Thursday 28 November 2013

AHMAD AMMAR "PEMUDA SYAHID DI KOTA KOSTANTINIYAH"


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ



MUKADIMAH




Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam adalah seorang pemuda berusia 20 tahun yang mencari keredhaan Allah dan ingin syahid di dalam hidupnya, ternyata Allah s.w.t memperkenankan doanya dan beliau telah syahid di sebuah kota yang dijanjikan Rasulullah s.a.w (Kota Kostantiniyah / Islambol).

Kesyahidan beliau telah mengegarkan dunia Islam kerana mencipta sejarah sebagai seorang yang bukan berasal dari Turki tetapi mendapat keistimewaan di Makamkan di Perkarangan Pemakaman Sayidina Abu Ayub Al-Ansari R.A.


TUJUH PENGAJARAN PENTING DARIPADA AHMAD AMMAR


1. Ahmad Ammar telah terpilih dari kalangan yang dipilih.
(Pilihan di atas pilihan oleh Allah s.w.t)

2. Dia datang ke Turki untuk menggilap Sejarahnya.
(Niat kerana Allah dan Rasul, nescaya akan dibantu)

3. Dunia islam digegarkan dengan gilapannya yang terakhir.
(Di makamkan berhampiran makam sahabat besar Nabi, Sayidina Abu Ayub Al-Ansari R.A)

4. Terus gigih merungkai kebenaran sejarah MilikNya.
(Bebaskan sejarah islam yang terbelenggu)

5. Keredhaan Allah sangat besar untuk ditagih dariNya.
(Redha Allah adalah Rahsia yang bersembunyi di sebalik sekecil atau sebesar usaha ikhtiar kita)

6. Perancangan Allah penuh hikmah kasih sayangNya.
(Indahnya Tawafuk yang disusun Allah dan bukanlah satu kebetulan)

7. Tarbiyah Allah kepada kita yang masih hidup.
(Kematian adalah pengajaran kepada yang hidup)



MADAH HATIKU

Wahai si pemuda syahid
Aku malu mengenangkan kisahmu
Engkau telah membuktikan sesuatu dalam hidupmu
Yang dapat dilihat orang setelah pemergianmu

Duhai Ammar
Engkau datang memuliakan Sabda Rasul
Bersama tekad azam tidak pernah padam
Sejarah Turki Uthmaniyah engkau gilapkan

Aku mencemburuimu Ammar
Sayangnya rakyat turki terhadapmu
Sehingga di makamkan di tempat yang mulia
Beruntungnya engkau dapat berjumpa sahabat besar nabi

Ammar sahabatku
Engkau lebih dahulu pergi dariku
Pemergianmu bersama kemenangan
Engkau dimuliakan Allah selepas kematianmu

Wahai Ammar
Aku mengharapkan selepas ini
Akan berdatanganlah Seribu Ahmad Ammar
Menyahut seruan jihad dibumi Al-Fateh

Daripada: Ahmad Afiq Al-Kelantani

AKHIR KALAM

Beliau adalah seorang pemuda yang disayangi oleh rakyat turki, kedatangannya ke bumi turki adalah untuk mengkaji meneliti Sejarah Turki Uthmaniyah dan seterusnya mendapat syahid direzekikan dipilih Allah di makamkan di tempat yang mulia.

Subahanallah! Allah telah meninggikan darjat Ahmad Ammar setelah beliau meninggal syahid.

Sesungguhnya Ahmad Ammar telah meraikan dan memuliakan kota yang dijanjikan Rasulullah s.a.w, Allah mengurniakannya Syahid dan di makamkan di tempat yang mulia.

Berbahagialah wahai Ahmad Ammar di sana, Engkaulah salah seorang yang dipilih Allah s.w.t antara wakil deligasi Turki Kecil ke Turki Besar yang tersendiri.


