Kebenaran
Sering dibenteras
Kebatilan diangkat dijulang
Apakah mahu
mencabar Janji Tuhan?
Ahli Agama
jangan belot
Para Umarak
janganlah belok
Ulama seringlah tegas bersuara
Nescaya bumi sentosa
mendapat berkat
Yang benar tetaplah Benar
Yang salah tetaplah salah
Janganlah
menyokong Kedustaan ini
Kelak padah menimpa si penderhaka ummat!
Yang bersalah janganlah Alpa
Bertaubatlah mengaku kesalahan
Berubahlah sebelum terlambat
Sebelum mentari menjelma di ufuk barat
Seruan Kebenaran
Perlu dilaungkan bersama
Suara kebenaran
Kata-katanya pasti mendapat pembelaanNya!
No comments:
Post a Comment