Monday 26 November 2012

KEKASIH AGUNG PERMATA DUNIA








12 Rabiulawal Isnin Subuh
Lahirlah Insan Agung pembela dunia
Kemunculannya dikhabarkan sudah
Dalam Taurat serta Injil 

Seorang Anak Yatim bertuah
Kekurangan kasih Ibu dan Ayah
Ibu susuannya Halimatul Sa’diah
Muhammad namanya terpuji mulia




Dialah kekasih Agung permata dunia
Gelarannya Al-Amin insan benar jujur pekerti
Pemuda luhur bicara cantik bahasanya
Berdakwah mengembangkan Agama Allah

Sifat perwatakan terpuji sangat menyerlah
Insan penuh tawaduk budi pekerti tiada bandingan
Contoh sekalian penghuni Alam Buana
Mukjizat terbesar Al-Quran panduan umat sejagat




Semangat keperwiraan sudah terserlah
Pemberani penegak Agama Allah
Contoh terbaik pada Umat Akhir Zaman
Pahlawan perkasa berbakti menaburkan jasa

Rasulullah kekasih teristimewa
Rahmat Allah memayungi dilindungi sentiasa
Dakwah islam bermula berkembang keseluruh buana
Berkat disuluh kebenaran penciptanya




Sudah lebih 1400 tahun dikau meninggalkan kami
Engkau insan sempurna hamba Allah paling bertaqwa
Penghulu segala Nabi Imam seluruh Manusia
Selawat keatasmu Insan penuh berjasa pada umat

Wahai Kekasih Agung permata dunia
Engkau pergi meninggalkan harta terbesar
Mewasiatkan khazanah berharga pada umatnya
Quran sunnah panduan sepanjang zaman




Wahai Kekasih Teragung
Menyebarkan kebenaran
Tugasmu diwarisi ulama pewaris nabi
Menyebarkan dakwah Amanah dilaksanakan 

Maulidul Rasul dikenang setiap tahun
Menghayati sirah perjuanganmu
Muhasabah diri perjuangan menegakkan kebenaran
Rindunya kepadamu syafaatkan kami semua


No comments:

Post a Comment