Friday, 30 November 2012

JENTERA PROPAGANDA


Jentera propaganda itu
Bekerja keras siang malam
Menyampaikan ideologi minda sekular
Menjayakan agenda musuh itu tugasnya

Merekalah dalangnya
Mencorakkan pemikiran yang salah
Memecah belahkan pemikiran mengikut acuannya
Mengalunkan slogan bersatu tetapi berpecah belah

Mengadakan agenda konspirasi
Sudah kebiasaan si jentera propaganda
Menjadi pusat Kilang menabur fitnah
Memutar belit fakta menjadi auta belaka

Siapakah mangsa si rakus durjana
Sudah tentu mereka si Penegak Agama
Sakit hati melihat orang berdakwah
Menyekat dakwah ekonomi orang Islam

Sudahlah menipu membohongi semua
Jenteramu sudah tua menunggu rosak
Akan digantikan jentera Islam yang baru
Menyusuri Dunia Baru Islam sekian kalinya




ORANG TIMUR


Orang Timur
Diceritakan kisah mengenainya
Keberadaannya di ufuk timur penuh misteri
Nusantara Alam melayu dihuni keturunannya

Orang Timur
Generasi harapan pejuang agama
Semangat Islam berkobar dihati sanubari
Penyimpan seribu satu rahsia Agama

Orang Timur
Adalah penyelamat agama
Menghidupkan kembali Roh Islam
Merekalah Orang-orang Simpanan Allah

Orang Timur
Berjuang mengembalikan Baitulmuqadis ke tangan Islam
Mencontohi kasih sayang Muhajirin Ansar
Daulah Islam bersinar bersama semangat Muhajirin Ansar

Orang Timur
Dirindui Rasulullah dan Sahabat
Orang berjuang bersama Al-Mahdi serta Isa Al-Maseh
Merekalah Pewaris keturunan Muhajirin Ansar yang mulia



KASIH SAYANG MUHAJIRIN ANSAR


Bermulanya detik sejarah terindah
Menceritakan sebuah ikatan kasih sayang
Persaudaraan menggantikan Permusuhan
Bumi Madinah bercahayakan kasih sayang

Tanah gersang itu menjadi Terkenal
Bersama Kasih sayang Muhajirin Ansar
Menebarkan Salam kasih sayang pada semua
Bernaung dibawah Rasulullah pemimpin ulungNya

Kasih sayang penghubung Ukhwah
Dieratkan dengan ikatan Islam yang suci
Kasih sayang melahirkan jiwa beriman bertaqwa
Allah itu Maha penyanyang pada hambanya

Indahnya hidup berkasih sayang
Kehidupan berubah maju kehadapan
Terbinalah sudah sebuah Ukhwah terindah
Kehidupan tauladan umat Akhir zaman

Muhajirin Ansar sudah berjaya
Melakar sejarah dengan Kasih sayang
Kalimah Thoiyibah tersebar keseluruh alam
Kasih sayang didikan Rasulullah berjaya menawan Dunia



PEJUANG DAKWAH (2)



Pejuang dakwah
Berusaha baiki segala yang punah
Dengan tangan kudrat yang ada
Mudahan Allah membaiki segalanya

Pejuang dakwah
Berdakwah menyeragamkan minda umat
Minda bercelaru banyak kekalutan
Berusaha betulkan minda panduan Ilahi

Pejuang dakwah
Tenang tidak pincang
Tidak terus menghukum berusaha baiki
Ummah jadi tenang sentosa diharapkan

Pejuang dakwah
Seorang pejuang penghidup syariat
Dirinya menjunjung dakwah Quran Sunah
Menyusuri haluan banyak noda dugaan

Pejuang dakwah
Menagih janji yang Maha Esa
Kebenaran tersemat dihati sanubari
Membawa umat erti bersyariat kembali


PEJUANG DAKWAH (1)


Pejuang dakwah
Terasing diri hidup merantau
Dikerah tulang empat keratnya
Bangun bangkitkan syariat agama

Pejuang dakwah
Tidak menilai hati orang lain
Hanya menilai diri masih tidak sempurna
Baiki diri sebelum pulihkan lainnya

Pejuang dakwah
Seorang yang risau diri dan umat
Berazam merubah hidup gaya jahiliyah
Langkah dimula redha menerima ujianNya

Pejuang dakwah
Gigih kuat semangatnya
Tetap kehadapan walau ditentang
Tetap mara walau dikekang

Pejuang dakwah
Tidak risau masa hartanya habis
Korbankan jiwa raga pada agama
Kerana dirinya risau umat telah rosak


MUBALIGH KERAMAT



Mubaligh keramat
Sungguh mulia berbakti 
Memimpin ummah ke jalan kebenaran
Mengenalkan Allah pencipta segala

Mubaligh keramat
Menyampaikan syariat agama
Menjunjung sunnah Rasul akhir zaman
Salafus Soleh yang banyak menaburkan jasa

