MUKADIMAH
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Di dalam Sirah Nabawiyah, kita semua telah mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w sangat mencintai mengasihi Cucunya iaitu Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein R.A, Rasulullah selalu mencium mulut Sayidina Hassan R.A dan mencium leher Sayidina Hussein R.A ketika mereka masih kecil, kerana Rasulullah sudah mengetahui takdir Qadha dan Qadhar yang Allah tetapkan kepada mereka berdua seperti yang diketahui sejarah hitamnya oleh kita semua.
Untuk mendapatkan cinta dan rindu kepada Rasulullah s.a.w, hendaklah Mencintai Rasulullah dengan mencintai Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein, juga mengasihi Ahlul Bait Rasulullah S.A.W. Celakalah bagi sesiapa membenci Ahlul Bait, Rasulullah membencinya.
Di dalam Sirah Nabawiyah, kita semua telah mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w sangat mencintai mengasihi Cucunya iaitu Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein R.A, Rasulullah selalu mencium mulut Sayidina Hassan R.A dan mencium leher Sayidina Hussein R.A ketika mereka masih kecil, kerana Rasulullah sudah mengetahui takdir Qadha dan Qadhar yang Allah tetapkan kepada mereka berdua seperti yang diketahui sejarah hitamnya oleh kita semua.
Untuk mendapatkan cinta dan rindu kepada Rasulullah s.a.w, hendaklah Mencintai Rasulullah dengan mencintai Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein, juga mengasihi Ahlul Bait Rasulullah S.A.W. Celakalah bagi sesiapa membenci Ahlul Bait, Rasulullah membencinya.
Yahudi telah membuat perancangan jahat untuk menjahanamkan Ahlul bait dan sahabat Rasulullah dengan mencipta Syiah.
Syiah inilah yang sebenarnya membunuh Saydina Hussein dan keluarganya, mereka menjadikan Saydina Ali dan keluarganya "Imam yang 12 (pemimpin syiah)" dan mereka sendiri mensyiahkan nama-nama tersebut.
Kita sering dikelirukan dengan sikap perlakuan Syiah terhadap Sayidina Ali dan keluarganya (dalam mengagungkannya), Mereka dilihat kononnya mencintai Ahlul bait Rasulullah, terutama Sayidina Ali, Sayidatina Fatimah dan Sayidina Hassan serta Hussein, ketaksuban mereka sampaikan telah menukar nama Muhammad kepada Imam Ali,Mensyiahkan nama Ahlul bait Rasulullah dan mencipta mazhab tersendiri yang sesat iaitu Mazhab Syiah. Segala tindak tanduk mereka berlawanan dan bertentangan sama sekali dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Syiah yang dicipta oleh yahudi inilah yang dilihat menjadi "Batu penghalang" kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang haq dalam meraikan Ahlul bait dan mencintainya, seterusnya melahirkan reaksi dan tangapan yang negatif kepada sesiapa sahaja yang berusaha meraikan dan memuliakan Ahlul Bait Rasulullah S.A.W.
Syiah menjadikan agenda mereka yang sesat itu dalam mengagungkan Sayidina Ali dan keluarganya lantas menolak Sahabat Rasulullah S.A.W yang lain malah mengkafirkan mereka, sangat dasyat tipuan syiah dan yahudi dalam menyesatkan akidah dan kecintaan umat Rasulullah kepada Ahlul baitnya.
Syiah dilihat sudah "Menduakan" Ahlul Bait Rasulullah, mereka seperti merampas Ahlul Bait daripada Ahli Sunnah wal jamaah, dan meraikan Ahlu Bait dengan cara yang sesat (cara yang salah) dalam mencintai Alhul Bait, dan mereka menolak yang lain termasuk Sahabat Rasulullah.
Bagi Wahabi pula, mereka secara terang-terangan membenci Ahlul Bait, memerangi dan menghalau kesemua Ahlul Bait, sangat Anti kepada sesiapa yang mencintai Ahlul Bait, mereka juga bertanggungjawab dalam mencipta "Ahlul Bait palsu" untuk menipu Umat Islam yang mencintai Ahlul Bait, betapa jahatnya perangai mereka ini.
