Banner Bicara: Siapakah Tok Janggut?? |
PENDAHULUAN:
Syukur kepada Allah S.W.T kerana diatas rahmat dan taufikNya,juga dengan berkat RSA dapat saya menulis sedikit rumusan mengenai program bicara: "siapakah tok janggut??" yang saya hadiri pada pagi tadi.
Tujuan saya datang ke sana adalah untuk ziarah dan menghormati seorang ulama besar dan pejuang islam yang telah sedaya upaya menyahut melaksanakan sebuah jihad akhbar dari syeikhkul islam kerajaan turki uthmaniah agar bangun menentang penjajah di dunia islam.
Saya di sana direzekikan bertemu dengan dua orang waris tok janggut sendiri iaitu dari generasi ke lima dari adik beradik tok janggut.
BIODATA:
Nama: Syeikh Haji Mat Hassan Bin Panglima Haji Munas Bin Samad Bin Raja Bahar
Nama Gelaran: Tok Janggut, Pak Chu Hassan @ Pak Chu Hassan Jubah Hijau.
Nama Gelaran: Tok Janggut, Pak Chu Hassan @ Pak Chu Hassan Jubah Hijau.
Tarikh lahir: Tahun 1850
Tempat Lahir: Kampong saring, mukim jeram pasir puteh.
PENGISIAN BICARA: SIAPAKAH TOK JANGGUT??
Bicara siapakah tok janggut ini dikendalikan oleh moderator Dr Nik Azman Bin Nik Mustafa, Ahli panelnya adalah waris tok janggut sendiri iaitu Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus dan Encik Ramli Bin Mohamed.
Permulaanya ahli panel banyak menyentuh aspek sejarah seorang ulama dan pejuang ini yang mana sejarahnya telah dihitamkan penjajah inggeris di kelantan.
Pengaruh tok janggut sebagai ulama dan penasihat masyarakat sangat dibimbangi oleh pihak inggeris.
Ini kerana inggeris melihat beliau sebagai seorang ulama yang akan meluruskan dan mengusahakan taqwa dan iman kepada seluruh rakyat di sana, untuk tiga tahun pertama tok janggut banyak menentang dasar british dengan ilmu dan penuh berhikmah.
Faktor utama penentangan tok janggut terhadap inggeris adalah sebenarnya bukanlah bermula dari penentangan tok janggut sendiri, tetapi inggeris sendiri yang melancarkan perang saraf dan mahu menghapuskan pengaruh tok janggut di sana.
Faktor cukai bukannlah perkara utama penentangan tok janggut melawan inggeris, tetapi kerana inggeris banyak membuat provokasi dan pelbagai cara untuk menyemarak kebangkitan tok janggut.
Inggeris cuba menutup pengaruh ulama di dalam persada kepimpinan istana, ulama adalah penasihat sultan,juga pelbagai lagi pengaruh ulama dalam membawa masyarakat kepada Tuhan, inilah perkara yang sangat dibimbangkan ditakutkan inggeris, mereka tahu apabila rakyat islamnya kukuh dan bersatu padu, maka sukarlah kerja inggeris untuk menjalankan penjajahan terhadap kelantan.
Menjadi persoalan, kenapa tok janggut yang di ketengahkan inggeris? kenapa tidak Tok kenali? ini semua ada muslihat inggeris yang kononnya dapat melihat kejatuhan ulama berpengaruh dan ini juga adalah muslihat pihak istana agar ada ulama yang dapat meneruskan dakwah dan pendidikan kepada rakyat kelantan.
Dalam sejarah, tiada menyebut perjumpaan tok kenali dengan tok janggut? sedangkan mereka sezaman dan anak murid kepada Syeikh Ahmad Fathoni di Mekkah Al-Mukaromah. ini adalah percaturan dan perancangan mereka, mereka adalah ulama yang amalin (yang mengamalkan ilmunya) maka Allah izinkan mereka untuk beryaqazah yaitu pertemuan secara jaga dan sedar yakni secara roh.
