السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selawat Badawi adalah sebuah selawat Anugerah Allah kepada Umat Islam khususnya untuk pejuang islam akhir zaman (Ikhwan & Asoib).
Ianya pertama kali diamalkan oleh Syeikh Sayid Ahmad Al Badawi R.H, Merupakan Pengasas kepada Thoriqah Al- Ahmadiah Al Badawiyah / Thoriqah Badawiyyah.
Selawat badawi terkenal dengan beberapa nama seperti Selawat Al-Anwar, Selawat Nuril Anwar, Selawat Nur Anwar & Selawat Ahmad Badawi.
Selawat Badawi adalah penghubung rindu dan cinta terhadap Rasulullah (Makrifat), Pengamal Thoriqah menjadikannya sebagai amalan harian seperti Berselawat setiap kali sebelum masuk waktu solat.
Selawat Badawi dapat membina peribadi yang agung dengan rindu dan cintakan Rasulullah, Melahirkan Solat yang agung, Membina semangat cintakan islam dan memperjuangkannya dengan gigih serta Membentuk Ahklak yang tinggi (Bersulam Taqwa & Rasa Kehambaan).
Selawat Badawi adalah Khazanah Agung dari Allah untuk menghubungkan diri dengan Nur Muhammad, Menjadi Amalan Salafus Soleh dan Umat Ghuraba (Asing) di akhir zaman.
RAHSIA SELAWAT BADAWI
SELAWAT BADAWI
"YA ALLAH Sampaikanlah Salam Rindu kepada Cahaya
sebagai Sumber Segala Cahaya, Rahsia Segala Rahsia, Ubat Seluruh Penyakit, Anak
Kunci Segala Kejayaan, Dialah Pemimpin yang kami Rindu, Nabi Muhammad yang
Terpilih, Keluarganya yang suci (Ahlul Bait), Serta Para Sahabat yang menjadi
Pilihan, Sebanyak bilangan Nikmat-Mu, dan Kemuliaan-Mu YA ALLAH"
Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka yang
berharga: Al-Qur’an dan ‘Itrahku, Ahlul baitku.” (Shahih At-Tirmidzi 2: 219).
KESIMPULAN
Selawat Badawi mengandungi pelbagai pembelajaran dan pengajaran, memiliki banyak hikmah bagi sesiapa yang mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh.
Selawat Badawi adalah Hadiah Allah untuk Islam di akhir zaman, Hadiah ini janganlah di sia-siakan, kerana padanya ada Cahaya segala sumber segala cahaya, Rahsia segala rahsia, Ubat seluruh penyakit dan Anak kunci segala kejayaan (kunci kemenangan).
Amalkanlah selawat badawi setiap kali sebelum masuk waktu solat, jadikanlah ianya sebagai selawat harian dibibir dihati, InsyaAllah akan ada respon dari Allah dan Rasul jika kita melaksanakannya dengan penuh keihklasan dan penuh rasa kehambaan.
Jangan mengharapkan fadhilatnya, tagihlah keampunan dan keredhaan Allah untuk kita semua, selawat badawi adalah Selawat Umat Nabi Muhammad yang sangat cinta dan Rindukan Rasulullah S.A.W juga Rindukan Islam kembali bangkit untuk kali kedua ini.
Selawat Badawi adalah Kunci Kemenangan Islam dengan terbinanya insan-insan yang berperibadi Agung dan hamba-hamba Allah yang bertaqwa / sangat bertaqwa. Islam akan menang apabila di dalam hati Umat Islam keseluruhannya sudah ada Iman dan Taqwa, inilah Rahsia keagunangan selawat Badawi, mari bersama-sama kita berselawat mengagungkan Tuhan dan memuji-muji Rasulullah serta Sahabatnya, InsyaAllah.
(Sila Klik Video Ini)
"Selawat Badawi"
No comments:
Post a Comment