Inilah salah satu fahaman yang berjaya dibentuk oleh yahudi dalam menghina Ahlul Bait Rasulullah. Berjayanya yahudi mencipta syiah dan Wahabi yang menyesatkan Ahlul Bait Rasulullah dan umatnya, Umat islam bagaikan dihasut agar menjauhi Ahlul bait dan tidak memuliakannya.
Yahudi sememangnya tahu akan jadual akhir zaman di mana Para Ahlul Bait Rasulullah akan menerajui kebangkitan Islam kali kedua, Yahudi lantas cuba mengagalkan Jadual Tuhan dengan menghina Ahlul Bait Rasulullah melalui Syiah dan Wahabi yang mereka cipta.
Akibat bahana virus kesesatan Syiah dan Wahabi ini, Sampaikan ada sekolompok umat Islam hari ini yang beranggapan, mencintai dan mengasihi Sayidina Ali, Sayidina Hassan dan Hussein R.A adalah berfahaman Syiah, ini adalah salah satu anggapan dan tomahan yang salah (fitnah), kerana Mencintai Ahlul Bait adalah Sunnah Rasulullah dan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam meraikan dan mencintai kesemua Ahlul Bait, Umat Islam harus mencintai Kesemua Ahlul Bait Rasulullah tanpa memilih siapa di antara mereka, kerana kesemua Ahlul Bait memiliki keberkatan Rasulullah S.A.W.
Berjayanya Musuh-musuh Allah memesongkan fahaman umat Islam mengenai kecintaan dan keutamaan meraikan Ahlul Bait, Belalah Ahlul Bait Rasulullah.
Kalau kita tidak membela Ahlul Bait, Siapa lagi? Umat Nabi Muhammad adalah umat yang membela Ahlul Bait Rasulullah, kitalah semua sebagai Umat Harapan dan pilihan di akhir zaman. Jadi belalah Islam dengan membela dan meraikan Ahlul Bait Rasulullah.
Cintailah Ahlul bait (Keluarga) Rasulullah S.A.W |
SIAPAKAH AHLUL BAIT
Hadis Al Hakim berasal dari Zaid bin Arqam r.a,
"Mereka (ahlul bait) adalah keturunanku, dicipta dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah SWT tidak akan menurunkan syafaatku (pertolonganku)"
AHLUL BAIT ADALAH BEKAL DARIPADA RASULULLAH
Sahih Muslim: Zain bin Arqam berkata Rasulullah bersabda: Amma ba'du. Hai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah hamba Allah. Utusan Tuhanku (Malaikat Maut) hampir tiba dan aku harus memenuhi panggilanNya. Aku tinggalkan pada kalian Ath-thaqalain (dua bekal berat). Yang pertama adalah Kitabullah (Al-Quran), di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Maka amalkan dan berpeganglah padanya. "Dan ahlul-baitku. Aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai ahlul-baitku, aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai ahlul-baitku, aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai ahlul-baitku"
Rasulullah saw bersabda:
Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka yang
berharga: Al-Qur’an dan ‘Itrahku, Ahlul baitku.” (Shahih At-Tirmidzi 2: 219).
Allah swt mengisyaratkan orang-orang yang mengambil ilmu
bukan dari pintu:
“Bukanlah kebajikan
memasuki rumah-rumah dari belakangnya.” (Al-Baqarah: 189)
Ayat ini sangat berkait dengan sabda Rasulullah saw:
“Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya, barangsiapa yang
ingin memasuki kota ilmu maka datanglah pada pintunya.” (Mustadrak Al-Hakim 3:
126)
“Barangsiapa yang menghendaki ilmu maka datanglah pada
pintunya. Barangsiapa yang datang tidak melalui pintunya maka ia tergolong
pencuri dan menjadi bagian dari pasukan iblis.” (Ash-Shawa’iqul Muhriqah, Ibnu
Hajar: 183)
MANFAAT MENCINTAI AHLUL BAIT
Hadis riwayat Imam Ahmad bin Hambal:
"Barangsiapa mencitaiku dan mencintai keduanya itu
(yakni Al Hassan dan Al-Hussein) serta mencintai ibu dan bapa mereka, yakni
Fatimah az-Zahra dan Sayyidina 'Ali - kemudian ia meninggal dunia sebagai
pengikut sunnahku, ia bersamaku di dalam syurga yang sedarjat"
"Pada hari kiamat aku akan akan menjadi syafi'
(penolong) bagi empat golongan. Yang menghormati keturunanku; yang memenuhi
keperluan mereka; yang berusaha membantu urusan mereka pada waktu diperlukan
dan yang mencintai mereka sepenuh hati"
KEISTIMEWAAN AHLUL BAIT
Sabda Rasulullah SAW: "Mengapa ada orang-orang yang mengatakan bahwa hubungan kekerabatan dengan Rasulullah tidak bermanfaat pada hari kiamat? Sungguhlah, kekerabatanku berkesinambungan di dunia dan akhirat"
Sabda Rasulullah SAW: "Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi"
WASIAT AGAR UMAT ISLAM MENCINTAI AHLUL BAIT
Hadis riwayat At -Thabarani dan lain-lain: "Belum
sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintannya kepadaku melebihi
kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintannya kepada keturunanku
melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada
ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum
kecintannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri".
