Saturday, 5 January 2013

PERJUANGAN PUTRA BANI TAMIM DI JANJIKAN TUHAN

Telah berlaku di zaman ini
Satu perjuangan tersendiri
Perjuangan ini berlangsung di sebelah timur
Tidak terikat dengan sistem sedia ada
Perjuangannya sistem di dalam sistem
Menegakkan sistem Allah dan Rasul
Sistem perjuangan salafus soleh
Bertarekat sufi tetapi berteknologi tinggi

Perjuangan ini ada cara gaya tersendiri
Asing dagang di tengah manusia
Membawa kembali Sunah Rasulullah
Cara hidup orang bertaqwa

Perjuanganya sepuluh langkah lebih maju
Daripada perjuangan sedia ada
Perpaduan dan kasih sayangnya
Jelas dizahirkan menjadi cara hidup

Perjuangan yang dibawa putra bani tamim
Tiada berkompromi dengan perjuangan sedia ada
Tapi orang-orangnya bergelanggang disana sini
Masyarakat senang dan menerimanya

Perjuangannya menjadi iktibar perjuangan lain
Namun perjuangan lain tidak sudi bersamanya
Kalau perjuangan lain boleh bela-membela
Tapi perjuangannya tidak dibela orang
Dia juga tidak membela perjuangan orang lain
Perjuangannya tetap ada bantuan ghaib
Perjuangannya dibela dibantu Allah dan Rasul
Perjuangannya ini tetap dijanjikan Tuhan

Perjuangan orang lain boleh bersekutu
Namun perjuangannya tetap asing tersendiri
Perjuangannya ganjil di kalangan sedia ada
Orang sayang,bertambah sayang sanggup bekorban
Orang benci,sangat benci hilang pertimbangan
Hingga tiada lagi rasionalnya

Itulah dia perjuangan Putra Bani Tamim
Yang tidak terikat dengan sistem pada zamannya
Tapi dia tetap berjuang dengan panduan Tuhan
Siapa yang mengenali jemaah perjuangannya
Wajib berbaiah dengan perjuangan dijanjikanNya



SAYIDINA FATA AT-TAMIMI R.A



Sabda Nabi SAW,
"Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KMW) seorang pemuda yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-panji Al-Mahdi."
(At-Tabrani)

Dari Abdullah bin Al-Haris RA katanya Nabi SAW bersabda,
"Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahannya." (Ibnu Majah & At-Tabrani)

Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan inii:
"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."



Dari Sayidina Ali KMW katanya Nabi SAW bersabda,
"Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, "Wajib setiap orang mukmin menerimanya." (Abu Daud, an-Nasa'i, al-Baihaqi & al-Husin)

Daripada Muaz berkata: Ketikamana sedang aku, Abu Ubaidah dan Salman duduk sambil menanti Rasulullah SAW, tiba tiba Rasulullah keluar di dalam keadaan matahari yang panas terik dan dalam keadaan ketakutan serta berubah air muka baginda lalu Rasulullah menyebut tentang fitnah As Sufiani, kemudian baginda bersabda: "...kemudian muncul seorang lelaki dari Bani Tamim iaitu Syuaib bin Soleh, Allah (dengan kemurahanNya) telah menganugerahakan negeri Syuaib dengan sebuah panji hitam Al Mahdi yang membawa kemenangan Allah dan kalimahNya, sehingga dibaiahkan Al Mahdi di antara Rukun dan Maqam".

Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani Tamim
Hadith Nabi SAW : " Sesungguhnya Bani Tamim itu mempunyai kekuatan jiwa yang hebat, tetap pendirian dalam mempertahankan prinsip. Mereka juga adalah pembela kebenaran diakhir zaman"
Sabda Nabi SAW: " Bani Tamim merupakan golongan dari umatku yang amat memusuhi Dajjal"

Imam Al-Qurthubi ketika menghuraikan hadith di atas mengatakan bahawa;
" Berdasarkan hadith tersebut dapatlah diyakini bahawa Bani Tamim tidak akan terputus keturunan mereka sehinggalah kehari kiamat, bahkan Bani Tamim di akhir zaman nanti merupakan kelompok yang amat kuat berpegang dengan kebenaran serta memperjuangkannya". 

Hadith Nabi SAW:
" Kelompok yang paling ramai dimasukkan ke dalam syurga melalul jalan syafaat seseorang ialah Bani Tamim ".
Hadith Nabi SAW juga menyebutkan:
"Bani Tamim merupakan suku bangsa arab yang paling fasih berbahasa arab berbanding suku arab yang lain ".
lmam lbnu Hajar pula menjelaskan tentang ciri utama bagi Bani Tamim:
"Adalah dimaklumi sejak dari zaman jahiliah hingga zaman Islam sentiasa berlaku penguasaan kelompok Bani Tamim dalam pemerintahan disamping mereka juga merupakan golongan atasan dalam masyarakat dimana mereka dihormati dan dimuliakan"
Rasulullah SAW ketika menggambarkan tentang Bani Tamim berpesan: " "Janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Bani Tamim melainkan sesuatu yang baik-baik sahaja ". 

Sabda Nabi SAW:
" Mereka itu (Bani Tamim) adalah dari kaum kami"
Hadith dan selainnya yang mengakui Bani Tamim sebagai sebahagian dari kaum Baginda SAW merupakan satu pengiktirafan terhadap suku pilihan ini.  

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Asslm. Sahabat.. Boleh tuan pm sy.

    ReplyDelete