Monday, 7 January 2013

KEROSAKAN JALAN DEMOKRASI

Demokrasi tiada dalam Islam
Rekaan "ciptaan" musuh Tuhan
Membuka "pintu" pelbagai fitnah 
Memisahkan "keselarasan" kehidupan

Demokrasi menimbulkan huru-hara
Tiada jalan penyelesaiannya
Yang ada perpecahan perselisihan
Menambah kemudaratan ketegangan

Demokrasi "Menipu" dunia
Bukan "toleransi" perpaduan
Tetapi "konspirasi" penipuan
Itulah hakikatnya

Selagi berpegang jalan demokrasi
Jatuh menjatuhkan terus berlaku
Fitnah menfitnah tetap terjadi
Kemelaratan bernama "rakyat" bertambah

Jahatnya jalan demokrasi
"Membunuh" semua pengamalnya
Semakin "subur cintakan" dunia
"Terputuslah hubungan" Allah dan Rasul



No comments:

Post a Comment