Ibnu 'Abbas RA berkata bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Cintailah Allah atas kenikmatannya yang diberikanNya kepadamu sekalian
dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana
mencintaiku"
Ad-Dailami meriwayatkan hadis dari Ali RA yang menyebut
sabda Rasulullah SAW: "Di antara kalian yang paling mantap berjalan di
atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para
sahabatku"
R.S.A: Rahmat sekalian Alam |
HADIS MENGENAI HASSAN & HUSSEIN R.A
(Sayidina Hassan R.A)
Hadis Abu Hurairah r.a:
Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda untuk Hasan: Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya, maka cintailah beliau dan aku mencintai orang yang mencintainya. Sahih Imam Muslim
Hadis Al-Bara' bin Azib r.a katanya:
Aku melihat Hasan bin Ali berada di dalam pelukan Rasulullah s.a.w dan baginda bersabda: "Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya, maka cintailah beliau". Sahih Imam Muslim
Dalam Sahih Bukhari, Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenai Al-Hassan:
“Sungguhlah bahawa puteraku ini (sambil merujuk kepada
Hassan r.a) adalah Sayyid. Mudah-mudahan melaluinya Allah akan mendamaikan
(pertikaian) antara dua golongan besar dari kaum Muslimin.”
(Sayidina Hussein R.A)
Ya’la bin Murrah yang berkata, Rasulullah s.a.w telah
bersabda yang bermaksud "Hussein daripadaku dan aku pula daripada Hussein, Allah
mencintai sesiapa yang mencintai Hussein, adapun Hussein zuriat keturunanku
putera kepada puteriku (Az-Zahra)".
Al-Barra bin Azib berkata, Aku telah melihat Rasulullah s.a.w
mendokong Hussein cucundanya yang masih kecil dan meletakkan di atas
pangkuannya seraya berdoa yang bermaksud; “Ya Allah sesungguhnya aku mengasihinya
oleh itu kasihila dia”.
RAHSIA KASIH SAYANG RASULULLAH TERHADAP HASSAN & HUSSEIN R.A
Betapa kasih dan cintanya Rasulullah s.a.w kepada cucunya Hassan dan Hussein R.A, kenapa Rasulullah sangat mengasihi dan mencintai kedua cucunya ini?
Seperti yang tersurat, Rasulullah memberitahu kepada kita bahawa Sayidina Hassan dan Hussein R.A adalah penghulu pemuda syahid di syurga dan pemegang panji Syahid pejuang yang Haq di syurga.
Seperti yang tersurat, Rasulullah memberitahu kepada kita bahawa Sayidina Hassan dan Hussein R.A adalah penghulu pemuda syahid di syurga dan pemegang panji Syahid pejuang yang Haq di syurga.
