Saturday 24 November 2012

TERIMA KASIH TUHAN



Terima kasih Tuhan
Kerana melimpahkan RahmatMu
Memperlihatkan KebesaranMu
Memberikan keberkatanMu

Terima kasih Tuhan
Memberikan Kasih sayangMu KecintaanMu
Memberi pahala meninggikan darjat hambaMu
RedhaMu mahal sekali

Terima kasih Tuhan
Kerana sering mengigatkan
Teguran dengan AmaranMu
suapaya ingat takut KemarahanMu

Terima kasih Tuhan
Kerana sentiasa melihat Hambamu
Sering mendengar rintihan 
Memakbulkan doa hambamu

Terima kasih Tuhan
Kerana menerima taubat hambaMu
KemurahanMu melimpahkan nikmatMu
Kurniaan Taufiq Hidayah atas KehendakMu



No comments:

Post a Comment