السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Malqa Salis adalah salah satu siri "Alteri Terahsia" Umat Melayu Islam di Tanah Nusantara.
Apakah itu Malqa Salis?
SEBUTAN MALQA SALIS DALAM BAHASA MELAYU
Perkataan "Malqa Salis" di Dalam Bahasa Melayu adalah:
"MELAKA SOLID"
Kata Kunci ini Dibuka kerana Yahudi melalui Penjajah Mata Dua mereka sudah lama mengetahui dan bertemu "MALQA SALIS" ini sejak "1511" lagi.
Mujadid ke-14 pernah menyebut kata kunci ini kepada Jemaahnya dengan berkata:
"MELAKA SOLID,MELAKA SOLID & MELAKA SOLID"
(Sambil menunjukkan Isyarat tangan "Bagus")
MALQA SALIS DI DALAM ISLAM
Sebenarnya di dalam Islam, terdapat Satu Hadis Khusus dan Rahsia Daripada Rasulullah s.a.w mengenai "Malqa Salis".
Hadis tersebut dihukum Dhaif oleh Periwayat Tabi'en dan Disembunyikan bertujuan untuk merahsiakan hal ini daripada pengetahuan musuh.
Sebenarnya Yahudi dan munafik pada zaman Rasulullah, mereka secara diam-diam telah mencuri-curi dengar dari Rasulullah dan para Sahabat akan hakikat "Malqa Salis". Mereka (Yahudi) tahu hakikat hadis ini dan cuba Mengagalkan Jadual Allah atau sekurang-kurangnya memperlambat-lambatkan Janji Allah kepada Islam di Akhir zaman.
SEJARAH PENCARIAN MALQA SALIS OLEH SI MATA SATU
Si Mata Satu "Hidden Hand" telah mengarahkan anak buahnya si penjajah mata dua agar keluar dari Eropah dan Amerika untuk menjejaki satu bangsa yang digelar "Malqa Salis".
Di dalam Satu Misi yang diberi nama "Penjelajahan Dunia Baru", Para Penjajah Mata Dua ini telah meneroka satu dunia terutama Dunia Islam untuk mencari:
Siapakah "Gerangan" dan "Bangsa" tersebut ?
Kesemua tempat bernama "Malqa Salis" mereka mencarinya, dari Malaga Sepanyol (MALQA SANI / MALQA PERTAMA), Macau China (MALQA KEDUA), dan terakhir salah satu "Team Mata Dua" terjumpa satu Bangsa yang penuh Bertamadun diberi nama "MALACCA (MALQA KETIGA)" oleh Si Penjajah Mata Dua.
Sebenarnya Penjajah Mata Dua Mengesahkan bahawa "Malqa Salis" Pertama, Kedua dan Ketiga adalah apa yang mereka cari, MALQA SALIS KETIGA adalah MELAKA yang ada pada hari ini di TANAH MELAYU. itulah Sejarah MALQA SALIS yang disorok penjajah Bermata Dua kepada dunia terutama Umat Melayu di Nusantara.
Sudah terbongkar sejarah penipuan Nama Asal Melaka sempena Peristiwa di bawah Pokok Melaka, ini adalah "Trick Penjajah Mata Dua" dan "Trick Melayu Islam" dalam menyembunyikan hakikat sejarah ini.
FORMULA MELAKA SOLID
Formula kata kunci Paduka Baginda Rasulullah s.a.w:
Kostantiniyah + "Negeri dibawah angin" = Malqa Salis
Kostantin ditawan oleh Orang Bertaqwa di zaman Salafus Soleh "1434".
Negeri dibawah angin telah diislamkan para pendakwah yang datang melalui jalan laut dan darat (sutera) semenjak dari zaman Khulafa Ar-Rasyidin sehingga Daulah Bani Abbasiyah, ketika Daulah Turki Uthmaniyah, Nusantara sudah mempunyai kerajaan-kerajaan Islam menggantikan ajaran Hindu oleh Majapahit.Peradaban Islam di nusantara pada ketika itu memiliki persamaan dengan Daulah Turki Uthmaniyah.
Malqa Salis di Melaka solid ditadbir oleh Ikhwan dan Asoib dibantu Wali besar serta Wali kecil.
PERANAN MELAKA SOLID
Di dalam Hadis Rasulullah s.a.w mengenai "Malqa Salis", Telah memberitahu bahawasanya Islam di akhir zaman akan bangkit disebuah tapak "Negeri Di Bawah Angin" iaitu di "Malqa Salis" Melaka Darul Islam.
Kesultanan Melaka Darul Islam adalah Penaung kepada sekalian Kerajaan Melayu Islam di Nusantara pada zamannya.
Kod nombor "1511" telah lama dijaja dipermainkan penjajah sempena meraikan kejayaan mereka menemukan "Malqa Salis Ketiga" dan "Malqa Salis Sebenar yang dicari-cari".
Konsep "1511" bagi penjajah merupakan satu simbolik "Malqa Salis the hidden hand" dengan gelaran "Malacca"
Konsep "1511" bagi penjajah merupakan satu simbolik "Malqa Salis the hidden hand" dengan gelaran "Malacca"
Melaka Solid adalah sebuah Tapak Permulaan Kebangkitan Islam di Nusantara sempena Hadis kata kunci Rasulullah s.a.w "SEBELAH TIMUR".