Peranan besar Ahlul Bait seperti baginda selalu sebut-sebutkan di dalam banyak hadis akhir zaman iaitu:
Rasulullah SAW bersabda:
“Al-Mahdi (Imam Mahdi) berasal
dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi
bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu
dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan (sewenang-wenangnya) dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh
tahun.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan al-Hakim)
"Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KWJ) seorang
pemuda yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan. Maka apabila kamu
meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda dari Bani
Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang
Panji-panji Al-Mahdi." (At-Tabrani)
"Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang
dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang
dikatakan Al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga
Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin
menolongnya atau baginda bersabda, "Wajib setiap orang mukmin
menerimanya." (Abu Daud, an-Nasa'i, al-Baihaqi & al-Husin)
Rahsia kasih sayang Rasulullah S.A.W adalah kerana daripada Sayidina Hassan dan Hussein R.A nanti akan lahir ramai pewaris keturunan Umat Nabi Muhammad yang bertaqwa dan yang sangat bertaqwa,berperanan besar di akhir zaman:
- Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S
- Sayidina Abuya Al-Fata At-Tamimi R.A
- Sayidina Al-Haris Haras R.A
- Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A
- Wazir-wazir Imam Mahadi
- Mujadid & Khalifah Mujadid (Penghulu mujadid)
- Imam Mujtahid (Imam Mazhab yang Haq)
- Ikhwan (Sahabat akhir zaman)
- Asohib (Pembantu Sahabat akhir zaman)
- Wali besar
- Wali kecil
- Pengasas Thoriqah yang muktabar
- Pemimpin Thoriqah yang muktabar
- Ulama muktabar
- Ulama Amalin (Beramal dengan ilmunya)
- Sultan-Sultan yang Haq (Kesultanan Nusantara)
- Para pemimpin yang haq (Kerajaan Islam)
- Mujahid (Pejuang) akhir zaman yang haq
Mereka semua bernasabkan Sayidina Ali dan Sayidatina Fatimah Az-Zahra, juga dari antara salah satu anaknya iaitu Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein R.A.
Merekalah pembela yang Haq Allah dan Rasul di akhir zaman, dan menjadi pasukan Kebenaran yang akan berjuang dan menumpaskan pasukan kebatilan di akhir zaman ini.
Rasulullah sangat rindukan para ikhwanya di akhir zaman, sangat rindunya Rasulullah kepada saudaranya di akhir zaman sampaikan sahabat juga cemburu dengan Ikhwan dan turut mendoakan keturunan mereka juga ada yang menjadi Ikhwan di akhir zaman nanti, Ikhwan itulah daripada Ahlul Bait dan Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W.
HADIS RASULULLAH MENGENAI IKHWAN
Ikhwan adalah sekelompok manusia yang asing di akhir zaman, yang sangat mencintai Rasulullah dan Ahlul Baitnya, Sangat beriman kepada yang ghaib (Allah S.W.T) dan sangat merindui akan perkara yang ghaib (Merindui Rasulullah S.A.W).
Berikut beberapa Hadis & Atsar Sahabat mengenai Ikhwan:
Pernah suatu ketika,
HADIS RASULULLAH MENGENAI IKHWAN
Ikhwan adalah sekelompok manusia yang asing di akhir zaman, yang sangat mencintai Rasulullah dan Ahlul Baitnya, Sangat beriman kepada yang ghaib (Allah S.W.T) dan sangat merindui akan perkara yang ghaib (Merindui Rasulullah S.A.W).
Berikut beberapa Hadis & Atsar Sahabat mengenai Ikhwan:
Pernah suatu ketika,
Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan
kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,
"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku."
Maka bertanyalah para sahabat,
"Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?"
Rasulullah SAW menjawab,
"Bukan, malah kamu adalah sahabatku.
Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku
walaupun mereka tidak pernah melihatku."
Kata Sayidina Ali Kwj,
"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan
sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai
tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut,
iaitu 313 orang lelaki,seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari
hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu
ibu dan satu ayah."
Dari Ibnu Umar RA katanya,
Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,
"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan
mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak
pernah melihatmu?
" Baginda SAW menjawab,
"Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan
beruntung juga 7 kali mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku."
(diulang 3 kali). (Muslim)
Rasulullah SAW ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang
maknanya kira-kira begini:
"Apabila azan sang muazin, berserulah dia,
'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah
syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah
rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW.
Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik
peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula,selain rindunya yang bersangatan kepada syurga,
juga tersangat rindu kepada suatu golongan dari kalangan
umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti.
Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil
perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin.
Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan
umum mukminin."
Abu Hurairah RA juga
ada menceritakan mengenai sifat istimewa Ikhwan ini:
"Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku,
ialah manusia yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin
melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak isteri dan seluruh harta
bendanya."
Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah
RA,
"Islam itu permulaannya adalah asing,dan nanti akan kembali menjadi asing,seperti permulaannya.Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu." (Muslim)
Dari Abdullah RA, katanya:
"Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW
menanyakan,"Ya Rasulullah,bagaimana pendapatmu mengenai seorang
yang mencintai suatu kaum,
sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?"