Ahmad Ammar dalam kenangan
(1993-2013)


Tuesday 19 November 2013

SEJARAH HITAM DISEBALIK SUKAN LAGA LEMBU


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

MUKADIMAH

"Aksi sukan laga lembu"

Sukan laga lembu merupakan sebuah sukan klasik ekstream yang telah menjadi sukan tradisi berperestij semenjak beberapa ratus tahun terdahulu.

Sukan ini mula dicetuskan oleh Penganut Nasrani Katolik di Sepanyol, lantas telah berkembang maju ke pelusuk negara jirannya seperti ProtugisPrancis sehingga ke seluruh eropah, seterusnya kegiatan sukan ini mula merebak di negara-negara bekas tanah jajahan Sepanyol di Amerika Latin dan Filipina.

Sukan ini telah dipelbagaikan versi dan dicipta jenamanya yang tersendiri hasil daripada sukan laga lembu seperti festival laga lembu (Amerika Latin), pertandingan menunggang lembu "Rodeo" (Amerika Syarikat) dan pertandingan laga lembu (Jepun).


Sukan berdarah ini telah mendapat bantahan keras oleh Aktivis pelindungan hak asasi haiwan seterusnya diharamkan di beberapa buah negara seperti Argentina, Kanada, Cuba, Denmark, Jerman, Itali, Belanda, New Zealand dan United Kingdom.


PEMAKAIAN MATADOR "SI PELAGA LEMBU"

"Contoh kostum tradisional para matador"
Sebelum acara sukan laga lembu bermula, Matador atau Pelaga lembu akan mengenakan kostum tradisional yang dinamakan "Baldu" dan "Topi rajut".

Pemakaian ini adalah kostum wajib para matador sebelum beraksi di tengah gelanggang, ianya menjadi suatu kebanggaan kepada para matador meragakan kostum ini ditengah gelanggang dan berpeluang beraksi di ribuan khalayak ramai.


PENGISIAN ACARA SUKAN LAGA LEMBU

"Matador memasuki gelanggang sukan laga lembu"
Mereka akan masuk ke gelanggang dengan penuh berprotokol sambil diringi dengan muzik tradisonal dan tepukan gemuruh penonton.

Para matador akan menunjukkan aksi ekstream dalam menumpaskan seekor lembu jantan dengan menggunakan sehelai kain merah atau merah jambu dan diselitkan alatan tajam seperti pedang untuk membunuh seekor lembu yang mengganas menerpa ke arah matador tersebut.

Aksi para matador ini adalah cukup merbahaya, jika mereka gagal membunuh dan mengelak daripada serangan lembu tersebut, matador itu berisiko mengalami luka parah dibadan dan muka serta boleh membawa maut.

Sukan ini dianggap berjaya apabila matador berhasil mengawal dan membunuh lembu tersebut seterusnya dikira sebagai pemenang dalam aksi pertunjukan merbahaya ini.


"Aksi matador sebelum membunuh lembu"
"Los Matadores"


SEJARAH DISEBALIK "SUKAN LAGA LEMBU"


"Istana Al-Hambra di Granada"

Sukan laga lembu ini mula diperkenalkan di Sepanyol pada pertengahan abad ke-15 selepas melalui Peristiwa gerakan "Re Conquista" yang dipimpin oleh Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V dimana mereka menawan kota terakhir islam di Granada dan berjaya menghalau serta membunuh orang islam di sana pada tahun 1492 Masehi.

Kejayaan mereka menawan Kota Granada adalah salah satu siri balas dendam terhadap islam, dan diteruskan lagi dengan kejayaan menawan Kota Melaka pada tahun 1511 masehi oleh Protugis dan Filipina daripada kerajaan Islam Fil-Amanila serta Kesultanan Sulu oleh Sepanyol.

Rahsia mereka dapat merintis jalan ke benua Asia dan Amerika latin untuk "siri penjelajahan dunia baru" adalah hasil daripada penemuan tinggalan peta-peta dunia yang dikarang oleh ulama dan cendiakawan Islam Andalusia.