Tok janggut ada membuat perjumpaan dengan rakan seangkatannya seperti tok gajah,mat kilau dan tokku paloh secara sulit.
Di dalam majlis tersebut, ramai peserta dari anggota badan sejarah mereka seperti kelab pencinta sejarah kelantan (KPSK),Kelab persatuan sejarah cawangan kelantan, Muzium kelantan, Penulis-penulis buku sejarah, pihak wartawan dari pelbagai saluran dan ramai lagi individu yang datang secara persendirian tanpa mewakili jabatan dan organisasi mereka, tetamu yang hadir memenuhi dewan tersebut sekitar 200 orang, semuanya menunjukkan minat mendengar, meneliti, mengkaji dan membuat perbandingan fakta.
Apabila dibuka sesi soal jawab, ramai organisasi dan individu berebut ingin menanyakan soalan kepada pihak ahli panel, rata-ratanya mereka mempunyai pelbagai fakta dan banyak penerapan pemahaman mereka yang tersendiri.
Dibuka soalan kepada 4 orang mewakili organisasi masing-masing, kesemuanya mempunyai kefahaman yang berbeza-beza dan saling bercanggahan antara satu sama lain.
Tidak terlampau dikatan ada sesetengah pihak yang merasa diri mereka yang betul lantas menolak hujjah serta fakta dari pihak lain dan ahli panel.
Contoh utama yang boleh diketengahkan adalah, ramai yang menganggap tok janggut haya seorang pemimpin pahlawan yang berjuang sahaja, ada yang menyatakan beliau adalah seorang ulama dan pejuang, hakikatnya tok janggut adalah Abid dan pejuang, tinggi darjat di sisi TuhanNya.
Gambar program bicara dari belakang (Tempat duduk blogger) |
21 AMANAT AKHIR TOK JANGGUT:
Ini antara salah satu daripada 21 amanat akhir Tok Janggut iaitu:
"Kalu hidup milik kito, buatlah gapo hok kito suko, tapi tetap hakikatnya, hidup kita milik DIO belako, kenolah buat hok supo DIO nok, tinggal gapo hok DIO mugheh"
- Syaikh Hj Mat Hassan Bin Munas Bin Samad Bin Raja Bahar @ Tok Janggut.
(Antara 21 amanat akhir Tok Janggut)
Tafsiran:
"Kalau hidup milik kita, buatlah apa yang kita suka, tapi tetap hakikatnya, hidup kita milik DIA kesemuaNya, Kenalah buat seperti yang DIA kehendaki,Tinggalkan apa yang DIA murka"
Ini antara salah satu daripada 21 amanat akhir Tok Janggut iaitu:
"Kalu hidup milik kito, buatlah gapo hok kito suko, tapi tetap hakikatnya, hidup kita milik DIO belako, kenolah buat hok supo DIO nok, tinggal gapo hok DIO mugheh"
- Syaikh Hj Mat Hassan Bin Munas Bin Samad Bin Raja Bahar @ Tok Janggut.
(Antara 21 amanat akhir Tok Janggut)
Tafsiran:
"Kalau hidup milik kita, buatlah apa yang kita suka, tapi tetap hakikatnya, hidup kita milik DIA kesemuaNya, Kenalah buat seperti yang DIA kehendaki,Tinggalkan apa yang DIA murka"
ULASAN DAN PENGAJARAN:
Banyak pengajaran yang saya dapati daripada menghadiri program bicara tersebut,antaranya:
- Sebelum menghadiri sesuatu majlis ilmu, kosongkan hati lapangkan dada, agar fikiran dan hati dapat menilai segala hujjah dan bicara yang disampaikan.
- Perbetulakan niat, datang bukan kerana sekadar minat dan hobi, tetapi penghormatan kepada roh orang-orang Tuhan.
- Perlu merendah diri, berhemah dan berhikmah, jaga adab dan akhlak ketika berada di dalam majlis dan ketika mengemukakan soalan dan pendapat peribadi.
