Wednesday, 9 January 2013

KUASA RAKYAT DALAM DEMOKRASI

Kuasa rakyat
Dalam demokrasi
Hanyalah "istilah"
"Penyedap kata"

Hakikatnya
Kuasa kepada "wakil" rakyat
Yang "berhak" mengecapi nikmat
Yang "layak" mengaut segalanya yang ada

Rakyat mudah "dikudakan"
Dengan agenda manifasto "khayalan"
Kecewalah rakyat sebagai "pemilih"
Kerana terus ditipu dan ditipu!

Kuasa rakyat kepada "wakil"nya
"Amanah mandat" hanyalah "istilah"
Sebagai "peluang" untuk terus mengecapi
Hasil tipuan yang "direncanakan"

Rakyat menjadi "agen"nya
Dalam meraih "elaun" sampingan
Adakah sebenarnya "istilah" kuasa rakyat?
Rupa-rupanya hanyalah "bayangan"


No comments:

Post a Comment