Wednesday 28 November 2012

GAZA DAN TEBING BARAT BERSENGKETA

Apa sudah jadi palestin kini
Perpaduannya sudah punah ranah
Malah berlaku pula pergaduhan
Gaza dan Tebing barat bersengketa

Sayunya hati melihat nasibmu
Palestin hidup keseorangan
Ditinggalkan oleh saudara sendiri
Kerana permusuhan Hammas Fattah


Palestin hari ini
Malangnya cuba bersatu tapi tak mampu
Malah makin menjauhkan satu sama lain
Gaza dan tebing barat tiada kesatuan

Bukankah kita bersaudara
Kerana masing-masing ada kepentingan
Musuh datang melarikan diri memeluk tubuh
Dayus sesama sendiri mementingkan diri

Itulah ibarat Islam kini
Ummah berpecah kesatuan tiada
Ramai bagai buih dilautan tak bermanfaat
Bagaimana hendak mendapat bantuan Tuhan?


No comments:

Post a Comment