan selatan)


Bani Jawi pemegang Panji Al-Mahdi dari TIMUR & Bangsa Misteri ini Bakal pemegang Panji Al-Mahdi dari BARAT.

Bangsa Alter ini akan melawan Bani Ishak (Yahudi-Nasrani) dalam pasukan Al-Mahdi.

Kebangkitan kedua-dua bangsa Alter terahsia ini semakin hampir.

Wahai bangsa Alter pejuang Imam Mahdi, kibarkanlah Panji Al-Liwa dan Ar-rayyan.

Dunia ini akan ditakluk oleh Bangsa Alter dibawah pimpinan Al-Mahdi dan Nabi Allah Isa a.s.

Semuanya berlaku dengan Qawaliqu Adah Allah swt.




Friday, 30 May 2014

WAKIL TURKI UTHMANIYAH SINGAPURA: SYED MOHAMED BIN AHMAD AL-SAGOFF


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH




Syed Mohamed Bin Ahmad Al-Sagoff merupakan seorang tokoh islam profesional termasyhur dalam sejarah Singapura, beliau adalah berketurunan Arab Yaman dan dikenali sebagai keluarga Al-Sagoff.

Beliau mempunyai personaliti yang membanggakan dari pelbagai segi kehidupan seharian kerana beliau tergolong dari kalangan individu berpengaruh sama ada di dalam dan luar negara.


RIWAYAT HIDUP

Syed Mohamed bin Ahmad  Al-Sagoff telah dilahirkan pada tahun 1836 di Singapura.

Beliau mempunyai susur galur keluarga yang istimewa, iaitu keturunan di sebelah ayah beliau, Syed Ahmad bin Abdul Rahman Al-Sagoff adalah berasal daripada keluarga Arab Yaman berketurunan Al-Sagoff yang kaya-raya serta berpengaruh.

Keluarga ayahnya mempunyai perniagaan dan perdagangan sendiri yang diwarisi daripada datuknya, Syed Abdul Rahman Al-Sagoff yang menjalankan perdagangan rempah di sekitar Asia Tenggara yang dikenali sebagai Malay Archipelago (Malaysia, Singapura, Jawa, Sumatra, Sulawesi dan beberapa pulau di Indonesia) dan Eropah.

Sejarah kedatangan keluarga Al-Sagoff ke Singapura bermula daripada ayahnya iaitu Syed Ahmad  bin Abdul Rahman Al-Sagoff yang berasal dari Yaman berhijrah ke Singapura pada tahun 1824, pada tahun tersebut, Singapura dibawah pentadbiran Gabenor British iaitu Sir Stamford Raffles telah mengisytiharkan bahawa Singapura sebagai sebuah hub pelabuhan bebas kepada semua bangsa yang menjalankan urusan perdagangan di Singapura.

Syed Mohamed Bin Ahmad Al-Sagoff mempunyai tujuh orang anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan.

Anak-anak Syed Mohamed Bin Ahmad Al-Sagoff adalah:

  • Syed Ahmad Al-Sagoff
  • Syed Hassan Al-Sagoff
  • Syed Ali Zainal Abidin Al-Sagoff
  • Sharifah Baheah Al-Sagoff
  • Sharifah Zain Asharoff Al-Sagoff
  • Sharifah Aminah Al-Sagoff
  • Sharifah Fatimah Al-Sagoff


PENUBUHAN "AL-SAGGOF & COMPANY"

Syed Mohamed Bin Ahmad Al-Sagoff adalah individu bertanggungjawab dalam mengasaskan sebuah pertubuhan syarikat perniagaannya yang berpengaruh iaitu Al-Saggof & Company pada tahun 1848 di singapura demi menyelaraskan segala pengurusan yang berkaitan dengan perniagaan dan perdagangan keluarga Al-Sagoff.

Syarikat tersebut telah berjaya menguruskan sebahagian besar daripada eksport import negeri-negeri selat seperti kayu balak dari negeri-negeri selat untuk dihantar ke Arab dan Eropah.

Syarikatnya juga berperanan mengimport rempah dari Banda dan pulau-pulau Moliku di India dan mengeksport pelbagai hasil pertanian seperti getah,sagu,kopi,koko,nenas dan kelapa.

Segala urusan perdagangan import-eksport ini dilakukan syarikatnya dengan mengunakan kapal-kapal dagangannya sendiri.


