Monday 30 September 2013

YA HANANA - BERUNTUNGLAH & BERUNTUNGLAH KAMI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ






Telah Terbitnya cahaya purnama
Menerangi malam gelita
Kelahiranmu Muhammad
Anugerah daripada ALLAH

Beruntunglah, Beruntunglah
Di utus Nabi Muhammad

Penghimpun segala rahsia
Tujuh Ayat Al-Fatihah
Tiada yang sama sepertimu
Dan dariNya wahyu untukmu

Terpisah bulan keranamu
Menggetarkan jiwa yang lesu
Umatmu menjadi kebangganmu
Terkenal serata dunia

Sungguh manis senyumanmu
Menawan hati yang rindu
Alangkah lembut belaianmu
Terasa hangat kasihmu

Selawat salam ke atasmu
Dan jua para ahlimu (Ahlul Bait)
Untuk kami syafaat kau beri
Luasnya tidak terperi


Tuesday 17 September 2013

RAHSIA DISEBALIK FILEM "TIGA ABDUL"


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH



Filem "Tiga Abdul" yang diterbitkan pada tahun 1964 memiliki hasil seni yang cukup unik dan kreatif, di mana Allahyarham Tan Sri P.Ramle sebagai Teraju Utama telah berjaya membawa Filem ini ke tengah hati Masyarakat sehingga ke hari ini.

Asal usul kisah Tiga Abdul yang dikatakan "Cerita Dongeng orang tua-tua" sebenarnya memiliki rahsia di dalam setiap watak dan jalan ceritanya.

Disebalik penceritaan dan mainan watak-watak putih dan Hitam, kesemuanya mengandungi peranan dan pengajaran yang harus dicungkil dan diteliti akan maksudnya.

Penceritaan kisah Tiga Abdul sebenarnya mengimbas kembali kekhalifahan Turki Uthmaniyah yang pernah menaungi umat islam sebelum dunia islam dijajah.

Allahyarham Tan Sri P.Ramle telah berjaya membuat Filem Tasawuf yang dikiaskan dengan dijenakakan agar masyarakat akan sentiasa mengigati setiap kata-kata dan jalan ceritanya.

RAHSIA TERSURAT TIGA ABDUL



Allah selamatkan kamu (Turki Besar - Turki Kecil)

Kisah "cerita dongeng orang tua-tua" ini sebenarnya memiliki rahsia di dalam rahsia.

Kisah Tiga Abdul adalah sebuah kiasan kepada Turki Besar dan Turki Kecil.


Pencerita kisah Tiga Abdul dari "cerita dongeng orang tua-tua" ialah Allahyarham S.Samsudin Al-Haj.


Ianya sengaja dikiaskan demi melindungi peranan Turki Kecil pada masa akan datang.

Walaupun Rahsia ini dibuka untuk Umat Islam, akan tetapi tetap menjadi Rahsia dalam Rahsia walaupun sudah Tersurat.

WATAK-WATAK UTAMA DI DALAM FILEM TIGA ABDUL

Ismet Ulam Raja


  • Merupakan Turki Tua yang mewarisi Tahkta dan Harta daripada Turki Besar.
  • Seorang yang tinggi Pendirian, Perahsia dan Perancang yang hebat.



Abdul Wahab dan Abdul Wahib
  • Mereka berdua memegang watak Turki Muda.
  • Abdul Wahab dikenali seorang yang tidak bertimbang rasa.
  • Abdul Wahib dikisahkan seorang yang Tamakkan harta.
Abdul wahub
  • Memainkan peranan sebagai Turki Kecil.
  • Seorang yang cerdik dan bijaksana seperti Turki Tua.
  • Tegas berprinsip dan teguh jati diri serta tinggi maruah diri.



Tuan Saddiq Sigaraga
  • Memegang watak mengkhianati Amanah Turki Besar dengan bekerjasama bersama seorang munafik.
  • Seorang yang licik dalam merampas harta.


