Wednesday, 30 January 2013

PEJUANG YANG BERLAKON (4)

Di zaman ini
Gaya hidup berpura-pura menjadi amalan
Penyakit hati menular di merata tempat
Semua institusi diracuni penyakit ini

Hidup berpura sentiasa berlaku
Dalam setiap perkara diusahakan
Bukan lagi dari hati yang tulus
Tetapi kerana nafsu juga gaya barat

Semua yang tampak lahirnya
Berusaha bersungguh berjuang
Tetapi hakikatnya
Membesarkan nafsu kepentingan sendiri

Inilah bangsa kacukan 
Yang sudah "ditauliahkan"
Menjadi pejuang yang berlakon
Jelas kelihatan bersandiwara!

Mereka sudah tidak malu lagi
Dengan aksi lakonan ini
Juga tidak akan pernah malu 
Kerana sikap berpura sudah menjadi budaya!




No comments:

Post a Comment