HUBUNGAN DENGAN SULTAN ABU BAKAR



Syed Mohamed Bin Ahmad Al-Safoff mempunyai pengaruh dan hubungan baik dengan Sultan Johor iaitu Sultan Abu Bakar.


Beliau sering mengiringi Sultan Abu Bakar apabila baginda mempunyai urusan di luar negeri. Beliau bukan sahaja sebagai rakan karib baginda, malah turut bertindak membantu baginda sebagai peminjam wang kepada Sultan Abu Bakar ketika baginda membuat lawatan ke Eropah.

Hasil hubungan rapatnya dengan Sultan Johor, Sultan Abu Bakar dengan bermurah hati mengurniakan kepadanya sebidang tanah kepada Syed Mohamed Al-Sagoff untuk dijadikan kawasan pertanian tanpa perlu dibayar. Beliau telah mendapat sebidang tanah yang dipanggil “Al-Sagof Concession Kukup” (tanah konsesi Kukup) di Kukup, Pontian Johor pada tahun 1878.

Keluasan tanah kurnian Kukup ini dianggarkan sebanyak 45,000 ekar pada tahun tersebut mengikut sempadan yang telah diberikan oleh Sultan Abu Bakar.

Syed Mohamed Al-Sagoff turut dikurniakan sebidang tanah lagi di Kampung Nong Chik, Johor Bahru, Johor (1884). 

Nama kampung tersebut diambil bersempena nama timang-timangan beliau dan ia turut diabadikan sebagai nama jalan, iaitu Jalan Nong Chik, Johor Bahru.

Dua jalan lagi dinamakan Jalan Al-Sagoff di Pontian, Johor, Malaysia (1878) dan Jalan Al-Sagoff (1979) di Geylang Serai, Singapura.

Syed Mohamed Al-Sagoff termasuk antara enam orang yang menerima Pingat Darjah Kebesaran Johor (DK) pada tahun 1886. Pingat ini merupakan julung kali dikeluarkan dan ia sepatutnya diterima oleh Kerabat Diraja Johor sahaja.


Sultan Abu Bakar (Sultan Johor)

HUBUNGAN DENGAN SULTAN ABDUL HAMID II




Pengaruh dan peranan empayar keluarga Al-Sagoff ini telah berkembang maju dan melebar luas ke peringkat antarabangsa seperti di Malaysia, Indonesia, Mekkah, China, Turki dan Eropah.

Pada awal penglibatannya sebagai tokoh korporat, beliau mempunyai hubungan dan pengaruh yang kuat dengan Konstantinople (Istanbul) terutamanya dengan Sultan Turki Uthmaniyyah ketika itu iaitu Sultan Abdul Hamid II.

Peranannya di peringkat antarabangsa adalah sebagai "Honorary Consul General" (Ketua Duta Kehormat) untuk Kerajaan Turki Uthmaniyah di Singapura pada tahun 1880 ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid II.

Secara tidak langsung, Syed Mohamed Al-Sagoff dikenali sebagai wakil Turki Uthmaniyah di Singapura.

Berdasarkan kecemerlangan perkhidmatannya, beliau telah dikurniakan "Osmaniah Order" (darjah penghormatan) oleh Sultan Abdul Hamid II (Sultan Kerajaan Turki Uthmaniyyah).

Pengaruh Kerajaan Turki Uthmaniyah berkembang pesat di Singapura dan Tanah melayu hasil kepimpinan Syed Mohamed Al-Saggof.

Selaku diplomat kehormat mewakili Kerajaan Turki Uthmaniyah, Syed Mohamed Al-Saggof bertanggungjawab dalam membawa perutusan Sultan Uthmaniyah, fatwa Syeikhul Islam dan urusan diplomatik Turki Uthmaniyah kepada Singapura dan rantau Nusantara.




SUMBANGAN SYED MOHAMED AL-SAGOFF DI SINGAPURA


Syed Mohamed Al-Sagoff merupakan seorang jutawan yang dermawan, beliau banyak mengasaskan beberapa pertubuhan kebajikan dan beberapa kebajikan lain yang masih dapat dilihat sehingga ke hari ini di singapura iaitu:

(1) Hotel Raffles



Pada asalnya Hotel ini adalah rumah banglo milik persendirian keluarga Inggeris yang dibeli oleh Syed Mohamed Al-Sagoff pada tahun 1870.

