Saturday 24 November 2012

JALAN KITA INI (2)


Jalan kita ini
Jalan mujahadah tarbiah diri
Menguatkan hubungan dengan Allah dan manusia
Tegakkan islam melalui Jemaah

Jalan kita ini
Sudah terang lagi bersuluh
Pernah ditempuh insan terpilih
Dilalui dengan ketaqwaan besertakan kemanisan iman


Jalan kita ini
Menuju kebenaran
Mendaulatkan islam
Jalan lain bersimpang siur haluannya

Jalan kita ini
Tidak ramai sangup terjun ke dalamnya
Istiqomah itu anugerah dari Tuhan
Jiwa mesti kuat tabah melalui ujianNya

Jalan inilah sahaja
Yang kita ada
Penuh ujian dan pengorbanan
Menuju Allah Maha Besar



No comments:

Post a Comment