Mubaligh keramat
Ulama muktabar yang terasing
Dikurnia keramat memimpin berdakwah
Keramat dikurnia membawa rahmat

Mubaligh keramat
Membawa Ummah hidup berukhwah
Nikmat Iman Islam dirasai bersama
Alangkah indahnya hidup bersama Ilahi

Mubaligh keramat
Pewaris Nabi akhir zaman
Merantau jauh bermusafir berkelana
Menyampaikan kalimah syahadah pada Ummah



KITA HAMBA BERDOSA (2)



Kita hamba berdosa
Selalu pentingkan diri sendiri
Tak sanggup bekorban 
Berukhwah tiada kerana bersatu tidak

Kita hamba berdosa
Masih malas menambah amal
Usahkan sunat ditambah wajib terabai
Taubat tak dilaksana hati ego pada Tuhan

Kita hamba berdosa
Sering memikirkan masalah dunia
Jalannya buntu semakin pincang
Kerana tidak kembali kepada Tuhan

Kita hamba berdosa
Hentikan cita-cita akan dunia
Bermujahadah kembali pada Tuhan
Mudahan diampuniNya kelak

Kita hamba berdosa
Kembalilah kepangkal jalan
Jalan ketaqwaan jalan kita
Jika bersungguh akan temui kebenaranNya



KITA HAMBA BERDOSA (1)


Kita hamba berdosa
Penuh dosa bertimbun
Dosa diri tak disedari bertambah
Lebih malang dosa pahala tak dapat dibezakan

Kita hamba berdosa
Penuh dengan salah silapnya
Kesalahan diri susah nak mengaku
Kesalahan orang sukar dimaafkan

Kita hamba berdosa
Dilema berkrisis sesama sendiri
Suka menuding jari
Cepat menghukum berat sebelah

Kita hamba berdosa
Berlaku zalim menyombong
Sesama manusia sesama makhluk
Si keras kita berlembut si lembut kita berkeras

Kita hamba berdosa
Ada antara kita mencari yang remeh
Kononnya membongkar menegak kebenaran
Tetapi sebenarnya agenda dalam kedustaan




JANJI KITA KEPADA TUHAN


Janji kita kepada Tuhan
Belum lagi ditepati
Kita selalu berjanji
Tetapi belum tepati kepadaNya

Kita berazam berjanji
Untuk mujahadah nafsu
 Masih gagal belum sempurna
Berusahalah selalu

Kita sudah berjanji
 Bertaubat terhadap dosa diri
Tetapi tetap mengulanginya
Kita banyak mungkir janji padaNya

Kita berjanji
Tetapi tidak pernah tepati
Berjanjilah bersungguh-sungguh
Agar tidak memungkirinya lagi

Sedarkah kepada siapa kita berjanji
Jangan menjadi munafik dalam berjanji
Berjanji dari hati bukan di mulut
Kata dikota janji ditepati





PEJUANG MUTHMAINAH


Pejuang kuatkan semangat
Berjuang menundukkan nafsu diri
Agar mendapat setenang nafsu
Teruskan mengempur nafsumu

Pejuang teruslah kehadapan
Mujahadah perasaanmu
Pejuang senyumlah selalu
Tuhan tidak biarkan tanpa pertolonganNya

Pejuang teruskan peperangan nafsumu
Bersusah payahlah selalu
Mudahan nafsumu tunduk
Jinak kepada Tuhan

Beruntunglah mereka nafsunya tenang
Nafsu muthmainnah anugerah Tuhan
Berusahalah diri mendapatkan setenang nafsu
Mudahan disana tenang bahagia

Mereka yang nafsunya tenang
Tidak risau permasalah dunia
Dirinya tenang dengan dunia
Tetapi Sering merintih dosanya kepada Tuhan



JANJI ALLAH UNTUK BAITUL MAQDIS


Palestin tanah suci Islam
Menjadi tangungjawab ummah
Bersama membela mempertahankan
Kesucian tanah para anbiya disana

Palestin sudah cukup menderita
Penderitaannya harus dibela
Tangisanya perlu dihentikan
Kesusahannya perlukan bantuan

Palestin tidak keseorangan lagi
Tidak akan miskin papa selamanya
Tidakkan yatim piatu lagi
Kerana perhatian menjadi keutamaan

Palestin tidak akan kalah lagi
Kerana Rasulullah telah berjanji
Bahawasanya baitulmaqdis akan ditawan semula
Oleh orang-orang timur

Janji ini sudah hampir
Berita gembira untuk umat islam
Yahudi akan diperangi sehabisnya
Diusir keluar dari tanah sucimu



Thursday, 29 November 2012

KITA TAKUT PADA SIAPA



Kita takut siapa
Kepada Allah atau manusia
Manusia kita gigih bersungguh
Dengan Allah kita berkira bersungut