Terletak di Beach Road, sekarang dijadikan Muzium bersejarah oleh kerajaan singapura.

(2) Pembinaan Makam Habib Nuh Al-Habsyi




Beliau memberi sumbangan besar kepada pembinaan Makam Habib Nuh pada tahun 1890.

Habib Nuh meninggal pada tahun 1866 dan makamnya terletak di Palmer Road, Tanjung Pagar Singapura.

(3) Muslim Trust Found Association (MTFA)




MTFA ditubuhkan pada 31 ogos 1904, asbab penubuhannya adalah kerana di singapura masih belum wujud lagi sebuah pertubuhan kebajikan bagi orang Islam yang miskin dan golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak Yatim Islam di Singapura. Oleh itu, perlunya diwujudkan sebuah pertubuhan yang beperanan menjaga kebajikan bagi golongan tersebut.

(4) Syed Mohamed Al-Sagoff Wakaff Fund
 (SMA Wakaff Fund)





Wakaf Fund ini ditubuhkan pada tahun 1906 yang termaktub dalam wasiat Syed Mohamed Alsagoff dan wasiat asal tersebut telah dibuat pada 24 November 1902 tetapi ia hanya berkuatkuasa secara rasmi selepas kematiannya pada tahun 1906.

Tabung ini ditubuhkan untuk menjaga segala aset harta yang dimiliki oleh beliau meliputi keuntungan perdagangan kapal-kapal besar, barang-barang import dan hartanah serta harta bagi para warisnya.


Wakaf Fund ini telah diberi sepenuh pengurusannya kepada Syed Omar bin Mohamed Alsagoff serta Syed Ali bin Mohamed Alsagoff (1906).

Kini pengurusannya dijaga oleh kerajaan singapura di bawah seliaan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

(5) Madrasah Al-Sagoff Al-Arabiah



Ilham dan hasrat membina madrasah dicetuskan oleh Syed Mohamed As-Sagoff, Namun, Syed Mohamed Al-Sagoff tidak dapat meneruskan niatnya itu kerana beliau telah meninggal dunia sebelum sempat rancangan pembinaan madrasah dijalankan. 

Proses pembinaan madrasah ini telah diuruskan oleh Syed Omar bin Ahmed Alsagoff (1850-1927) selaku (pelaksana wasiat) kepada Syed Mohamed Alsagoff. pembinaannya dilakukan di tanah wakaf pemberian Syed Mohamed Al-Sagoff.


Madrasah Alsagoff Al-Arabiah dibina di Jalan Sultan, terletak berhampiran Masjid Hajjah Fatimah, Istana Kampung Glam dan Masjid Sultan pada tahun 1912.

Madrasah tersebut telah dibuka secara rasmi oleh Gabenor Selat di Singapura pada tahun 1913.


Madrasah Al-Sagoff Al-Arabiah adalah tertakluk di bawah penyeliaan Syed Abdul Rahman bin Taha Al-Sagoff (1880-1955)

Madrasah Al-Sagoff Al-Arabiah mula beroperasi sejak tahun 1912 sehingga sekarang.


KESIMPULAN

Syed Mohamed Bin Ahmad Al-Sagoff

Secara kesimpulannya, Syed Mohamed Al-Sagoff merupakan tokoh termashyur di Singapura yang mempunyai personaliti yang menarik dalam mengembangkan perdagangan dan pengaruh keluarganya. 

Walaupun beliau bukanlah ulama atau tokoh pendidikan, beliau dapat menonjolkan diri sebagai seorang jutawan yang kaya raya dengan mempunyai eset tersendiri, iaitu mempunyai perniagaan dan perdagangan bagi hasil pertanian dan ejen hartanah. 

Perdagangan beliau bukan sahaja berkembang pesat di Singapura, bahkan beliau dapat melebarkan sayap perniagaannya sehingga ke Eropah. Peluang sebegini yang membuatkan Syed Mohamed Al-Sagoff mempunyai pengaruh yang kuat dari segi politik dan ekonomi. 

Penghormatan dan darjah kebesaran yang diterima beliau menunjukkan bahawa beliau merupakan individu yang berstatus tinggi dan terhormat.