Natijah daripada penjajahan sepanyol ke atas tanah naungannya telah mengakibatkan berlakunya satu pemaksaan budaya yang sangat dahsyat iaitu masyarakatnya dikehendaki memeluk ajaran Katolik serta membudayakan sukan laga lembu di setiap tanah jajahannya.


RAHSIA SIMBOLIK SUKAN LAGA LEMBU




Sukan laga lembu ini diraikan setiap tahun adalah bersempena memperingati kejayaan Kristian Katolik menumbangkan Islam di Andalusia.

Pihak Kristian Katolik sudah lama berdendam terhadap Islam semenjak peristiwa saudara mereka Kristian Ortadoks jatuh ke tangan Islam di Kostantinopel pada tahun 1453 Masehi oleh Turki Uthmaniyah.

Simbolik Lembu yang digunakan dalam acara ini bermaksud Islam dan Umatnya, Lembu tersebut akan diperbodohkan sebelum mati dibunuh oleh si pelaga "matador".

Seterusnya "Matador" (si pelaga lembu) yang bersenjatakan pedang dan besi tajam pula adalah bermaksud satu simbolik Kristian Katolik yang bergaya serta secara perlahan-lahan membunuh lembu tersebut.

Itulah antara maksud tersirat sukan laga lembu yang telah menjadi kebanggaan sepanyol dan kristian katolik di seluruh dunia.



"Al-Hambra"

AKHIR KALAM

Sukan laga lembu ini telah di pelbagaikan jenis-jenis pertandingan dan undang-undangnya agar ianya terus relevan untuk mereka dapat menghina Islam dengan cara halus tanpa disedari oleh kebanyakan umat islam masa kini.

Betapa liciknya muslihat yahudi nasrani menghina Islam dengan berpandukan sejarah silam mereka, Oleh yang demikian, Umat Islam harus sedar akan hakikat sejarah kita yang telah lama dirosakan disembunyikan oleh para penjajah, kita sendiri harus mengkajimeneliti, dan menilai kembali sejarah kita agar tidak lagi mudah tertipu dengan mainan drama agenda mereka untuk mengejek memperhinakan Islam.

Inilah rahsia disebalik "drama" sukan laga lembu yang telah diraikan beratus-ratus tahun sehingga kini adalah semata-mata merupakan salah satu simbol menghina Islam

 Jangan biarkan Islam terus dihina oleh mereka lagi!.

"Islam pasti menang di akhir zaman, itu adalah janji Allah dan Rasulnya."


"Masjid Cardoba"

Wednesday 13 November 2013

TEROWONG SULTAN ABDUL MAJID I


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


 MUKADIMAH



Sultan Abdul Majid I Bin Mahmud merupakan Khalifah Al-Sultan Daulah Turki Uthmaniyah yang ke-31 memimpin Dunia islam dari tahun 1839 sehingga 1861.

Daulah Turki Uthmaniyah di Era 1800-an telah mengalami proses kemodenan tamadun lahiriah hasil pertembungan tamadun Asia dan Barat.

Islambol menjadi pusat "Pertembungan Budaya" dan tempat berkumpul rujukan seluruh dunia Islam dan barat.

Daulah Turki Uthmaniyah tidak lari daripada tempias kemodenan barat yang mula mengancam secara halus untuk melemahkan dan mengalihkan pandangan warga daulah kepada peradaban barat dan sistemnya.

"King Abdul Majid I, Queen Victoria & Napeleon III"

LAGU KEBANGSAAN TURKI UTHMANIYAH

"National Imperial Anthem of Ottoman Empire"

Semasa pemerintahan baginda, Sultan Abdul Majid I telah memperkenalkan kepada warga daulah lagu kebangsaan Turki Uthmaniyah, Baginda adalah penerus kemantapan tamadun lahirian dan rohaniah warga daulahnya.