Tuan Penasihat Kasim Patalur
  • Memainkan watak Tuan penasihat yang bijaksana untuk Tuan Saddiq Sigaraga.
  • Penasihat yang jelas akan kejahatan dan tipu daya demi mendapatkan imbuhan komisen.
  • Merupakan Agen-agen Yahudi yang berselindung di dalam negara Turki Besar.

IDENTITI TURKI BESAR & TURKI KECIL

PEMAKAIAN TURKI BESAR

Pemakaian pakaian oleh watak-watak di dalam filem Tiga Abdul adalah pemakaian "Turki Moden", Di era 1800 an sehingga 1920 an, pengaruh pemakaian Barat sudah mula meresap masuk dan menular dengan hebatnya di dalam daulah Turki Uthmaniyah.

Perbezaan yang ketara antara orang Barat dan orang Turki pada masa itu adalah orang-orang Turki meragakan pemakaian barat tersebut bersama "Tarbus Turki", inilah menjadi pemakaian rasmi dan identiti masyarakat Turki Uthmaniyah moden.

Tarbus Turki pada asalnya dikenakan bersama kain lilitan serban di kepala, selepas diragakan bersama pemakaian barat, lanya bertukar kepada pemakaian Tarbus Turki sahaja di kepala.


"Tarbus Turki - Serban / Mahkota Orang Turki"

PEMAKAIAN TURKI KECIL

Pemakaian Turki kecil adalah sangat unik dan indah penuh peradaban serta bertamadun tinggi, antara pemakaian yang menjadi identiti Turki Kecil Moden adalah Songkok, Songkok diragakan bersama pemakaian Baju Melayu,pakaian harian dan pakaian rasmi yang lain.


"Songkok - Serban / Mahkota Orang Melayu"

PENJELASAN TURKI BESAR & TURKI KECIL MELALUI SKRIP SEJARAH "TIGA ABDUL"


TURKI BESAR

Apakah yang dimaksudkan dengan Turki Besar?

Turki Besar ialah Pemegang Amanah Tahkta Kekhalifahan Daulah Empayar Turki Uthmaniyah yang memimpin dan menaungi dunia islam pada masa itu.


KISAH TURKI BESAR

Menjelang kejatuhan Turki Uthmaniyah, Turki Besar terpecah kepada dua golongan yang berpengaruh iaitu "Turki Tua" dan "Turki Muda".

Turki Tua adalah sebuah golongan yang berpegang teguh kepada Islam dan budaya Asal yang tidak tercemar oleh pemikiran barat.

Turki Tua adalah orang yang berpengalaman dan berstrategi serta perahsia. kebanyakan mereka adalah orang-orang dewasa turki dan sebilangan orang-orang muda turki yang tidak tercemar dengan budaya pengaruh baru Turki Muda.

Turki Muda pula merupakan sebuah generasi baru sekular yang penuh berkepentingan diri / cinta dunia, dibentuk oleh agen-agen yahudi dalam meracuni minda masyarakat terutama golongan muda.

Turki Muda merampas kuasa daripada Turki Tua pada tahun 1908, pada masa itu Turki Uthmaniyah semakin melemah kerana pengaruh Turki Muda telah mencorak suasana dan pengaruh baru masyarakat Daulah Turki Uthmaniyah (Ke arah huru-hara dan penghancuran Kekhalifahan Turki Uthmaniyah).

TURKI KECIL

Apakah maksud Turki Kecil?

Turki Kecil adalah Duta khas Turki Uthmaniyah di Nusantara yang merupakan Tanah Naungan Turki Uthmaniyah. Turki Kecil menghubungkan diri kepada Turki Besar dan mewarisi Tahkta Kekhalifahan selepas Turki Besar jatuh.


KISAH TURKI KECIL

Ketika diambang kejatuhan Turki Besar, Turki kecil berpendirian menyokong Turki Tua dan menyelar tindakan Turki Muda serta tidak sama sekali bersetuju dengan perampasan kuasa juga pengaruh Turki Muda.

