السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
MUKADIMAH
Tanah Suci Mekah Al-Mukaromah adalah bumi yang diberkati dirahmati keseluruhannya.
Tanah Suci Mekah merupakan pusat garisan masa dunia iaitu "Kiblat pusat bumi", musuh-musuh Islam telah menukar hakikat ini kepada garisan Greenwich mereka.
Semua umat Islam beriman mengetahui bahawasanya Kaabah adalah pusat bumi dan pusat garisan masa sedunia.
Untuk mengembalikan simbolik Mekah sebagai pusat bumi (Garisan masa dunia), Kerajaan Arab Saudi sudah merancang dan menyiapkan sebuah bagunan Jam pencakar langit yang digelar penduduk sekelilingnya (Tetamu Allah) sebagai "Al-Sa'ah" yang diberi nama "Abraj Al-Bait".
Sebenarnya pembinaan pelbagai bagunan pencakar langit ini adalah bertepatan dengan janji Rasulullah bahawa ianya suatu petanda semakin dekatnya kiamat.
Perkara inilah yang sedang rancak dibagunkan bagaikan "Cendawan tumbuh selepas hujan".
Sebenarnya pembinaan pelbagai bagunan pencakar langit ini adalah bertepatan dengan janji Rasulullah bahawa ianya suatu petanda semakin dekatnya kiamat.
Perkara inilah yang sedang rancak dibagunkan bagaikan "Cendawan tumbuh selepas hujan".
"Kaabah ditenggelamkan Al-Sa'ah" |
"Lukisan Tanah Haram Mekah di zaman Turki Uthmaniyah 1895 Masehi" |
BAYANGAN AL-SA'AH
Al-Sa'ah adalah salah satu pengertian hari kiamat, juga bermaksud Jam, inilah sebuah mercu tanda kiamat yang sedang dibangga-banggakan Kerajaan Arab Saudi dan umat islam yang tidak faham akan hakikat sebenar Menara jam "Al-Sa'ah".
Al-Sa'ah merupakan sebuah bayangan bagunan pencakar langit yang melingkari menutupi Kaabah, kebesaran dan keagungan Kaabah seperti sudah ditutupi oleh bayang-bayang bagunan pencakar langit yang "Menenggelamkan" Kaabah.
"Bayangan Al-Sa'ah menutupi Kaabah" |
Berjayanya musuh islam mengalihkan pandangan dan hati umat Islam dari melihat Kebesaran Keagungan Kaabah kepada Kemegahan keindahan menara jam ini.
Tidak cukup dengan itu, kini sebuah jambatan bulatan atau tiang mataf sudah dibina dipasang menutupi mengelilingi Kaabah, kelihatan Kaabah dilingkungi lingkaran bulatan dari atas dan seperti sudah tidak kelihatan Kaabah dari pandangan bawah kerana terhalang daripada pandangan jambatan bulatan ini.
"Jambatan Bulatan / tiang mataf melingkari Kaabah" |
Dengan pelbagai pembesaran dan pembagunan setiap tahun yang dilaksanakan di sekeliling Kaabah kini, perkara ini akan berlanjutan dan tiada kesudahannya.
"Menara Jam Abraj Al-Bait atau Al-Sa'ah" |
Seperti peristiwa yang berlaku pada tahun ini, Kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan Kuota Haji setiap negara Islam kerana "Pembagunan" ini, ujar mereka untuk keselesaan dan keselamatan para jemaah haji, Umat Islam kini seperti dihalang memasuki Tanah Haram untuk Fardhu Haji.
Begitulah rencananya, mereka tidak akan berjaya menghalau menghalang kedatangan para tetamu Allah setiap tahun agar memeriahkan Tanah Haram, akan tetapi mereka sekadar berjaya mengurangkan kuotanya sahaja, itupun dengan Izin dan perancangan Allah s.w.t yang Maha Bijaksana.
Ibadah Haji dan Umrah yang dilaksanakan kini sukar mendapatkan ketenangan yang hakiki kerana para tetamu Allah telah dihidangkan dengan fenomena bunyi bising dan kesibukan "pembagunan" di sekeliling Kaabah.
Perkara ini telah menyebabkan para tetamu Allah terganggu dengan proses "Pembagunan" dan berlaku pelbagai kejutan budaya terhadap suasana baru yang tercemar ini.
HADIS AKHIR ZAMAN MENGENAI KAABAH
Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata;
Suatu ketika
Rasulullah s.a.w nampak di tengah-tengah orang ramai.
Lalu baginda didatangi
oleh seseorang yang menanyakan kepadanya:
“Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah
terjadinya kiamat?”
Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda:
“Tidaklah orang yang
ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya.
Akan
tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya.
Iaitu, jika
seorang (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara
tanda-tandanya.
Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak
berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya.
Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan
bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima,
yang
mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.”
Kemudian baginda
membacakan ayat berikut ini:
“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah
pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta
mengetahui apa yang ada di dalam rahim”
(Riwayat Ibn Majah).
Daripada Umar Al-Khattab r.a berkata,
Bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda:
”Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah;
kemudian yang meninggalkan itu tidak akan kembali lagi kecuali hanya sebahagian
kecil sahaja.
Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh bangunan.
Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali selamanya“
(Riwayat
Ahmad)
Dari Anas bin Malik R.A,
Nabi shallallahu
alaihiwasallam, beliau bersabda :
“Tidak ada satu negeripun melainkan akan di
singgahi oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah,
tidak ada satupun pintu
masuknya melainkan ada Malaikat yang berbaris menjaganya, lalu terjadilah gempa
di Madinah tiga kali menggoncangkan penduduknya, kemudian Allah mengeluarkan
setiap orang yang kafir dan munafik (darinya)”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Abdullah bin Umar R.A, ia berkata :
Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam bersabda :
“Nikmatilah rumah Allah ini (Ka’bah), sungguh Ka’bah ini pernah dihancurkan dua
kali,
dan pada kali ketiganya di angkat“.
(Riwayat Al-Bazzar, Ibnu Huzaimah, Ibnu Hibban & dishahihkan Al-Albani)
Dari Ibnu Umar R.A
Nabi shallallahu alaihiwasallam ,baginda bersabda:
“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing, dan akan
kembali dalam keadaan asing sebagaimana datang awal kali, dan Islam akan
berkumpul diantara dua masjid (masjidil haram dan Masjid Nabawi) sebagaimana ular
berkumpul di lubangnya.”
(Riwayat Muslim)
Dari Ayyas bin Abi Rabi’ah,
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Senantiasa umat ini akan baik selama mereka mengagungkan
sebenar-benar pengagungan terhadap keharaman (negeri Makkah ini),
jika mereka
meninggalkan (pengagungan) dan menyia-nyiakannya pasti mereka binasa”.
(Riwayat Ahmad & Ibnu Majah, hadits ini dihasankan oleh
al-Hafidh Ibnu Hajar)
Dari Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya,
kepada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya,
kepada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya,
dia berkata: pada suatu hari, aku menuntun tali kekang unta
Abdullah ibn Amr,
lalu beliau berkata: "Bagaimana pendapat kalian, jika
kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan ada batu yang masih menumpuk?
Mereka menjawab: oleh kita yang beragama Islam?
Beliau menjawab: benar, kalian
yang beragama Islam.
Seseorang bertanya: lalu apa lagi?
Beliau menjawab:
kemudian ia akan dibangun dengan yang lebih bagus darinya.
Apabila kalian telah
melihat galian-galian besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang
tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahwa kiamat telah
mendekatimu"
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan al-Arzaqi)
Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah s.a.w bersabda:
As-sa’ah Hari Kiamat tidak akan tiba
sehingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi
sehingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi
(Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Hurairah R.A,
Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Diceritakan saat itu kaabah sudah tidak mempunyai apa-apa makna.
Tiada yang menjaga dan menjadikannya sebagai rumah ibadat utama umat Islam dari seluruh dunia.
Sehingga datang seorang lelaki berkulit hitam yang botak kepalanya dari Habsyah (Ethopia) bernama
"Dzu Suwaiqatain" yang terus menghancurkan Kaabah.
Dia merosakkan segala yang ada pada Kaabah. Mengoyak menjatuhkan kelambu (kiswah) serta mengambil batu-batu dinding dengan pencedok dan cangkul.
(Riwayat Bukhari & Muslim)
RUMUSAN
"Bayangan Kaabah menjelang 2020" |
Melalui beberapa hadis-hadis akhir zaman ini, maka benarlah, Al-Sa'ah sudah membentangkan bayang-bayangnya disekeliling Kaabah, sedarkah kita wahai umat islam bahawa Baginda sudah menyebutnya 1400 tahun yang lampau dan kita kini sedang menyaksikan hakikat kebenaran yang sedang berlaku di sekeliling Kaabah kini.
Bayangan ini sedikit demi sedikit akan menutupi Kaabah dan terus berlumba-lumba menutupi sekelilingnya sehingga keseluruhannya.
Inilah zaman yang disebut baginda s.a.w sebagai "Zaman penuh dugaan yang besar", Inilah realiti yang sedang giat berlaku di Tanah Haram Mekah.
Dunia sedang menuju kiamat besar, Apabila Kota Mekkah kembali dibuka oleh Imam Mahadi, Para wahabi ini (Arab Badawi) akan melarikan diri meninggalkan Mekah dan mereka bergabung menjadi sebahagian daripada tentera Dajjal Laknatullah (Huraian Hadis).
Lihatlah kembali sejarah Kaabah, suatu masa dahulu di Tahun Gajah, Raja Abrahah merupakan seorang panglima Rom Habsyah yang menjadi Raja di Yaman bersama tentera bergajahnya menyerang Kaabah, hasilnya Allah melindungi menjaga rumahnya dengan menghantar Burung Ababil memusnahkan tentera bergajah Abrahah.
"Burung Ababil menghancurkan tentera bergajah" |
Tetapi di akhir zaman ini, Kaabah bakal dihancurkan oleh seorang lelaki berketurunan Rom Habsyah, pada ketika itu semua orang beriman telah tiada, yang tinggal adalah mereka-mereka yang tidak beriman. tiada siapapun yang akan menghalang lelaki tersebut kerana semua orang beriman sudah tiada di dunia.
Selepas peristiwa kehancuran Kaabah, maka tanda-tanda kiamat besar pantas berlaku dan segala kehidupan dimatikan dengan tiupan sangkakala Malaikat Israfil a.s.
Sesungguhnya kita semua sedang melalui fasa-fasa tanda kiamat kecil dan sedang menuju tanda-tanda kiamat besar, Bertaubatlah kita semua kepada Allah yang Maha Pengampun dan Penyayang sebelum matahari terbit dari barat.
"Surah Al-Fil" |
"Video Penjelasan Hakikat Al-Sa'ah"
No comments:
Post a Comment