KEAJAIBAN SEJARAH TURKI UTHMANIYAH

Di masa penaklukan Sultan Muhammad II "Al Fateh", Berlaku keajaiban besar dan mengejutkan dunia iaitu peristiwa 70 kapal tentera laut Turki Uthmaniyah di pindahkan dari Selat Bosporus ke kawasan pergunungan Tanduk emas "Golden Horn" dalam satu malam untuk melepasi rantaian besi gergasi Rom Byzantine.

Peristiwa bersejarah ini berlaku pada malam 22 April 1453 Masehi.


Catatan Sejarawan Byzentine menyingkapkan:

"Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib ini, Muhammad Al-Fateh telah menukar daratan menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung, dan bukannya di ombak lautan"

"Jambatan Sultan Muhammad Al-Fateh"

SEJARAH TEROWONG SULTAN ABDUL MAJID I

Pada tahun 1860, Baginda Sultan Diberikan Ilham oleh Allah s.w.t melalui mimpinya iaitu baginda melihat Sebuah terowong merentasi Selat Bosporus menghubungkan benua eropah dan asia melalui Islambol (Istanbul).

Impian dan hasrat murni baginda tidak kesampaian kerana Daulah Turki Uthmaniyah sedang sibuk menguruskan urusan Umat islam seluruh dunia yang mula dijajah satu persatu dan kekurangan kepakaran serta kos operasi pembinaan terowong tersebut.

Mimpi baginda adalah satu lagi petanda akan perulangan keajaiban Sejarah Turki Uthmaniyah, ianya menjadi impian baginda dan seluruh warga daulahnya.


"Terowong Impian Turki Uthmaniyah"

TEROWONG MARMARAY

Ternyata kini kisah Keajaiban Turki Uthmaniyah disambung oleh generasi mereka seterusnya iaitu Turki moden, mereka meneruskan hasrat dan impian Sultan terdahulu dengan membinanya serta menamakan terowong ini sebagai "Marmaray" yang bermaksud Laut Marmar dan "Ray" adalah Keretapi dalam bahasa Turki.

"Kereta api Marmaray"

Fakta Terowong Marmary:

  • Pada 29 Oktober 2013, Kerajaan Turki merasmikan terowong dasar laut pertama yang menghubungkan wilayah Asia dan Eropah merentasi selat Bosporus.


  • Pelan ini menyempurnakan perancangan yang pernah diusulkan empayar Turki Uthmaniyah sejak 153 tahun lalu.

  • Terowong kereta api sepanjang 13.6 kilometer dan selebar 1.4 kilometer beroperasi di dasar selat Bosporus yang merupakan Selat menghubungkan Laut Hitam dengan Laut Marmara ini membahagi dua wilayah Istanbul kepada Asia dan Eropah.

  • Merupakan terowong kereta api sedalam 60 meter, antara yang paling dalam pernah dibina di dunia.

  • Berupaya menampung 1.5 juta pengguna sehari akan menggunakan perkhidmatan terowong itu.

  • Adalah sebuah projek yang bermula pada tahun 2005 dan dijadualkan siap dalam tempoh empat tahun namun tergendala seketika ekoran penemuan khazanah arkeologi penting termasuk pelabuhan Byzantine kurun keempat.

**Penemuan arkeologi artifak kerajaan-kerajaan islam (Armanda Laut dan khazanah perang) yang cuba menawan Kostantinopel selama 800 tahun bermula dari kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abasiyah sehingga zaman penawanan Muhammad Al-Fateh (Turki Uthmaniyah).


i) Gambaran Terowong Marmaray
ii) Gambaran Terowong Marmaray

RUMUSAN

Terowong dasar laut ini banyak manfaat untuk memudahkan urusan rakyatnya berhubung antara satu sama lain.

Terowong ini adalah simbolik penyatuan perpaduan persaudaraan sedunia, dengan kemudahan dan kepakaran teknologi lahirian, sangat bertepatan dimajukan tamadun lahiriah agar terbangun tamadun rohani berasaskan iman.