Semenjak dari itu, Turki Kecil "dianak tirikan" oleh saudara mereka sendiri iaitu Turki Muda, lantas terputuslah perhubungan saudara bersama Turki Muda.

Turki Tua pula tidak dapat membantu menyelamatkan keadaan kemuncak ini kerana sudah hilang kuasa serta pengaruh dalam kepimpinan Tahkta Kekhalifahan Turki Besar.

Turki Kecil adalah sangat berpegang teguh dengan Kekhalifahan Islam, sehinggakan sanggup berjuang dan Bermujahadah untuk memastikan generasi baru Turki kecil tidak kehilangan kempimpinan Turki Kecil walaupun terpaksa bersendirian kerana Turki Besar sudah jatuh hasil pergelutan pergolakan Turki Tua dan Turki Muda.

CIRI-CIRI DAN PERANAN TURKI KECIL


Turki kecil sentiasa dipandu Allah dengan Ilham dan Rasa Hati dalam setiap gerak kerjanya agar tidak terputus dengan Kekhalifahan Islam di akhir zaman.

Turki Kecil memiliki ramai "Khadam / Pembantu / pengurus pembendaharaan" untuk menjaga "Rumah Khalifah" serta melindungi segala rahsia-rahsia besar akhir zaman daripada yahudi dan munafik.

Selepas kejatuhan Turki Besar, Seluruh dunia Islam seperti "Anak-anak kehilangan Ibu dan Bapa" dan hidup seperti Anak-anak yatim yang tidak terbela dan menderita oleh Penjajahan Yahudi di seluruh Dunia Islam. Islam dagang yatim piatu.


"Tolong kami, Bantu Kami, Anak-Anak Yatim Piatu" 



Kelak akan sampai masanya, Turki Kecil membantu Turki Besar yang jatuh kerana Muflis (Maruah Turki Uthmaniyah dirobek-robek musuh Islam), Turki Kecil akan menggunakan kecerdikan dan kebijaksanaannya dalam melepasi perangkap yahudi yang semestinya tidak senang akan kehadiran Turki Kecil di dunia selepas kejatuhan Turki besar.

Turki Kecil akan membantu Turki Besar dengan membawa balik Roh dan Tahkta Kekhalifahan Turki Uthmaniyah, Turki Kecil bakal memiliki ibu pejabat baru Kekhalifahan Islam iaitu "Madinah kedua" di Nusantara.

Sehingga ke hari ini, Turki Kecil tetap wujud dan berkuasa, kekhalifahan Islam terus berjalan melalui Raja-Raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu di nusantara.

Raja-Raja Melayu yang memakai gelaran "Al-Sultan" adalah wakil-wakil Besar Turki Kecil di Nusantara, melalui Kepimpinan mereka Islam diselaraskan diseragamkan di Nusantara yang kesemuanya berjalan di atas bantuan Allah s.w.t untuk memenangkan Islam di Ufuk Timur.


PENJELASAN RAHSIA DI SEBALIK BABAK CERITA "TIGA ABDUL"


DIKTATOR V.S DEMOKRASI

Pergelutan Turki Muda dalam merebut merampas kekuasaan dan pengaruh (Merebut harta).

Turki Muda merampas kuasa didahului dengan cara "Demokrasi" iaitu berlemah lembut sebelum secara "Diktator" melalui kekerasan terhadap tampuk pemerintahan Turki Besar.




Penerangan Video - Abdul Wahab dan Abdul Wahib sedang berbincang tentang proses pembahagian harta setelah ayahanda mereka meninggal nanti.

MARAH KENA JUAL - DIISYTIHARKAN MUFLIS

Golongan Turki Muda tidak terlepas daripada ditipu oleh yahudi, selepas berjaya membuat pemaksaan budaya kebangsaan yang menular dalam negara, akibatnya seluruh Dunia islam tidak lagi mempercayai kepimpinan Turki Muda yang rosak lagi merosakkan, Maka lemahlah Turki Uthmaniyah serta Jatuh dari dalam angkara Yahudi dan Turki Muda.



