Saturday 24 November 2012

USAHAWAN MUKMIN (4)



Usahawan mukmin
Mengembara berkelana
Membawa barang dagangan
Mujahadah perasaan sangat dijaga

Usahawan mukmin
Melatih diri gigih berusaha
Berdoa bertawakal tidak dilupakan
Berjuang mengamalkan akhlak mulia

Usahawan mukmin
Penegak fardhu kifayah
Memenuhi keperluan umat
Agar nikmat dapat diagihkan

Usahawan mukmin
Bila dapat nikmat malu kepadaNya
Mendapat ujian redha denganNya
Mudahan selamat dari maksiat lahir batin

Usahawan mukmin
Menghidupkan roh ekonomi Islam
Berjual beli kerana Tuhan
Menghidupkan sunnah Rasulullah



No comments:

Post a Comment