Para Pendakwah Rasulullah sudah lama berdakwah mengislamkan penduduk "Kepulauan Semenanjung Emas" dan Membina Peradaban Islam semenjak Zaman Rasulullah lagi sudah dikirimkan perutusan sehingga pengislaman pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin sehingga Daulah Bani Umaiyah serta Daulah Bani Abassiyah, pada Kemuncak Kejatuhan Daulah Abbasiyah, Melaka Sudah menjadi Empayar Islam sehingga zaman 1511 pada Daulah Turki Uthmaniyah.
PENAUNG MELAKA SOLID
Melaka Solid dinaungi oleh Seorang Penguasa yang Allah janjikan, Nama gelarannya dari Rasulullah banyak disebut-sebut di dalam Hadis Rasulullah dan Atsar Sahabat/Tabi'en.
"Tuan Kepada Melaka Solid" adalah SultanNya dan Ketua SultanNya. Melaka Solid menjadi Sebuah Pusat Bandar Diraja Ulung di nusantara, digelar Bandar Kesultanan Ahlul Bait.
Melaka Solid adalah Perulangan sejarah kegemilangan Islam di Nusantara dan Bakal Berluang sekali lagi menjadi Empayar Dunia Islam menggantikan Daulah Turki Uthmaniyah.
Maksud Melaka Solid adalah Penaung melaka (Ketua Melaka) yang memiliki hati yang solid (Laksana Kepingan Besi), Keyakinan Ketaqwaan yang sangat luar biasa.
Ikhwan adalah berhati Solid, "Iman Yang Ajaib" seperti di dalam kata kunci Rasulullah s.a.w.
Maksud Melaka Solid adalah Penaung melaka (Ketua Melaka) yang memiliki hati yang solid (Laksana Kepingan Besi), Keyakinan Ketaqwaan yang sangat luar biasa.
Ikhwan adalah berhati Solid, "Iman Yang Ajaib" seperti di dalam kata kunci Rasulullah s.a.w.
TUAN KEPADA MELAKA SOLID
Siapakah Tuan kepada Melaka Solid?
Mujadid ke-14 pernah berkata:
"Sesiapa yang hendak berjumpa Hang Tuah (Tuan kepada Hang Tuah) datanglah ke Masijid Tanah"
Menurut kata Syeikul Ikhwan ini, Hang Tuah dan Masjid Tanah adalah kata kunci yang disimpan. biarlah rahsia walaupun "Hidden Hand" sudah tahu akan maknanya.
Melaka suatu masa dahulu banyak memiliki "Masjid Tanah" dan teknologi seni bina islam yang mampan, Sehingga diabadikan satu nama pekan di daerah Alor Gajah bernama Pekan Masjid Tanah.
Penjajah Protugis apabila terjumpa negeri Melaka Darul Islam, mereka terkejut sekali kerana melihat segala seni bina bandar dan Masjid pada masa itu tidak tumpah seperti di Turki Istanbul.
Antara masjid yang memiliki seni bina seperti masjid di Istanbul adalah seperti "Masjid Sultan Muzaffar Shah / Masjid Darul Islam", Masjid ini adalah bukti nyata kegemilangan Islam di Nusantara dan bukti khas ini dirobohkan Penjajah Protugis pada 1511 dan batu batanya dijadikan A Famosa dan Gereja St. Paul di atas bukit tapak asal Istana Melaka Darul Islam. antara faktor kota A Famosa dan Gereja St. Paul kekal sehingga ke hari ini adalah kerana batu batanya dari "Masjid terbesar Islam di nusantara" dan tapak asal Istana Melaka Darul Islam.
Gambar ini menjadi bukti Hubungan Melaka dengan Turki Uthmaniyah |
KESIMPULAN
Malqa Salis atau Melaka Solid adalah sebuah tempat yang dijanjikan Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.
Pengasas kepada Melaka Darul Islam pertama sudah membuktikan kegemilangannya, Perkara ini berulang dan lebih besar kerana Tanah Nusantara dipilih Allah s.w.t sebagai "Bumi Simpanan Allah".
Sudah Sampai Masanya akan datang satu bangsa yang akan membawa balik Takhta dan Alat Kebesaran Turki Uthmaniyah melalui Simbolik rasmi perpindahan Pusat Kebangkitan Islam akhir zaman.
Perkara ini sudah lama diketahui musuh islam, dan mereka tidak mampu menghalang dan memperlambat-lambatkan lagi kerana masanya sudah sangat hampir, oleh itu dipecahkan kod rahsia "Malqa Salis" adalah "Melaka Solid".
Para penjajah telah gagal memurtadkan "Malqa Salis ketiga" iaitu Melaka Solid pada 1511, mereka hanya berjaya memusnahkan bukti-bukti nyata hubungan Melaka -Turki Uthmaniyah (Seni bina di melaka bersama coretan sejarah ciptaan mereka).
Umat Islam dibekalkan dengan "Teknologi Roh" yang mengatasi masa dan Mencarik Adat "Qawariqu Adah", menjadi sumber kekuatan untuk perjuangan islam di akhir zaman.
No comments:
Post a Comment