Turki Muda diisytiharkan Muflis - "Jatuh setandan" setelah kalah pada perang dunia pertama (Perang dunia pertama adalah rekaan yahudi untuk menamatkan penguasaan Turki Uthmaniyah terhadap dunia islam) dan merupakan perang olok-olok daripada Turki Muda yang bersandiwara merebut habuan dusta lantas dijual maruahnya oleh yahudi selepas tamat perang dunia pertama.



TURKI KECIL KAYA - ABDUL WAHUB KAYA RAYA

Selepas Turki Besar Jatuh, Turki kecil bersedih hati, Allah s.w.t memberikan Ilham khabar gembira dengan penuh strategi untuk membantu Turki Besar - Dunia Islam.

Dengan pertolongan besar ini, Turki Kecil merancang strategi membantu Turki Besar dengan kecerdikan dan kebijaksanaanya.



Penerangan Video - Abdul Wahub sedang menunjukkan aset kekayaan di luar negeri untuk berunding memperisterikan anak Sadiq Sigaraga dan membuat perjanjian saksama.

ABDUL WAHUB MENEBUS KEMBALI ABDUL WAHAB DAN ABDUL WAHIB



"Akan sampai masanya Turki Kecil Membantu Turki Besar"


Pesanan daripada Sayidi Syeikh Muhammad Bin Abdullah As-Suhami adalah bertepatan dengan peranan Turki Kecil menebus kembali maruah Islam dengan menyelamatkan Islam daripada belenggu Yahudi.

Turki Kecil membantu Turki Besar dengan kiasan menebus kembali dengan Mahar yang tinggi, itulah simbolik perjuangan dan mujahadah yang ditanggung Turki Kecil untuk membebaskan Islam.



Penerangan Video- Abdul Wahub sebagai "Jamal Pak Tongkol" berunding membeli menebus kembali Abdul Wahab dan Abdul Wahib dengan Mahar yang berlipat kali ganda.

Hakikat sebenar watak Saudagar Husein Lampoyan adalah kiasan sejarah "Syarif Husein" seorang Penguasa penjaga Tanah Hijjaz (Harmain-Mekkah dan Madinah) yang membelot termakan janji British agar mengadakan kebangkitan nasionalis Arab untuk menentang Turki Uthmaniyah dengan mengadakan perhubungan sulit dengan British (yahudi) untuk berkuasa di Tanah Hijjaz dengan menghantar anaknya Putera Faisal dan Abdullah untuk membantu British melemahkan Turki Uthmaniyah.

Beliau menuntut British agar memerdekakan Tanah Hijjaz akan tetapi kesudahannya beliau ditipu diberikan tanah di Jordan dan British menyerahkan Tanah Hijjaz kepada Keluarga Saud iaitu Wahabi berketurunan Arab - Yahudi yang telah menjadi negara Arab Saudi sekarang.

PERJANJIAN DAMAI HARTA PUSAKA 



Perjanjian damai antara Turki Kecil dengan Turki Muda, permulaanya terdapat bantahan kecil, diselesaikan secara keras oleh Turki Kecil dengan bijaksana selaku Tuan Besar / Tuan Rumah.

Seterusnya berlaku Perjanjian saksama Turki Kecil dengan Wakil Turki Tua yang kembali kepangkal jalan .

Turki Tua dan Turki Muda sempat merasa menjadi hamba (Ditindas musuh islam) dan sudah insaf akan pentingnya perpaduan serta keharmonian dalam hubungan persaudaraan.

Turki Kecil berjaya menundukkan Ego dan Sombong Turki Muda, ilmu hikmah mula dirasai dihargai.



Perjanjian ini adalah satu simbolik kesepakatan dan keselarasan Umat Islam, agar bersatu padu dan tidak berpecah belah lagi.

Tanah Turki Kecil bakal berlaku Persidangan Perjanjian damai ini dengan seluruh wakil Umat Islam agar bersatu di bawah satu payung Kekhalifahan akhir zaman.