Kita takut siapa
Musuh kita berkawan,kawan kita bermusuh
Terbalik porak-perandalah jadinya
Bila kita takut menentang musuh Allah

Kita takut siapa
Manusia kita cuba penuhi kehendaknya
Kenapa tidak pula kepada Allah
Memenuhi kehendak patuh arahanNya

Kita takut siapa
Jika manusia kita patuhi larangannya
Kenapa tidak pula kepada Allah
Menjauhi segala laranganNya

Kita takut siapa
Allah ataupun manusia
Jika manusia rosaklah aqidah kita
Jika Allah mudahan mendapat petunjukNya








CINTA ADALAH FITRAH MANUSIA



Cinta adalah fitrah kehidupan
Manusia mencari cinta sejati
Cinta Mahkluk tidak kekal
Cintakan Tuhan adalah abadi

Cinta pada dunia merosakkan diri
Kerana dunia menipu daya
Cinta dunia merugikan diri
Kebenaran cinta adalah dari Tuhan

Cintakan akhirat cinta hakiki
Kerana disanalah tempat yang abadi
Cintanya perlukan pengorbanan diri
Berusahalah memburu cintanya

Fitrah manusia Ingin mencintai dicintai
Binalah cinta atas dasar keimanan
Kerana ianya hubungan dengan Tuhan
Cinta mencintailah keranaNya

Jadikanlah Allah cinta agung
Fitrah manusia akan terbela
Cinta mencintailah berlandaskan syariat
 Tagihlah cinta pohon restuNya




Wednesday, 28 November 2012

SAHABAT SEJATI


Dimanakah sahabat sejati
Sukar sekali mendapatkannya
Bukan mudah yang disangka
sahabat sejati sukar dicari ganti

Sahabat sejati kian berkurangan
Kerana kurangnya iman taqwa
Hati mudah lesu sekali
Menuju kebinasaan diri sendiri

Berhati-hatilah memilih sahabat
Tersalah pilih binasakan diri
Carilah yang benar berilmu di dada.
Kerana sahabat cermin perilaku diri

Ambillah sahabat sejati sebagai pilihan
Kenalilah sahabat sebelum bersahabat
Sahabat sejati membawa kebahagiaan
Sahabat sejati kini seribu dalam satu

Bersahabatlah kerana Tuhan
Nescaya mendapatkan manfaatnya
Kasih sayang terjalin
Ikatan persaudaraan sesama Islam 





KAWAN DAN KENALAN


Kawan dan kenalan
Banyak perbezaannya
Kedatangan kenalan tanpa dicari
Perginya kawan sukar diganti

Kawan sejati sukar dicari
Yang ramai hanyalah kenalan
Kenalan tidak banyak membawa faedah
Kawan pula banyak manfaatnya

Dimanakah kawan sebenarnya
Masihkan ada kawan yang sejati
Kerana kawan sejati dapat menemani kita
Susah senang sanggup membantu

Kawan-kawanku semua
Berhatilah mengambil kawan
Agar kawan tak jadi lawan
Juga agar kawan tak makan kawan

Carilah kawan yang sejati
Yang boleh membantu dikala memerlukan
Merasa simpati masa kawanya sedih
Berasa senang dikala kawanya gembira




KESEDIHAN HATI


Kesedihan melanda dihati sanubari
Lenangan air mata bercurahan dipipi
Bagai ombak mengganas ditepi pantai
Kemarau dihati sanubari

Kesedihan kepiluan
Terus melanda
Menyebabkan hati gersang
Kemarau bagai tanah yang merekah

Siapakah mampu menghentikan kesedihan ini
Yang terus menerus menghimpit
Jaganlah hiba pujuklah hati
Redhalah segala Ketentuan ilahi

Semua yang terjadi ada hikmahNya
Janganlah dibiarkan terus kesedihan ini
Pintalah keredhaanNya
Nescaya Hati akan dipujuk tenang

Jangan bersedih dengan dunia ini
Sedihlah kerana dosa yang dilakukan
Sedihlah mengenang nasib diri disana
Mudahan kita bijak dalam berperasaan



KASIH SAYANG (2)


Kasih sayang
Sangat mahal di zaman ini
Dunia tandus kasih sayang
Di mana hendak ditemui lagi

Sudah lama tak ditemui
Kasih sayang yang sejati
Tidak boleh dijual beli
Derita hidup tiada pembelaan

Kasih sayang kini
Hanya ada bila berkepentingan
Hidup kepuraan lakonan semata
Semuanya kerana kepentingan diri

Dimanakah kasih sayang
Untuk diperolehi lagi
Belas kasihan simpati sudah hilang
Kerana jiwa mati ketandusan iman

Alangkah indahnya
Hidup berkasih sayang
Fitrah manusia kembali terpelihara
Adakah masih ada harapan lagi