- Jangan merasa diri sudah penuh ilmu didada, terima dan dengar juga pendapat dan hujjah orang lain, mudah-mudahan akan berjumpa jawapan yang paling tepat di dalam merungkai sejarah sebenar tok janggut.
- Jangan menyalahkan mana-mana pihak, jika mencadangkan sesuatu dan mengemukakan bukti peribadi yang dimiliki, perlulah berhemah, tidak perlu berkeras dan mempertahankan hujjah atau bukti.
- Janggan berbangga dengan pendapat dan ilmu serta kefahaman sendiri, jangan ada kepentingan dihati,jangan hendak menonjolkan diri,itu adalah seperti menjaja diri sendiri.
- Jangan berkasar dengan pihak lain jika kita tidak bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan,tunjukkan kerjasama dan berakhlak sesama kita,demi perpaduan dan kasih sayang.
- Perbincangan yang tegang dan panas hanya membuang masa walaupun anda benar sekalipun.
- Tindakan dan inisiatif adalah jalan terbaik daripada hanya mengemukakan teori dan meninggalkan persoalan.
- Beradab sesama ahli, ada yang lebih tua, ada yang lebih berilmu dan ada yang di lebih tinggi kedudukannya di sisi Tuhan, jadi berbaik sangka sesama peserta.
- Jangan memecahbelahkan sesama peserta jika anda tidak bersetuju dengan faktanya.
- Jangan sama sekali mempolitikkan isu sejarah ini, ini bukan soal pilihan raya, ini soal maruah islam kita.
- Semasa majlis berlangsung, beri tumpuan dan perhatian, jangan membuang masa "bermesyuarat" di belakang.
- Kesefahaman dan keselarasan akan mencapai kata sepakat dalam merungkai segala isu yang berbangkit.
- Muhasabah diri kita, tidak semua yang kita nyatakan adalah benar, hanya Allah yang mengetahui segalanya.
- Jangan sesekali datang kerana diundang sahaja, sebaiknya datang sekali kerana hati yang murni untuk sama-sama berkongsi maklumat yang diperolehi.
- Jangan marah atau bertegang jika pendapat kita tidak diterima, seharusnya kita banyak bersabar dan tekun mendengar pendapat orang lain juga.
- Tidak mengapa,jika suara kita tidak didengar oleh semua pihak,kerana kita semua tidak mahukan perhatian.
- Di dalam kebenaran yang kita cuba singkapkan,ada lagi orang yang sangat arif dan faham tentang hakikat perkara yang kita sampaikan.
- Ilmu adalah milik Allah, ianya bukan milik kita, perlu dikongsikan diajarkan diketengahkan,jangan disimpan menjadi sejarah koleksi diri.
- Jadikan apa yang kita dapat hari ini adalah ilmu,pengalaman dan pengajaran kehidupan kita sendiri.
- Sejarah perlu dikaji,diteliti,dirungkai, bukan disimpan,diterima bulat-bulat, kesemuanya harus difikirkan bersama-sama.
- Allah S.W.T akan mengajarkan kita ilmu yang seni-seni jika kita tawaduk dan bertaqwa.
PAMERAN ARTIFAK TOK JANGGUT
Selepas selesai program bicara tok janggut, ada beberapa barang peninggalan Tok janggut dipamerkan di ruangan pameran di luar dewan, ini antara barang peninggalan yang dipamerkan:
Periuk labu Tok Janggut |
Cerana sirih,kacip pinang dan bekas gambir Tok Janggut |
Parang Tok Janggut |
Pisau Jam, parang Chalok,&kertas tulisan tangan Tok Janggut mengandungi ayat "Sangga Bunuh" |
|
Tempayan Air Tawar Tok Janggut |
ULASAN WARIS TOK JANGGUT:
Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus:
"Dengan bermulanya Majlis Bicara: Siapakah Tok Janggut yang berlangsung di Kota Bharu semalam, serba sedikit membuka mata sesetengah pihak yang sejarah bukan perkara yang perlu ditelan begitu sahaja apatah lagi 80% dari sumber adalah sumber British. Wajarnya sejarah kita, kita yang perlu tulis, perlu lakar.