            "Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur"


KESIMPULAN


Sangat banyak sekali Perkara tersurat dan tersirat yang perlu kita sama-sama fikirkan renungkan di dalam kisah "Tiga Abdul" ini.

Sebenarnya "filem jenaka" ini mentertawakan Umat Islam sendiri apabila Umat Islam tidak bersatu hati atas segala kesulitan yang melanda.

Pentingnya Sebuah perpaduan dan keharmonian, juga penting dalam berwaspada membezakan Kawan dan Lawan, Serta pengajarannya adalah para pembelot dan munafik selalunya akan menerima balasan setimpal di dunia lagi.

Pengajaran dari pergelutan Tahkta dan kuasa akhirnya menjadikan umat islam seperti "Yang Menang menjadi Arang, Yang Kalah Menjadi Abu" serta "Menang sorak kampung tergadai".

Selepas ini adalah giliran Turki Kecil Menjadi "Tuan Besar" kekhalifahan Islam, ianya adalah bertepatan dengan Janji Baginda s.a.w bahawa Islam akan bangkit di sebelah timur.

Turki Kecil akan membela Turki besar dan Dunia Islam keseluruhannya dengan kedatangan pemimpin umat Islam yang sangat ditunggu-tunggu untuk memandu dan mengepalai Islam keseluruhannya daripada Turki Kecil.

Turki kecil adalah Warisan Turki Besar yang berpegang teguh menjaga "Rumah Khalifah" iaitu "Amanah Kekhalifahan Islam" agar bersambung kepada "Khulafa Akhirul Zaman" ketika "Era Daulah Islam" di akhir zaman ini.



Saturday 14 September 2013

TURKI KECIL MEMBANTU TURKI BESAR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

MUKADIMAH
"Daulah Turki Uthmaniyah / Turki Besar"
Hubungan Nusantara dengan Islam di Timur Tengah sudah lama berlangsung semenjak daripada Zaman Rasulullah s.a.w Sehingga Empayar Daulah Turki Uthmaniyah.

Turki Uthmaniyah pernah menaungi Umat Islam dari tahun 1288 - 1923 Masehi selama 635 Tahun. Hubungan ini tidak dapat dipisahkan dan terjalin sebuah ikatan yang kukuh sebagai saudara Seislam di Dunia Islam.

Bumi Nusantara Digelar "Turki Kecil" oleh Turki Uthmaniyah yang merupakan "Turki Besar" yang memimpin Umat Islam di seluruh Dunia Islam.

PERANAN & TANGGUNGJAWAB TURKI KECIL

"Panji Rasmi Raja-Raja Melayu / Turki Kecil"

Turki Kecil adalah "Tanah Naungan Turki Uthmaniyah" di Timur jauh yang dikenali sebagai "Nusantara". oleh yang demikian Penjajah British juga turut menggelarkan Tanah Melayu semasa penjajahan mereka sebagai "Tanah Naungan Ratu Inggeris".

Segala Urusan Turki Uthmaniyah di Nusantara diurus tadbir oleh Turki Kecil iaitu Raja-Raja Melayu yang memakai gelaran "Sultan" di wilayah naungan mereka masing-masing di Nusantara, Raja-Raja Melayu diangkat sebagai Duta Turki Uthmaniyah.

Sehingga ke hari ini di Nusantara, Bekas Penjajah terpaksa Mengiktiraf kewujudan "Turki Kecil" iaitu Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Brunei. Kesultanan ini masih berjalan dan berkuasa, akan tetapi Kuasa "Turki Kecil" dikurangkan sekadar lingkungan Adat Istiadat Melayu dan Islam oleh Penjajah.

Sekiranya "Turki Kecil" tidak menerima Pra sayarat tersebut, kemungkinan besar Raja-Raja Melayu dihapuskan dan hilang di Bumi Sendiri, Itulah Hasil mujahadah perjuangan "Turki Kecil" yang terpaksa menerima Pra Syarat demikian demi mengekalkan "Turki Kecil" agar terus Berkuasa juga demi Perpaduan keharmonian Umat Islam di Nusantara.