Namun begitu, kekayaan dan pengaruh besar yang dimilikinya tidak membuatkan beliau lupa diri dan menyombong. Malah segala harta kekayaan beliau telah disumbangkan ke arah yang baik dengan penubuhan Madrasah Alsagoff al-Arabiah, Tabung Wakaf SMA, MFTA, rumah anak-anak yatim, membina makam bagi waliyullah di Singapura dan penubuhan Hotel Raffles. Sumbangan tersebut dapat dirasai oleh masyarakat Islam khasnya dan masyarakat umum amnya sehingga hari ini.


"The Empire of Al-Sagoff Family"

Thursday, 28 November 2013

AHMAD AMMAR "PEMUDA SYAHID DI KOTA KOSTANTINIYAH"


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ



MUKADIMAH




Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam adalah seorang pemuda berusia 20 tahun yang mencari keredhaan Allah dan ingin syahid di dalam hidupnya, ternyata Allah s.w.t memperkenankan doanya dan beliau telah syahid di sebuah kota yang dijanjikan Rasulullah s.a.w (Kota Kostantiniyah / Islambol).

Kesyahidan beliau telah mengegarkan dunia Islam kerana mencipta sejarah sebagai seorang yang bukan berasal dari Turki tetapi mendapat keistimewaan di Makamkan di Perkarangan Pemakaman Sayidina Abu Ayub Al-Ansari R.A.


TUJUH PENGAJARAN PENTING DARIPADA AHMAD AMMAR


1. Ahmad Ammar telah terpilih dari kalangan yang dipilih.
(Pilihan di atas pilihan oleh Allah s.w.t)

2. Dia datang ke Turki untuk menggilap Sejarahnya.
(Niat kerana Allah dan Rasul, nescaya akan dibantu)

3. Dunia islam digegarkan dengan gilapannya yang terakhir.
(Di makamkan berhampiran makam sahabat besar Nabi, Sayidina Abu Ayub Al-Ansari R.A)

4. Terus gigih merungkai kebenaran sejarah MilikNya.
(Bebaskan sejarah islam yang terbelenggu)

5. Keredhaan Allah sangat besar untuk ditagih dariNya.
(Redha Allah adalah Rahsia yang bersembunyi di sebalik sekecil atau sebesar usaha ikhtiar kita)

6. Perancangan Allah penuh hikmah kasih sayangNya.
(Indahnya Tawafuk yang disusun Allah dan bukanlah satu kebetulan)

7. Tarbiyah Allah kepada kita yang masih hidup.
(Kematian adalah pengajaran kepada yang hidup)



MADAH HATIKU

Wahai si pemuda syahid
Aku malu mengenangkan kisahmu
Engkau telah membuktikan sesuatu dalam hidupmu
Yang dapat dilihat orang setelah pemergianmu

Duhai Ammar
Engkau datang memuliakan Sabda Rasul
Bersama tekad azam tidak pernah padam
Sejarah Turki Uthmaniyah engkau gilapkan

Aku mencemburuimu Ammar
Sayangnya rakyat turki terhadapmu
Sehingga di makamkan di tempat yang mulia
Beruntungnya engkau dapat berjumpa sahabat besar nabi

Ammar sahabatku
Engkau lebih dahulu pergi dariku
Pemergianmu bersama kemenangan
Engkau dimuliakan Allah selepas kematianmu

Wahai Ammar
Aku mengharapkan selepas ini
Akan berdatanganlah Seribu Ahmad Ammar
Menyahut seruan jihad dibumi Al-Fateh

Daripada: Ahmad Afiq Al-Kelantani

AKHIR KALAM

Beliau adalah seorang pemuda yang disayangi oleh rakyat turki, kedatangannya ke bumi turki adalah untuk mengkaji meneliti Sejarah Turki Uthmaniyah dan seterusnya mendapat syahid direzekikan dipilih Allah di makamkan di tempat yang mulia.

Subahanallah! Allah telah meninggikan darjat Ahmad Ammar setelah beliau meninggal syahid.

Sesungguhnya Ahmad Ammar telah meraikan dan memuliakan kota yang dijanjikan Rasulullah s.a.w, Allah mengurniakannya Syahid dan di makamkan di tempat yang mulia.

Berbahagialah wahai Ahmad Ammar di sana, Engkaulah salah seorang yang dipilih Allah s.w.t antara wakil deligasi Turki Kecil ke Turki Besar yang tersendiri.


Ahmad Ammar dalam kenangan
(1993-2013)