MUKADIMAH
Bangsa Alter adalah sebuah bangsa simpanan yang dipersiapkan untuk Islam akhir zaman.
Alteri atau Alter adalah sebuah kekuatan dalaman (batin) yang bersulam dengan Iman dan Taqwa.
Bangkitnya Alter ini adalah dengan izin Allah swt yang mengerakkan memimpin hamba-hamba yang dikehendakiNya.
Seperti pada artikel yang sebelumnya, sudah diterangkan mengenai dua bangsa alter yang datang dari dua kelompok berbeza dan mereka adalah pemegang panji-panji Al Mahdi.
Untuk siri ini, dikemukakan bukti mengenai kedatangan bangsa alter dari timur dan barat seperti yang termaktub di dalam hadis Paduka baginda junjungan mulia Rasulullah saw.
BANI JAWI PEMEGANG PANJI DARI TIMUR
Perihal Bangsa bani jawi sebagai pemegang panji Al-Mahdi dari timur sudah dijelaskan sebelum ini dan ternyata bangsa ini begitu terkenal kerana disebut di dalam banyak hadis, akan tetapi ianya masih terahsia.
Di sini dinyatakan beberapa Hadis mahsyur mengenai Bani Jawi sebagai pemegang Panji Al-Mahdi dari timur:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan datang
Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan
besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan
berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(HR. Al-Hafiz
Abu Naim)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan ada
orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala
urusan pemerintahan untuk Al-Mahdi.
(HR. Ibnu
Majah)
BANGSA MISTERI PEMEGANG PANJI DARI BARAT
Untuk Bangsa misteri ini, perkara ini masih baru dirungkai dan mereka masih merahsiakan kemunculan mereka sejak sekian lama.
Sebenarnya terdapat beberapa Hadis petunjuk yang merupakan sebuah bukti yang jelas kepada bangsa misteri ini berperanan sebagai pemegang Panji-Panji Al-Mahdi dari barat.
Antara hadis tersebut ialah:
Di dalam kitab Tadzkirah tulisan Imam Al Qurthubi Rh meriwayatkan:
Telah diriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Masud dan para
sahabat lainnya bahawa Al Mahdi akan muncul di akhir zaman dari 'hujung barat'
. Tentera bantuan berarak dengan jarak 40 batu di hadapan. Panji-panjinya bewarna
putih dan kuning.
Terdapat nombor-nombor dan tertera nama Allah padanya.
Terdapat nombor-nombor dan tertera nama Allah padanya.
Dalam Mukhtasar Ad-Tadzkirah tulisan Imam Al Qurthubi As Sya'rani juga ada lagi meriwayatkan:
Di akhir zaman seseorang yang dikenali sebagai Al Mahdi
akan muncul dari negeri 'hujung barat.
Bantuan berada 40 batu di hadapannya.
Panji-panjinya bewarna putih dan kuning dan tertera nama Allah yang agung.
Tiada siapa pun dibawah panji ini yang akan dikalahkan
PENUTUP KATA
Sayidina Al-Mahdi Al-Muntazar as mempunyai dua divisyen tentera
dilambangkan oleh panji-panjinya yakni panji hitam dari timur dan panji
putih-kuning dari barat. Pasukan panji hitam dari timur sudah diketahui ramai sebagai
pasukan tentera utama beliau.
Disamping itu Sayidina Al-Mahdi Al-Muntazar as mempunyai
pasukan tentera bantuan yakni pasukan panji dari barat. Ramainya pasukan ini
dikatakan membentuk benteng sejauh 40 batu. Pasukan dari barat ini akan bersatu
dengan pasukan panji hitam dari timur yang mahsyur itu. Panji-panjinya
dikatakan terdapat nombor dan nama Allah swt.
Bersiap sedialah wahai sekalian bani jawi, masa kebangkitan bangsa alter di timur semakin hampir, Sayidina Al-Mahdi Al-Muntazar as yang ditunggu sudah wujud disebalik tabir, hanya "menunggu masa untuk keluar dari sarangnya".
Sayidina Al-Mahdi Al-Muntazar
"MUHAMMAD
II"
betul ke
ReplyDelete