Sehingga ke hari ini, Selepas "Turki Besar" Jatuh pada Tahun 1923, "Turki Kecil" menggalas peranan penyambung kerja-kerja Islam "Turki Besar" secara bersendirian kerana seluruh Dunia Islam telah mula dijajah satu persatu.

KESIMPULAN



Turki Kecil Membantu Turki Besar telah disebut-sebut oleh seorang Ulama Nusantara Terkenal iaitu Sayidi Syeikh Muhammad Bin Abdullah As-Suhami Beliau Berkata:

"Akan Sampai Masanya, Turki Kecil akan Membantu Turki Besar"

Kelak Akan sampai masanya Turki Kecil membantu Turki Besar dengan membawa balik Roh dan Tahkta Kekhalifahan Islam ke Nusantara, kerana Nusantara bakal menjadi Tapak Daulah dan Empayar Islam akhir zaman.

Turki Kecil adalah Warisan Turki Besar yang turut sama menggunakan gelaran "Al-Sultan". ini melambangkan Kekhalifahan Islam tetap wujud dan tidak boleh dipadamkan oleh musuh-musuh Islam walaupun mereka telah berjaya meruntuhkan Empayar Turki Uthmaniyah, tetapi Turki Kecil tetap bertahan dan bakal menjadi Turki Besar suatu masa nanti, InsyaAllah, Janji Allah Pasti Berlaku, Daulat Tuanku, AllahuAkhbar!

"Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur"


"Turki Kecil di Tanah Melayu"


BERITA BERNAMA

RAJA-RAJA SEPAKAT FAKTOR PEMBENTUKAN NEGARA 

Sabtu - 14 September 2013


KUALA LUMPUR - Jika tidak dengan kesepakatan dan kerjasama dalam kalangan raja-raja Melayu sejak abad ke-19, nikmat kemerdekaan dan pembentukan sebuah negara Malaysia tidak mungkin wujud sekarang ini.     

Mungkin yang ada sekarang ini hanyalah beberapa buah negara kecil dengan raja masing-masing.

Tetapi dengan berpaksikan kesepakatan dan kerjasama dalam kalangan raja-raja Melayu telah dapat memperkukuhkan kedaulatan institusi raja dan seterusnya kedaulatan negara pada mata dunia.

Ini dapat dilihat sejak akhir abad ke-19 lagi apabila raja-raja Melayu bermula dengan empat negeri iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, telah mula  bermuafakat ke arah penyatuan melalui antaranya mesyuarat raja-raja Melayu dan perjanjian Bangkok (1909).

Semangat ini disokong dan diteruskan pula oleh para pemimpin negara berketurunan warisan diraja seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang berusaha mendapatkan pengistyiharan kemerdekaan daripada British dan penubuhan Malaysia dengan penggabungan Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 Sept, 1963.

Rentetan peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa institusi raja memainkan peranan penting dalam menggerakkan usaha penubuhan negara Malaysia.

Bagaimanapun, di sebalik jalan cerita utama ini, banyak lagi kisah yang jarang didengar rakyat Malaysia tentang jasa dan pengorbanan raja dan sultan untuk membangunkan negara.

BERPANDANGAN JAUH

"Raja-raja Melayu sejak waktu itu sudah nampak hala tuju yang jelas, mereka sedar bahawa hanya dengan bekerjasama, tanah air dan rakyat akan terbela.

Mulalah mereka berbincang, memikirkan tindakan selanjutnya," jelas pengamat sejarah kesultanan Melayu, Muhamad Adha Abdul Jalil kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau, yang turut dikenali dengan nama ‘Ku Alam’ dalam kalangan pemerhati sejarah, menambah bahawa atas keperihatinan inilah raja-raja Melayu dari empat negeri itu sanggup mengenepikan kepentingan diri dan darjat untuk bekerjasama sebagai satu gagasan.