Rasulullah SAW menjawab,
"Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang
dicintainya itu."( Muslim)
Ikhwan adalah satu gelaran utama yang telah diberikan oleh Rasulullah saw
kepada umatnya di akhir zaman, sehinggakan para sahabat menangis kerana tidak
mendapat gelaran tersebut dari Rasulullah saw kerana ia hanya diberikan khas
untuk umat akhir zaman sahaja. oleh itu semoga sebahagian hadis dan kata-kata
sahabat di atas dapat memberi satu semangat kepada kita agar sama-sama merebut gelaran Ikhwan yang dijanjikan oleh Rasulullah saw kepada kita umatnya. Sesungguhnya ikhwan itu pilihan diatas pilihan, tapisan atas tapisan, sampaikan ada juga dari saringan atas saringan.
(Sila Klik Video ini)
"Ikhwanku"
HADIS RASULULLAH & RAHSIA KATA KUNCI FATIMAH
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Malaikat turun lalu menyampaikan khabar gembira kepadaku bahawa
sesungguhnya Fatimah bintI Rasulullah adalah pemimpin para wanita penghuni
syurga”.
Rasulullah pernah ditanya oleh seseorang, “Siapakah orang
yang paling engkau cintai?”. Baginda menjawab, “Fatimah”. (Diriwayatkan oleh
Ab-Bukhary, Muslim dan Abu Dawud).
Diriwayatkan dari Sayidina Ali k.w.j beliau berkata, “Aku
bertanya kepada Rasulullah, "siapakah yang engkau cintai di antara kami,
akukah atau Fatimah?’, Baginda menjawab, ‘Fatimah lebih aku cintai daripada
engkau, dan engkau lebih aku muliakan daripada Fatimah”.
Dalam hal nasab, seperti diriwayatkan oleh Thabrani, bahwasanya Rasulullah saw telah bersabda:
Dalam hal nasab, seperti diriwayatkan oleh Thabrani, bahwasanya Rasulullah saw telah bersabda:
"Allah menciptakan keturunan setiap Nabi dari tulang
sulbinya sendiri, namun Allah menciptakan keturunanku dari tulang sulbi Ali bin
Abi Thalib."
Hal ini diperkuat dengan hadits yang bersumber dari Umran
bin Hushain, bahwa Rasulullah telah berkata:
"Apakah yang kamu inginkan dari Ali, apakah yang kamu
inginkan dari Ali, apakah yang kamu inginkan dari Ali? Sesungguhnya Ali dariku
dan aku darinya. Ia adalah pemimpin semua orang mukmin sesudahku."
Ibnu Abbas ra meriwayatkan sebuah hadits, bahwasanya
Rasulullah saw menyatakan:
'Manusia diciptakan
dari berbagai jenis pohon, sedang aku dan Ali bin Abi Thalib diciptakan dari
satu jenis pohon (unsur). Apakah yang hendak kalian katakan tentang sebatang
pohon yang aku sendiri merupakan pangkalnya, Fatimah dahannya, Ali getahnya,
al-Hasan dan al-Husein buahnya, dan para pencinta kami adalah dedaunannya!
Barangsiapa yang bergelantung pada salah satu dahannya ia akan diantar ke dalam
surga, dan barangsiapa yang meninggalkannya ia akan terjerumus ke dalam
neraka."
Ia dinamakan Fathimah karena Allah SWT mencegah dirinya dari
api neraka, berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahwa Nabi
bersabda:
'Sesungguhnya Fathimah adalah orang yang suci farajnya, maka
Allah haramkan atas dia dan keturunannya akan api neraka.'
Al-Nasai
meriwayatkan, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya puteriku Fatimah ini adalah seorang
manusia-bidadari. Dia tidak haid dan tidak pula mengeluarkan kotoran. Kerana
itulah ia dinamakan Az-Zahra atau 'yang suci', sebab ia tidak pernah
mengeluarkan darah, baik dalam haid maupun sesudah melahirkan (nifas). Pada
saat melahirkan, ia mandi dan kemudian shalat sehingga ia tidak pernah luput
dari melaksanakan shalat. Adapun sebutan al-Batul baginya itu adalah karena ia
merupakan wanita yang paling menonjol di masanya dalam hal keutamaan, agama dan
keturunan.