Kini, Keajaiban Turki Uthmaniyah kembali berulang dan ianya sekarang telah berlaku di zaman ini.

Ternyata terowong ini mengimbas kembali sejarah impin Turki Uthmaniyah dan bakal menjadi tumpuan dunia suatu masa nanti.

Inilah dia Terowong Sultan Abdul Majid I, sekarang diberi nama Terowong Marmaray , mudah-mudahan suatu masa nanti Terowong ini akan diberi nama Terowong Sultan Abdul Majid I.

Mudah-mudahan segala perancangan ini dipermudahkan, disempurnakan serta mendapat perkenan Tuhan yang Maha Esa.

"Pelan Terowong Marmaray"

"Berita Terowong Marmaray"



"Kereta api penghubung Asia dan Eropah"

Friday 1 November 2013

TANAH HARAM MEKAH DIBAYANGI "AL-SA'AAH"


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH

Tanah Suci Mekah Al-Mukaromah adalah bumi yang diberkati dirahmati keseluruhannya.

Tanah Suci Mekah merupakan pusat garisan masa dunia iaitu "Kiblat pusat bumi", musuh-musuh Islam telah menukar hakikat ini kepada garisan Greenwich mereka.

Semua umat Islam beriman mengetahui bahawasanya Kaabah adalah pusat bumi dan pusat garisan masa sedunia.

Untuk mengembalikan simbolik Mekah sebagai pusat bumi (Garisan masa dunia), Kerajaan Arab Saudi sudah merancang dan menyiapkan sebuah bagunan Jam pencakar langit yang digelar penduduk sekelilingnya (Tetamu Allah) sebagai "Al-Sa'ah" yang diberi nama "Abraj Al-Bait".

Sebenarnya pembinaan pelbagai bagunan pencakar langit ini adalah bertepatan dengan janji Rasulullah bahawa ianya suatu petanda semakin dekatnya kiamat.

Perkara inilah yang sedang rancak dibagunkan bagaikan "Cendawan tumbuh selepas hujan".


"Kaabah ditenggelamkan Al-Sa'ah"


"Lukisan Tanah Haram Mekah di zaman Turki Uthmaniyah 1895 Masehi"

BAYANGAN AL-SA'AH

Al-Sa'ah adalah salah satu pengertian hari kiamat, juga bermaksud Jam, inilah sebuah mercu tanda kiamat yang sedang dibangga-banggakan Kerajaan Arab Saudi dan umat islam yang tidak faham akan hakikat sebenar Menara jam "Al-Sa'ah".

Al-Sa'ah merupakan sebuah bayangan bagunan pencakar langit yang melingkari menutupi Kaabah, kebesaran dan keagungan Kaabah seperti sudah ditutupi oleh bayang-bayang bagunan pencakar langit yang "Menenggelamkan" Kaabah.


"Bayangan Al-Sa'ah menutupi Kaabah"
Bayangan Al-Sa'ah juga dilihat sudah menampakkan bayangan Dunia lebih besar daripada Akhirat.

Berjayanya musuh islam mengalihkan pandangan dan hati umat Islam dari melihat Kebesaran Keagungan Kaabah kepada Kemegahan keindahan menara jam ini.



Tidak cukup dengan itu, kini sebuah jambatan bulatan atau tiang mataf sudah dibina dipasang menutupi mengelilingi Kaabah, kelihatan Kaabah dilingkungi lingkaran bulatan dari atas dan seperti sudah tidak kelihatan Kaabah dari pandangan bawah kerana terhalang daripada pandangan jambatan bulatan ini.

"Jambatan Bulatan / tiang mataf melingkari Kaabah"
Perancangan Kerajaan Arab Saudi pada tahun 2020 dengan merencanakan pelbagai projek-projek bagunan tinggi melingkari Kaabah seperti sudah kelihatan kini, dengan menara Jam "Al-Sa'ah" dan pelbagai lagi bagunan-bagunan lain yang sedang dibina melingkari Kaabah.

