Tuesday, 16 September 2014

ROM AMERIKA V.S ROM RUSSIA

             السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH


Di akhir zaman ini sedang berlaku pertembungan dua blok kuasa besar dunia yang merupakan ROM BARU di dunia. Mereka masing-masing sedang berebut berkejar mencari pengaruh dan pengikut untuk kepentingan kekuasaan mutlak di atas muka bumi.

ROM BARU ini saling serang menyerang, saing menyaingi antara satu sama lain, dan di dalam sejarah sudah berlaku antara mereka peperangan dahsyat dan peperangan saraf serta teknologi.

Mereka adalah ROM BARU yang berkuasa penuh dengan menggantikan mengambil alih kekuasaan ROM LAMA yang telah jatuh semenjak era penjajahan satu dunia oleh kalangan mereka sendiri.


ROM LAMA

Rom lama adalah Sebuah Ketamadunan dan Kerajaan Empayar Rom yang berkuasa menaungi seluruh eropah sehingga ke Asia dan Afrika utara.

Laut Mediterranean suatu ketika dahulu pernah dikenali sebagai Laut Rom oleh kerana seluruh sekitar laut tersebut pernah dikuasai oleh Rom timur Byzantin dan Rom barat Vacitian.

Rom Byzantin berpusat di Kostantinople dan Rom Vacitian berpangkalan di Rome.

Rom Byzantin bermazhab Ortadoks dan Rom Vacitian bermazhab Katolik.

PETA WILAYAH ROM VACITIAN & ROM BYZANTIN

- WILAYAH KEKUASAAN ROM VACITIAN -

  • Itali
  • Vacitian 
  • Perancis
  • Sepanyol
  • Montenegro
  • San Marino
  • Greek

- WILAYAH KEKUASAAN ROM BYZANTIN -

  • Turki
  • Jordan
  • Mesir
  • Syiria
  • Lubnan
  • Iraq
  • Semenanjung Arab
  • Habsyah
  • Palestin
  • Libya
  • Tunisia
  • Bosnia Hezegorvina
  • Bulgaria
  • Georgia
  • Gibraltar
  • Corotia
  • Malta
  • Romania
  • Serbia
  • Ukraine

ROM BARU


ROM BARU adalah sebuah ketamadunan barat moden yang berkuasa pada hari ini menggantikan ROM LAMA. mereka sinonim dikenali sebagai "New World Order".

Rom ini adalah ROM AMERIKA dan ROM RUSSIA.

Rom ini sedang giat mencari pengaruh dan merebut blok sokongan dengan cara tersendiri untuk mencapai cita-cita menjadi sebuah kuasa besar dunia yang mentadbir satu dunia di bawah telunjuk mereka.

Rom Amerika berpusat di Washington DC dan Rom Russia berpangkalan di Moscow.

Washington DC adalah "New Rome" dan Moscow bermaksud "New Costantinople".

Rom Vacitan City adalah pusat keagamaan Nasrani Katolik yang masih kekal sehingga ke hari ini dibawah Rom pusat.

Rom Amerika bermazhab Katolik manakala Rom Russia bermazhab Ortadoks.




- WILAYAH KEKUASAAN ROM AMERIKA -

  • Amerika Syarikat
  • Israel 
  • Sebahagian Eropah
  • Blok-blok Amerika (Penyokong Amerika)

- WILAYAH KEKUASAAN ROM RUSSIA -

  • Kesatuan Rusia
  • China
  • Sebahagian Eropah
  • Blok-blok Russia (Penyokong Russia)



PENGLIBATAN NEGARA-NEGARA ISLAM BERSAMA ROM

Negara-negara Islam tidak terlepas menjadi salah sebahagian daripada salah satu pakatan sementara kedua-dua Rom ini kerana negara-negara majoriti umat Islam juga diheret sama untuk terlibat dalam penyertaan blok-blok Rom Amerika dan Rom Russia.

Negara-negara Islam tiada banyak pilihan sama ada dengan berkecuali atau memilih kedua-duanya, mesti memilih hanya salah satu dan terlibat dengan agenda menentang musuh-musuh kedua-dua Rom ini.

Mereka juga boleh membuat asbab untuk menyertai mereka sama ada dengan lemah lembut, kekerasan atau tipu muslihat. ternyata perkara ini sudah berlaku dan akan berlaku lagi sehingga kesemua memilih blok rom masing-masing.

Perkara ini sangat bertepatan dengan Jadual Allah melalui Sabda Banginda Paduka Termulia Rasulullah S.A.W iaitu:

"Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". 

(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)


AKHIR KALAM

Di dalam hadis demikian telah digambarkan kepada kita akan terdapat satu persepakatan antara kaum Muslimin dan bangsa Rom. 

Sekarang ini beberapa bentuk sepakatan itu dikenali antaranya ialah "NATO". Kaum Muslimin diajak bersama-sama dengan pakatan mereka untuk menentang musuh-musuh yang menjadi ancaman kepada mereka dan juga kaum muslimin.

Ternyata pakatan Eropah Amerika ini sudah mempunyai rancangan muslihat tersendiri iaitu mereka hanya ingin memperalatkan kaum muslimin bagi mencapai tujuan cita-cita mereka untuk menguasai dunia.

Salah satu ROM BARU ini akan menang dengan bantuan Umat Islam untuk memerangi musuh-musuh mereka, apabila kemenangan dicapai oleh tentera Islam, mereka mendakwa sebenarnya yang menang adalah pakatan salib (Rom), kesudahannya mereka sendiri akan dihancurkan kelak dan kemuncaknya apabila ROM dan VACITION ditawan ditakluki oleh Tentera-tentera Imam Mahdi dan menjadi antara bandar utama Nabi Isa as.

Kini sudah wujud kesepakatan kerjasama antara Rom dan Umat Islam seperti di Malaysia ATM bekerjasama dengan US ARMY. ini adalah langkah permulaan akan jadual akhir zaman yang Allah swt telah tetapkan didalam jadualNya.

Semoga Allah swt menyelamatkan kita semua daripada fitnah ini dan menyelamatkan Iman akidah kita daripada dicuri Samiri Dajjal laknatullah.
Hentikan Agenda "New World Order", kerana kita ada "New World Religion".




No comments:

Post a Comment