Dikemukakan pula oleh al-Thabrani, bahwa Rasulullah SAW
bersabda:
" Tiap anak itu bernisbat kepada keturunan bapaknya,
kecuali putra Fathimah, akulah wali mereka dan akulah ashabah mereka".
Dalam riwayat lain
yang sahih disebutkan:
"Setiap anak itu mengikuti garis keturunan bapanya
kecuali anak-anak Fathimah , sebab akulah ayah mereka dan ashabah mereka".
Dalam riwayat lain yang sahih disebutkan:
"Setiap anak itu mengikuti garis keturunan bapaknya
kecuali anak-anak Fathimah , sebab akulah ayah mereka dan ashabah mereka".
Maka melalui hadis-hadis berkenaan, jelaslah Fatimah melalui Hasan dan
Hussien adalah penyambung nasab Rasullulah hingga ke hari ini.
Mengapa nasab Nabi Muhammad melalui Fatimah (perkahwinan
dengan Ali),usahlah kita menyangsikan kekuasaan Allah,kita harus percaya kepada
ketentuan takdir Allah.
jika Allah mahu ia jadi,maka ia jadilah,'Kun Faya
Kun' seperti kisah Nabi Isa Al Masih dan Maryam yang lahir tanpa sang
bapa. Berbeza dengan kisah Rasullulah dan 'Ahlul Bait'.
Oleh yang demikian, sudah terjawap kepada kita melalui sabda baginda, kenapa Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein memanggil Rasulullah Sebagai "Ayah", dan Rasulullah memanggil mereka berdua "Anak-Anakku", bukanlah kerana Rasulullah tiada mempunyai Anak-anak lelaki, tetapi Allah telah menetapkan bahawa Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein R.A adalah Anak-anak Rasulullah.
Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein memanggil dan memberi gelaran kepada Sayidina Ali K.W.J seperti Sayidina Hassan memanggil Sayidina Ali sebagai "Abu Hussein" dan Sayidina Hussein memanggil Sayidina Ali pula dengan gelaran "Abu Hassan".
Oleh yang demikian, sudah terjawap kepada kita melalui sabda baginda, kenapa Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein memanggil Rasulullah Sebagai "Ayah", dan Rasulullah memanggil mereka berdua "Anak-Anakku", bukanlah kerana Rasulullah tiada mempunyai Anak-anak lelaki, tetapi Allah telah menetapkan bahawa Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein R.A adalah Anak-anak Rasulullah.
Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein memanggil dan memberi gelaran kepada Sayidina Ali K.W.J seperti Sayidina Hassan memanggil Sayidina Ali sebagai "Abu Hussein" dan Sayidina Hussein memanggil Sayidina Ali pula dengan gelaran "Abu Hassan".
FAT-IM-AH
Fatimah adalah satu nama yang Rasulullah berikan kepada puteri kesayangannya, ianya membawa maksud yang besar dan mendalam juga penuh tersirat.
Nama "Fatimah" inilah adalah kata kunci kepada nama pemimpin besar Ikhwan di akhir zaman iaitu:
FAT-IM-AH
FAT = Fata At-Tamimi R.A
IM = Imam Mahadi A.S
AH = Al-Haris Harras R.A & Al-Hasyimi R.A K.W.J
Kesemua mereka adalah daripada Sayidatina Fatimah di antara Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein R.A.
Allah menyimpan mereka untuk berperanan di akhir zaman ini. dan di bumi timur nanti mereka bakal muncul dan bangkit untuk memenangkan Islam kali kedua.
SAHABAT RASULULLAH PADA KEBANGKITAN ISLAM PERTAMA & KEDUA
- Sayidina Abu Bakar As-Siddiq R.A (Bani Tamim)
- Sayidina Umar Al-Khattab R.A (Bani Adi)
- Sayidina Uthman Bin Affan R.A (Bani Umaiyah)
- Sayidina Ali Bin Abu Talib R.A K.W.J (Bani Hasyim)
- Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S
- Sayidina Abuya Al Fata AT-Tamimi R.A
- Sayidina Harris Al-Harras R.A
- Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J
Pemimpin utama Ikhwan kesemuanya daripada Bani Hasyim, Para ikhwan dan Asoib di akhir zaman adalah daripada keturunan Bani Hasyim,Bani Tamim, Bani Adi, Bani Umaiyah dan Keturunan Sahabat Nabi yang terpilih.