Dengan pelbagai pembesaran dan pembagunan setiap tahun yang dilaksanakan di sekeliling Kaabah kini, perkara ini akan berlanjutan dan tiada kesudahannya.


"Menara Jam Abraj Al-Bait atau Al-Sa'ah"

Seperti peristiwa yang berlaku pada tahun ini, Kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan Kuota Haji setiap negara Islam kerana "Pembagunan" ini, ujar mereka untuk keselesaan dan keselamatan para jemaah haji, Umat Islam kini seperti dihalang memasuki Tanah Haram untuk Fardhu Haji.

Begitulah rencananya, mereka tidak akan berjaya menghalau menghalang kedatangan para tetamu Allah setiap tahun agar memeriahkan Tanah Haram, akan tetapi mereka sekadar berjaya mengurangkan kuotanya sahaja, itupun dengan Izin dan perancangan Allah s.w.t yang Maha Bijaksana.

Ibadah Haji dan Umrah yang dilaksanakan kini sukar mendapatkan ketenangan yang hakiki kerana para tetamu Allah telah dihidangkan dengan fenomena bunyi bising dan kesibukan "pembagunan" di sekeliling Kaabah.

Perkara ini telah menyebabkan para tetamu Allah terganggu dengan proses "Pembagunan" dan berlaku pelbagai kejutan budaya terhadap suasana baru yang tercemar ini.







HADIS AKHIR ZAMAN MENGENAI KAABAH


Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata;

 Suatu ketika Rasulullah s.a.w nampak di tengah-tengah orang ramai.
Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya:
 “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” 
Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: 
“Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya.
 Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. 
Iaitu, jika seorang (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. 
Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. 
Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima,
 yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” 

Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: 

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim”
(Riwayat Ibn Majah).



Daripada Umar Al-Khattab r.a berkata,

 Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 

”Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah; 
kemudian yang meninggalkan itu tidak akan kembali lagi kecuali hanya sebahagian kecil sahaja. 
Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh bangunan. Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali selamanya“ 
(Riwayat Ahmad)



Dari Anas bin Malik R.A, 

Nabi shallallahu alaihiwasallam, beliau bersabda :

 “Tidak ada satu negeripun melainkan akan di singgahi oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah,
 tidak ada satupun pintu masuknya melainkan ada Malaikat yang berbaris menjaganya, lalu terjadilah gempa di Madinah tiga kali menggoncangkan penduduknya, kemudian Allah mengeluarkan setiap orang yang kafir dan munafik (darinya)”
(Riwayat Bukhari & Muslim)



Dari Abdullah bin Umar R.A, ia berkata : 

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :

“Nikmatilah rumah Allah ini (Ka’bah), sungguh Ka’bah ini pernah dihancurkan dua kali, 
dan pada kali ketiganya di angkat“.
(Riwayat Al-Bazzar, Ibnu Huzaimah, Ibnu Hibban & dishahihkan Al-Albani)



Dari Ibnu Umar R.A 

Nabi shallallahu alaihiwasallam ,baginda bersabda:

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing, dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaimana datang awal kali, dan Islam akan berkumpul diantara dua masjid (masjidil haram dan Masjid Nabawi) sebagaimana ular berkumpul di lubangnya.”
(Riwayat Muslim)



Dari Ayyas bin Abi Rabi’ah,

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Senantiasa umat ini akan baik selama mereka mengagungkan sebenar-benar pengagungan terhadap keharaman (negeri Makkah ini),
 jika mereka meninggalkan (pengagungan) dan menyia-nyiakannya pasti mereka binasa”.
(Riwayat Ahmad & Ibnu Majah, hadits ini dihasankan oleh al-Hafidh Ibnu Hajar)