Hasilnya pada 1 Julai 1896, tertubuhlah Majlis Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) yang bertindak sebagai landasan buat raja-raja Melayu bersatu suara mewakili seluruh rakyat jelata untuk berunding termasuk dengan pihak British.

Penubuhan majlis ini adalah satu titik penting merintis ke arah kemerdekaan negara dan berlangsungnya mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu yang pertama ini juga membuka lembaran baru kepada sejarah negara.

DURBAR  

Mesyuarat ini, yang lebih dikenali sebagai ‘Durbar’ adalah perbincangan khusus antara raja-raja Melayu dengan wakil-wakil British. Di sinilah bermulanya permuafakatan antara semua raja-raja Melayu dalam mempertahankan hak rakyat dan kedaulatan tanah air.

Durbar, yang pertama berlangsung selama empat hari dari 13-17 Julai, 1897, di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, dihadiri oleh Paduka Sri Sultan Abdul Samad dari Selangor, Yam Tuan Muhammad dari Negeri Sembilan, Kebawah Duli Sultan Ahmad dari Pahang dan Paduka Seri Sultan Idris Murshidul'adzam Shah dari Perak.

Wakil pihak Inggeris yang hadir ialah Frank Swettenham (Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu), Hugh Clifford (Residen British di Pahang), J.P. Rodger (Residen British di Selangor) dan W.H. Treacher (Residen British di Perak).

"Waktu itu perjalanan jauh dan sukar. Tiada jalan raya seperti sekarang tetapi mereka (raja-raja) gagahkan diri, naik kenderaan seperti gajah mengharungi sungai, hutan dan  sebagainya semata-mata untuk bersidang.

"Sultan Abdul Samad waktu itu sudah terlalu uzur, usia baginda sekitar 90 tahun, namun tetap gagahkan diri untuk hadir. Kenapa? Sebab baginda mahu lihat kemajuan dan  kemakmuran negeri dan rakyat direalisasikan melalui persidangan raja-raja Melayu," jelas Adha dengan penuh semangat.

MEMPERTAHAN AGAMA DAN BANGSA   

Peluang digunakan sepenuhnya untuk bersemuka dan berbincang secara terbuka dengan para pegawai Inggeris berkenaan isu-isu berkaitan agama Islam dan kedaulatan raja-raja Melayu.

Contohnya, sewaktu durbar yang diadakan di Klang pada 1937, Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang telah membawa usul tentang tatacara menjalankan hukum syarak yang memberikan kuasa kepada Mahkamah Kadi mengatasi mahkamah kerajaan menjatuhkan hukum.

Manakala semasa durbar di Pekan, Pahang pada April 1932, Sultan Iskandar Shah dari Perak dilaporkan bertitah dengan tegas mendesak supaya keempat-empat negeri ahli NMB diperakui sebagai gagasan yang sah.

Baginda turut mendesak agar kuasa pemerintahan dikembalikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Negeri dalam semua aspek pemerintahan negeri.

Tersentak dengan desakan ini, pihak Inggeris akhirnya akur dengan kepentingan memastikan kedudukan, kuasa dan martabat raja-raja Melayu sentiasa dijadikan asas dalam penstrukturan pemerintahan di Tanah Melayu.

IMPAK POSITIF  

Hasil daripada beberapa siri durbar yang diadakan sejak itu, NMB mendapat pelbagai manfaat berikutan pelbagai keputusan strategik yang dicapai seperti penterjemahan  ‘Warta Melayu’ kepada tulisan Jawi agar mudah difahami pegawai-pegawai pemerintah tempatan yang rata-ratanya berbangsa Melayu.

Turut diketengahkan, pengagihan geran kewangan kepada para pegawai daerah untuk kegunaan pembangunan infrastuktur daerah, terutama membantu pekebun kecil berbangsa Melayu, serta peraturan menghalang penjualan tanah milik orang Melayu tanpa kebenaran Majlis Negeri.