SELAWAT BADAWI |
"YA ALLAH Sampaikanlah Salam Rindu kepada Cahaya sebagai Sumber Segala Cahaya, Rahsia Segala Rahsia, Ubat Seluruh Penyakit, Anak Kunci Segala Kejayaan, Dialah Pemimpin yang kami Rindu, Nabi Muhammad yang Terpilih, Keluarganya yang suci (Ahlul Bait), Serta Para Sahabat yang menjadi Pilihan, Sebanyak bilangan Nikmat-Mu, dan Kemuliaan-Mu YA ALLAH"
(Sila Klik Video Ini)
(Selawat badawi)
Hadis Rasulullah S.A.W mengenai Jadual Allah akan kebangkitan Islam kali pertama dan kedua.
Dari Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah
Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat
zaman itu seperti yang Dia kehendaki.”
Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin)
yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian / Manhaj Nubuwah. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana
yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman
Fitnah - keamiran / beraja / zaman kesultanan) Berlakulah zaman itu seperti yang
Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman
penzaliman (Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu
seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan
Nabi Isa AS) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam.
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi)
Zaman-Zaman yang disebut oleh Rasulullah S.A.W |
KESIMPULAN
Ahlul bait adalah waris haq Rasulullah, Mencintai Ahlul bait adalah Sunnah Rasulullah, Ahli Sunnah Wal Jammah yang Haq adalah mereka yang mengasihi dan mencintai keluarga Rasulullah,Sahabat baginda,Tabi'en dan Salafus Soleh.
Ahlul bait Rasulullah adalah peneraju janji Tuhan (Jadual Allah) untuk Islam kali kedua, Dengan kebangkitan Islam di akhir zaman yang bermula dari sebelah timur, Ahlul bait Rasulullah dari Bani Hasyim bernasabkan daripada Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein R.A sangat berperanan dalam membina dan menyiapkan tapak daulah untuk empayar Islam di timur.
Abdullah bin Al-Haris RA katanya Nabi SAW bersabda:
"Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur,
lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni
pemerintahannya." (Ibnu Majah & At-Tabrani)
Musuh Islam seperti yahudi, apa sahaja yang direncanakannya, semuanya akan memenangkan islam, musuh-musuh islam akan dikalahkan ditundukkan kesemuanya kelak.
"Rasulullah sangat sayangkan Hassan dan Hussein", Adalah sebuah pesanan suci yang jelas kepada kita bahawa baginda sangat mengasihi, merindui dan menyayangi kita semua umatnya.
Setiap umatnya yang terpilih terutama daripada Ahlul Bait akan sedar betapa pentingnya Ahlul Bait bersatu dan tidak berpecah belah.
Ahlul Bait Rasulullah sudah tersebar keseluruh dunia, sama ada yang masih mengekalkan gelaran Ahlul Bait di namanya atau ada yang dari keturunannya yang sudah mencabut gelaran Ahlul Bait demi perjuangan dan mengelak daripada musuh yang memburu.
Ahlul Bait Rasulullah yang masih mengekalkan gelaran Ahlul Bait adalah belahan daripada Ahli Ibadah, akan tetapi keturunan Ahlul Bait yang mencabut gelaran Ahlul Bait adalah daripada keturunan Ahli Ibadah dan Pejuang agama.
Tidak dinafikan, ada juga yang telah mencabut gelaran Ahlul Bait dan keturunan selepasnya memakai kembali gelaran Ahlul Bait, dan ada yang masih belum memakainya sehingga datang pembela Ahlul Bait dari Ahlul Bait yang dijanjikan Allah.
Oleh yang demikian, bersangka baiklah sesama islam, berkasih sayang dan menjaga perpaduan, mungkin di antara kita sendiri ada yang daripada Ahlul Bait.
Keturunan Ahlul Bait ini bukanlah untuk dibangga-banggakan, tetapi menjadi contoh dan tauladan umat islam dalam mencintai Rasulullah S.A.W.
Ada diantara Ahlul Bait yang tidak menjaga perpaduan dan Akhlak akan tertolak, kerana keturunan bukanlah jaminan keselamatan, oleh itu usahakan Taqwa sebagai bekalan, sesungguhnya orang yang bertaqwa adalah yang mulia di antara manusia.
