Saturday 12 January 2013

DEMOKRASI DI PENGHUJUNG HAYATNYA

Demokrasi kini
Semakin tidak releven
Tidak mahu diguna pakai lagi
Kerana sudah timbul kesedaran terhadapnya

Kebangkitan rakyat menyaksikan
Penentangan sistem kuffar ini
Daripada terus mengugat negara
Juga dari terus menzalimi rakyatnya

Dunia sedang berlangsung pelbagai krisis
Revolusi dan transformasi tersendiri
Mencemaskan menegangkan suasana
Dunia semakin huru-hara

Berlaku pelbagai peristiwa
Untuk menghentikan demokrasi ini
Daripada terus menzalimi
Sehinggakan dizalimi di bumi sendiri

Maka benarlah sekali
Demokrasi sudah di penghujung hayatnya
Jadual janji Tuhan tetaplah berlaku
Dari demokrasi kepada kekhalifahan Islam


Rajah 313: Jadual Allah

No comments:

Post a Comment