Sang Faqir berterima kasih kepada pihak Perpustakaan Awam Kota Bharu (PPAK) dan Kelab Pencinta Sejarah Kelate yang sudi memberi sokongan dan kerjasama.
Kepada Tn Mohammad Iddham (Pok Birr), Tn Mohd Hafiz, Tn Nuraidil Zakaria dan lain-lain sahabat yang tidak putus-putus memberi semangat dan harapan kepada sang faqir. Juga amat tidak terkira kepada yang sudi hadir semalam.
InsyaALLAH, nantikan kemunculan buku Tok Janggut Ulama berjiwa Pahlawan yang akan muncul pada penghujung Mei 2013.Sollu Alan Nabiyy.."
Gambar kulit buku "Tok Janggut Ulama berjiwa pahlawan" |
"Untuk makluman, buku ini sepatutnya siap dan diadakan majlis pelancarannya di program bicara: Siapakah Tok Janggut??, tetapi di atas sebab urusan yang tidak dapat dielakkan, perkara ini ditangguhkan, InsyaAllah akan Siap dan dilancarkan dan mula diedarkan pada bulan Jun ini setelah dijangkakan siap pada akhir Mei ini"
"Suatu perkara yang sang faqir discovered pada Majlis Bicara: Siapakah Tok Janggut adalah setiap fakta, cerita atau pandangan perlu diraikan, bukan terus dinafikan atau terus diisbatkan, malahan perlu diadakan kajian.
Paling utama, keluarkan diri dari terikat dengan pendapat sedia ada, kerana setiap fakta, cerita atau pandangan pasti ada lorongan ke arah kebenaran.
Adapun ruang masa yang begitu terhad semalam membuatkan sang faqir terpaksa memendekkan bebelan.
Malahan banyak perkara serta persoalan lagi yang ingin sang faqir bangkitkan kepada audiens terutama kepada yang mempersoalkan kredibiliti Tok Janggut sebagai seorang Ulama dek kerana tiada surat dari Syaikh Ahmad al Fathoni kepada Tok Janggut, padahal banyak sudut boleh diperhatikan untuk memperihalkan Tok Janggut sebagai seorang Ulama.
Walaupun Tok Janggut secara asasnya dilantik sebagai Panglima menggantikan tempat ayahandanya Panglima Munas di Istana Jeram, kenapa perlu dilihat disitu sahaja? Persoalan tidak menulis kitab, pastikah kita Tok Janggut tidak.menulis kitab? Ataupun adakah dengan menulis kitab, barulah seseorang yang Alim itu boleh digelar sebagai Ulama? Berapa banyakkah masa Tok.Janggut ada untuk menulis kitab dari 1910-1915 yang sewaktu itu sedang 'sibuk' dengan persoalan masalah ummat? Masing-masing kita fikirkan.
Maka sang faqir bertegas tetap meneruskan tajuk buku sang faqir, Tok Janggut: Ulama Berjiwa Pahlawan.
Jika hendak tukar tajuk Pahlawan berjiwa Ulama, itu lebih sesuai kepada Aki Mat Kilau, bukan Tok Janggut."
Program bicara ini sangatlah singat dan berilmu,ambillah pengajaran dan ikhtibar darinya, agar kita kenal diri kita,Kenal pencipta kita dan kenal sejarah dan Islam kita sendiri.
Ampun maaf, wassalam.....
Arwah nenek sedara saya yg lahir tahun 1907 di pasir mas,kelantan selalu bercerita ttg kisah kehebatan perjuangan tuk janggut.meskipun beliau pd masa tu 24 jun 1915 (peristiwa pemberontakan) berumur 8 thn.tapi perician cerita dari mulut ke mulut melalui ayah beliau yg juga lahir sekitar 1870an...
ReplyDeletekat mana bley saya dapatkan buku ini??? bley tuan email pada saya abuhassan1190@yahoo.com
ReplyDelete