Ahlul Bait yang keturunannya mencabut gelaran Ahlul Bait adalah mereka yang sangat berperanan pada masa akan datang, dan keturunan Ahlul Bait yang masih mengekalkan gelaran Ahlul Bait adalah kerana Allah hendak tunjukkan bahawasanya masih ada Ahlul Bait Rasulullah dan berani sanggup memakai gelaran Ahlul Bait yang mulia.
Setiap umatnya yang terpilih terutama daripada Ahlul Bait akan sedar betapa pentingnya Ahlul Bait bersatu dan tidak berpecah belah.
Ahlul Bait Rasulullah sudah tersebar keseluruh dunia, sama ada yang masih mengekalkan gelaran Ahlul Bait di namanya atau ada yang dari keturunannya yang sudah mencabut gelaran Ahlul Bait demi perjuangan dan mengelak daripada musuh yang memburu.
Ahlul Bait Rasulullah yang masih mengekalkan gelaran Ahlul Bait adalah belahan daripada Ahli Ibadah, akan tetapi keturunan Ahlul Bait yang mencabut gelaran Ahlul Bait adalah daripada keturunan Ahli Ibadah dan Pejuang agama.
Tidak dinafikan, ada juga yang telah mencabut gelaran Ahlul Bait dan keturunan selepasnya memakai kembali gelaran Ahlul Bait, dan ada yang masih belum memakainya sehingga datang pembela Ahlul Bait dari Ahlul Bait yang dijanjikan Allah.
Oleh yang demikian, bersangka baiklah sesama islam, berkasih sayang dan menjaga perpaduan, mungkin di antara kita sendiri ada yang daripada Ahlul Bait.
Keturunan Ahlul Bait ini bukanlah untuk dibangga-banggakan, tetapi menjadi contoh dan tauladan umat islam dalam mencintai Rasulullah S.A.W.
Ada diantara Ahlul Bait yang tidak menjaga perpaduan dan Akhlak akan tertolak, kerana keturunan bukanlah jaminan keselamatan, oleh itu usahakan Taqwa sebagai bekalan, sesungguhnya orang yang bertaqwa adalah yang mulia di antara manusia.
Ahlul Bait yang keturunannya mencabut gelaran Ahlul Bait adalah mereka yang sangat berperanan pada masa akan datang, dan keturunan Ahlul Bait yang masih mengekalkan gelaran Ahlul Bait adalah kerana Allah hendak tunjukkan bahawasanya masih ada Ahlul Bait Rasulullah dan berani sanggup memakai gelaran Ahlul Bait yang mulia.
Bagunlah kita semua untuk membela Ahlul Bait Rasulullah, Sayagilah mereka, kasihilah mereka, dan cintailah mereka, mudah-mudahan berkat Rasulullah mengalir kepada kita semua, moga-moga mendapat Syafaat Rasulullah, kerana Rasulullah sangatlah mengasihi orang-orang yang mencintai Ahlul Bait.
Belalah Islam melalui Ahlul Bait-Nya, Mudah-mudahan kita semua dibantu Tuhan kerana berkat mengasihi Ahlul Bait Rasulullah yang Haq.
Pada Setiap Ahlul Bait itu ada keberkatan Rasulullah, berusahalah kita memburu dan menagih berkat, mudah-mudahan Rasulullah juga mencintai kita, seperti mana Rasulullah mencintai Ahlul Baitnya.
Mereka (Ahlul bait) akhiratnya adalah lebih daripada dunia, timbangan Saham akhirat mereka lebih berat sama ada melalui Ibadah mereka ataupun dengan Mehnah (Ujian Allah) ke atas mereka.
Pada Setiap Ahlul Bait itu ada keberkatan Rasulullah, berusahalah kita memburu dan menagih berkat, mudah-mudahan Rasulullah juga mencintai kita, seperti mana Rasulullah mencintai Ahlul Baitnya.
Mereka (Ahlul bait) akhiratnya adalah lebih daripada dunia, timbangan Saham akhirat mereka lebih berat sama ada melalui Ibadah mereka ataupun dengan Mehnah (Ujian Allah) ke atas mereka.
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke
atas keluarganya (Ahlul Bait).
Rasulullah & Sahabat Khulafa Ar-Rasyidin |
(Sila Klik Video Ini)
"Rindu Rasulullah S.A.W"
No comments:
Post a Comment