Dari Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya,
 kepada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya,
dia berkata: pada suatu hari, aku menuntun tali kekang unta Abdullah ibn Amr, 
lalu beliau berkata: "Bagaimana pendapat kalian, jika kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan ada batu yang masih menumpuk? 
Mereka menjawab: oleh kita yang beragama Islam?
Beliau menjawab: benar, kalian yang beragama Islam. 
Seseorang bertanya: lalu apa lagi? 
Beliau menjawab: kemudian ia akan dibangun dengan yang lebih bagus darinya. 
Apabila kalian telah melihat galian-galian besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahwa kiamat telah mendekatimu"
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan al-Arzaqi)



Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah s.a.w bersabda:

As-sa’ah Hari Kiamat tidak akan tiba 
sehingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi
(Riwayat Bukhari)



Daripada Abu Hurairah R.A, 

Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Diceritakan saat itu kaabah sudah tidak mempunyai apa-apa makna. 
Tiada yang menjaga dan menjadikannya sebagai rumah ibadat utama umat Islam dari seluruh dunia.
Sehingga datang seorang lelaki berkulit hitam yang botak kepalanya dari Habsyah (Ethopia) bernama 
"Dzu Suwaiqatain" yang terus menghancurkan Kaabah.
Dia merosakkan segala yang ada pada Kaabah. Mengoyak menjatuhkan kelambu (kiswah) serta mengambil batu-batu dinding dengan pencedok dan cangkul.
(Riwayat Bukhari & Muslim) 



RUMUSAN

"Bayangan Kaabah menjelang 2020"

Melalui beberapa hadis-hadis akhir zaman ini, maka benarlah, Al-Sa'ah sudah membentangkan bayang-bayangnya disekeliling Kaabah, sedarkah kita wahai umat islam bahawa Baginda sudah menyebutnya 1400 tahun yang lampau dan kita kini sedang menyaksikan hakikat kebenaran yang sedang berlaku di sekeliling Kaabah kini.

Bayangan ini sedikit demi sedikit akan menutupi Kaabah dan terus berlumba-lumba menutupi sekelilingnya sehingga keseluruhannya.

Inilah zaman yang disebut baginda s.a.w sebagai "Zaman penuh dugaan yang besar", Inilah realiti yang sedang giat berlaku di Tanah Haram Mekah.

Dunia sedang menuju kiamat besar, Apabila Kota Mekkah kembali dibuka oleh Imam Mahadi, Para wahabi ini (Arab Badawi) akan melarikan diri meninggalkan Mekah dan mereka bergabung menjadi sebahagian daripada tentera Dajjal Laknatullah (Huraian Hadis).

Lihatlah kembali sejarah Kaabah, suatu masa dahulu di Tahun Gajah, Raja Abrahah merupakan seorang panglima Rom Habsyah yang menjadi Raja di Yaman bersama tentera bergajahnya menyerang Kaabah, hasilnya Allah melindungi menjaga rumahnya dengan menghantar Burung Ababil memusnahkan tentera bergajah Abrahah.


"Burung Ababil menghancurkan tentera bergajah"
Tetapi di akhir zaman ini, Kaabah bakal dihancurkan oleh seorang lelaki berketurunan Rom Habsyah, pada ketika itu semua orang beriman telah tiada, yang tinggal adalah mereka-mereka yang tidak beriman. tiada siapapun yang akan menghalang lelaki tersebut kerana semua orang beriman sudah tiada di dunia. 

Selepas peristiwa kehancuran Kaabah, maka tanda-tanda kiamat besar pantas berlaku dan segala kehidupan dimatikan dengan tiupan sangkakala Malaikat Israfil a.s. 

Sesungguhnya kita semua sedang melalui fasa-fasa tanda kiamat kecil dan sedang menuju tanda-tanda kiamat besar, Bertaubatlah kita semua kepada Allah yang Maha Pengampun dan Penyayang sebelum matahari terbit dari barat.

"Surah Al-Fil"

"Video Penjelasan Hakikat Al-Sa'ah"