Antara keputusan penting yang turut dicapai ialah penubuhan Rejimen Askar Melayu pada 1933 dan pembelian tanah estet di Port Dickson untuk dijadikan Pusat Latihan Rekrut Askar Melayu.

Di bidang pendidikan, raja-raja Melayu berjaya mencapai keputusan bersama pihak Inggeris untuk mengkhususkan Kolej Melayu Kuala Kangsar untuk anak-anak raja dan menghantar lebih ramai anak Melayu untuk mendapat pendidikan di luar negara kerana merekalah yang diharapkan untuk memimpin negara pada masa hadapan.

Melalui durbar jugalah raja-raja Melayu berjaya mendesak wakil Inggeris untuk melantik lebih banyak pegawai kerajaan berbangsa Melayu dan membina lebih banyak prasarana jalan raya untuk kegunaan rakyat.

PENYERTAAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU  

Perjanjian Inggeris-Siam yang ditandatangani di Bangkok pada 1909 telah membuka lembaran sejarah Tanah Melayu.

"Pengambil alihan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis oleh Inggeris meluaskan pengaruh Inggeris di semua negeri di Tanah Melayu, selepas mengambil kira peranannya di Johor dan Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura," jelas Adha yang mempamerkan hasil pemerhatiannya di blog beliau, http://wangsamahkota.wordpress.com.

Walaupun perjanjian ini dibantah oleh sultan-sultan dari negeri terlibat atas pelbagai sebab, cengkaman Inggeris akhirnya dapat diluaskan dan bermulalah fasa baru pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu.

Gelaran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) digunakan untuk merujuk kepada keempat-empat negeri ini dan bukannya bermaksud bahawa mereka bergerak sebagai sebuah organisasi.

Penglibatan NMTB berganding bahu secara aktif dengan NMB bermula selepas perang dunia kedua, bila kesemua negeri di Tanah Melayu disatukan di bawah satu pemerintahan melalui Malayan Union.

Selepas agenda Malayan Union ditolak dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948, NMTB telah menyertai Majlis Raja-raja Melayu dan nama pertubuhan ini telah dipendekkan menjadi Majlis Raja-raja.

Hasil daripada usaha ini, semua negeri yang menggunakan sistem raja di Tanah Melayu dapat disatukan.

Selepas kemerdekaan dicapai pada 1957, negeri-negeri yang asalnya diperintah Inggeris melalui gabungan Negeri-negeri Selat telah menyertai Majlis Raja-raja. 

USAHA DITERUSKAN  

"Daripada pandangan mata kasar, penglibatan institusi raja dalam mencapai kemerdekaan dan pembentukan Malaysia seolah-olah tidak nampak, tapi jangan lupa bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah berketurunan warisan bangsa DiRaja," jelas Adha.

Datuk Onn Jaafar yang mempunyai pertalian dengan kesultanan Johor adalah pengasas parti Umno yang memainkan peranan penting mendapatkan kemerdekaan negara sewaktu dipimpin Tunku Abdul Rahman yang merupakan putra ketujuh Sultan Abdul Halim Shah, Sultan Kedah.

Tunku Abdul Rahman juga berjaya membawa masuk Sabah, Sarawak dan Singapura dan menubuhkan Malaysia pada 1963.

"Kesimpulannya, janganlah kita lupa bahawa kemerdekaan yang kita kecapi hari ini asalnya bermula daripada kebijaksanaan raja-raja Melayu yang cintakan rakyatnya selari dengan falsafah 'negeri sentosa rakyat sejahtera, negeri bersultan rakyat beraja, merentas waktu peralihan masa, kekal sentiasa terpisah tiada'," tegas Adha.

Jelas beliau lagi, masih banyak lagi kisah positif tentang keturunan warisaniRaja seperti Paduka Seri Sultan Alang Iskandar, Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah, Raja Sir Chulan dan Raja Aman Shah yang jarang diketengahkan, tetapi mereka sebenarnya telah banyak berjasa, sehingga ada yang sanggup berkorban nyawa demi rakyat dan tanah air.  - Bernama